Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Saturday, February 21, 2009

Cerita sehelai seluar

Aku ada sehelai seluar. Saiznya XXL, warna coklat. Aku beli seluar ni di Jusco, dalam 2 tahun lepas. Masa tu aku baru lepas bersalinkan Afiq, my 2nd baby.

Lama dulu aku tak pakai dah seluar ni. Sebab ketat bahagian peha. So aku simpan dalam kotak.

Sebulan lepas aku keluarkan semula dari kotak sebab dah muat, dan boleh pakai semula.

Hari ni, aku masukkan semula seluar ni dalam kotak. Kenapa? Sebab seluar ni dah jadi terlalu longgar. Memang sangat longgar yang tak boleh pakai langsung. Kalau pakai juga memang akan terlondeh.

Jadi, berapa lama seluar ini akan duduk dalam kotak? Aku pun tak tahu. Harap-harap seluar ni stay dalam kotak dalam masa yang lama just because seluar ni terlalu besar untuk aku pakai. Maybe kalau pakai pun, masa aku mengandung anak ketiga. Bila tu, hmm...belum tau lagi

Saturday, February 7, 2009

Teh Herbalife : Teamix before breakfast

Nak tahu apa kesan minum teh Herbalife sebelum breakfast?

Sebelum ni, kebiasaannya first sekali waktu pagi aku akan ambik shake (F1+F3) untuk breakfast, selalunya dalam pukul 8 pagi. Kalau aku bangun awal pun aku akan minum air kosong je before brakfast dengan shake.

Tapi sejak beberapa hari ni aku try amik teamix lepas bangun dari tidur. Kebiasaannya aku akan bangun pagi dalam pukul 6-6.15 am. So start 2-3 hari ni aku minum 1 mug teh Herbalife dulu. Lepas tu aku akan breakfast macam biasa. Ni aku cuba ikut kaedah cikemi yang amik teamix awal pagi before dia workout. Tapi amacam aku ni, belum ada lagi peluang nak workout awal pagi. Aku cuma amik untuk stay fresh early in the morning.

Jadi, sesiapa nak cuba minum teh Herbalife before shake breakfast, boleh cuba. Cuma pastikan gap antara tea mix dengan shake mesti sekurang-kurangnya 30 minit.

Aku tak sabar nak cuba teh Herbalife perisa  Peach  pulak lepas ni.

Sunday, February 1, 2009

Minyak sihat

Semalam aku ke Carrefour untuk beli barang-barang dapur bulan ni. Antara yang aku beli ialah Minyak Masak Naturel (Sunflower & Canola seed oil). Walaupun harganya memang agak mahal daripada minyak masak kelapa sawit yang biasa, tapi ada sebab kenapa aku beli minyak ni.

Ni aku translate sikit apa yang aku baca mengenai minyak ni dalam buku 'Resepi Sihat, Pilihan Bijak' yang diterbitkan Persatuan Nutrisi Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia. Buku ni memang bagus sebab ada banyak resepi-resepi sihat dari seluruh negeri di Malaysia, dan setiap resepi diletakkan kandungan nutrien untuk setiap hidangan. Resepi-resepi yang ditunjukkan semuanya menggunakan bahan-bahan yang menyihatkan so kita boleh pilih apa jenis makanan yang kita nak masak, cara-cara memasak dan kandungan nutrien macam kalori, kalsium, emak, kolestrol, protein dan zat besi dalam setiap hidangan resepi tu.

Berbalik kepada Minyak Naturel tadi tu, aku cuba translate sikit isi kandungan advertorial yang aku baca dari buku ni:-

Minyak ini merupakan kombinasi bunga matahari dan biji canola yang mengandungi monosaturate yang tinggi tetapi rendah kandungan lemak. Minyak ini juga mengandungi Omega 3. Kajian mendapati monosaturate dapat membantu secara efektif dalam mngurangkan kolestrol jahat sambil mengekalkan kolestrol baik.


Ni aku ambil sedikit dari bahagian Q&A advertorial tu:

Q: Apa kandungan nutrisi dalam minyak Naturel?
A: Vitamin E yang akan membantu badan melawan penuaan sel dan organ, dan kanser serta penyakit lain.

Q: Adakah minyak ini mengandungi kolestrol?
A: Tidak

Q: Adakah minyak ini mengandungi bahan perisa atau preservatif?
A: Tidak


Lain-lain yang ditulis ialah minyak ini juga sesuai sebagai salad dressing. Sekiranya digunakan dalam deep fry method, minyak ini akan kekalkan rasa asal makanan dan minyak juga mudah dialir keluar.

Jadi, sebagai mengambil satu lagi langkah ke arah badan yang sihat, aku cuba nak gunakan minyak ni untuk masakan aku di rumah yang jenis bergoreng, especially untuk makanan-makanan kegemaran suami tersayang dan anak-anak. InsyaAllah, nanti aku akan cari lagi info tentang faedah minyak sunflower & canola seed ni dan post kat sini untuk dikongsi bersama.

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...