Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Monday, March 30, 2009

Enjoying food

Dah lama aku tak update blog. Weekend lepas sibuk dengan Jom Heboh Kuantanlah, bawak anak jalan -jalan ke ECMlah. Kat ECM tu plak dah ada playground baru bukak, apa lagi seronoklah diorang tu.

Untuk beberapa hari kebelakangan ni, menu aku kebanyakannya untuk maintenance je. Start dari Sabtu lagi aku amik shake untuk breakfast je. Hari Ahad pulak bawak anak-anak makan KFC untuk lunch, so aku makan Twister kegemaran aku. Malamnya makan mee goreng pulak huhu.

Semalam pulak dah plan nak breakfast dan lunch dengan shake. But tengahari tu, aku jumpa dengan Anisz untuk hantar stok Herbalife dia. Special delivery tu, first time aku hantar sendiri order Herbalife. Tu pun special request daripada dia, nak aku hantar sendiri ke ofis dia, yang kebetulannya dulu pernah menjadi salah satu ofis aku. So akhirnya aku pun lunch dengan Anisz. Malam pulak, tak ada shake pun. Cuma makan sup suun dengan udang, resepi diet dapat dari kawan. Nanti aku mintak izin dia dulu untuk publish kat ruangan menu Forum Herbydiets ye.

Pasal pertemuan aku dengan anisz, setelah beberapa lama berkenalan dalam cyber, akhirnya dapat jugalah kitorang bertemu. Agak malu juga bila berjumpa dengan orang yang kenal aku melalui blog saje, tiba-tiba jumpa face-to-face. Yelah, mana tau kalau aku ni tak meet the expectation, kan? Nanti orang kata tulis dalam blog macam bagus je, bila jumpa lain pulak. So aku harap Cik Anisz kita puas hati dapat jumpa akak ye :D

Tapi so far komen daripada kawan-kawan aku yg kenal aku sebelum ni, diorang suka baca blog aku. So maybe apa yang aku tulis ni betul-betul mencerminkan siapa aku sebenarnya kot. Ikhlas dan tak berpura-pura. Sebab aku ni memang jenis lurus sikit. Actually bila jumpa depan2, aku agak malu-malu kucing le. Tapi lama-lama oklah. Tak caya? Tanya Anisz. hehe. Jadi pada sesiapa yang nak mengenali aku dengan lebih dekat, boleh email/ym saje kalau online. Kalau sesiapa yang berdekatan area Kuantan ni, nak jumpa anytime je, boleh set appointment.

Sambung balik pasal menu, hari ni pulak, ada beberapa orang Exec dari department Akademik kolej ni decide nak buat potluck. Aku pun dipelawa untuk join. Aku pun bawaklah menu biasa aku yang simple but delicious (hahaha) tentunya Puding Trifle. Lain-lain menu yang ada; soto, mee goreng, makaroni goreng, nasi goreng, keropok dan kuih muih.

Sebagai preparation untuk potluck, aku ambil shake awal hari ni pukul 7pagi. So by 9:30 am, bila start potluck tu, aku dah minum shake untuk 2 jam lebih. Semua menu yang aku sebut kat atas, semua aku rasa(You are not advised to do this ye!). Maklumlah dah lama kitorg tak buat potluck, bila masing-masing dah letak makanan, mana boleh tahan nafsu huhuhu.

Oh ya! Aku teringat sebuah buku yang disebut oleh cikgu Pilates aku, Madam Siti; French Women Don't Get Fat. Menurut dia yang dah baca buku ni, wanita di Perancis akan makan apa saja dalam aktiviti sosial. Mereka tak suka dengan orang yang suka 'menunjuk' dalam diet atau memilih makanan.

Ada review pasal buku tu:
If you have ever wondered how the French manage to eat cheese, butter, baguettes, and drink wine while staying slim, then French Women Don't Get Fat: The Secret of Eating for Pleasure, by Frenchwoman Mireille Guiliano, may be the book for you.


Yang penting menurut buku by Frenchwoman Mireille Guiliano tu:

The basic premise of French Women Don't Get Fat is that you should eat only good food of very high quality, eat it in small portions, and savor every bite.

From chocolate to champagne, eat slowly, with all your senses, and make every dining experience pleasurable so you will be satisfied with smaller portions of delicious food. No food is off limits, only large portions. No counting calories, no skipping meals -- just control what you eat.

So ingat: Makan apa saja tetapi dengan kuantiti yang sedikit, dan jangan skip waktu makan.

Apa yang kita boleh amalkan untuk kurus? Minum shake Herbalife 2 kali sehari, dan semasa normal meal tu boleh makan apa saja, and enjoy your food. Yang penting dalam kuantiti yang sedikit, but satisfying.

Untuk summary buku tersebut boleh klik sini atau boleh dapatkan buku tu. Aku tak sure samada buku tu available locally but checkout the website http://www.frenchwomendontgetfat.com/

Monday, March 23, 2009

2nd pilates class

Mula-mula nak cerita pasal menu aku semalam yang bila aku fikirkan memang betul2 terharu rasanya. Selepas aku balik dari cuti, tak sangka pulak aku boleh maintain menu yg sebaik ini hehe.

Pagi, breakfast Shake Chocolate as usual. Tengahari pi lunch, makan mihun sup. Malam ambik lagi shake Chocolate. Itu saje yg aku makan semalam. In between minum teamix dan minum sangat banyak air. Bawak bekal 3L air ke ofis, siap beli lagi mineral water 1.5L dan aku habiskan separuh botol tu. Sekarang ni kena buat bajet untuk beli penapis air le pulak kat rumah. Senang angkut je botol air 5L tu ke ofis.

Petang semalam aku pergi lagi untuk 2nd class Pilates aku. Memang best dan penuh dengan motivasi. Aku rasa bagus jugak aku join kelas ni. Boleh kenal org2 baru dan berckp mengenai kesihatan. In a way, memang betul2 push untuk aku teruskan dengan diet aku sekarang ni.

Antara info yang aku dapat drpd kelas Pilates aku semalam, selain daripada keluar peluh yang melampau, dan belajar teknik-teknik betul untuk position Pilates dan breathing, trainer Pilates tu banyak juga sebut mengenai diet. Aku rasa info ni memang berguna especially untuk memilih makanan masa normal meal kita.

Menurut Madam Siti tu, dia ni Mexican tp dah converted and very fasih berbahasa Melayu, untuk diet kena elakkan 3 benda. First sekali santan. Any makanan bersantan memang kena say 'No,no,no ', :( Next, ialah processed food. Processed food ni ialah makanan yang diproses macam mi, mihun, roti, apa2 jenis makanan yg terpaksa melalui mesin sebelum dimakanlah. So sebenarnya nasi memang yang paling bagus sebagai sumber karbohidrat, berbanding mee atau pasta dll. Cuma, yg penting, janganle ambil banyak sangat.

Lagi satu, dia jugak stresskan untuk pilih makanan yg sesuai dengan jenis darah masing-masing. Macam darah aku jenis O, so kena elak makan telur, minum susu, ikan - kecuali ikan-ikan mahal macam tenggiri, tuna, salmon (huhu). Air kacang soya pun tak sesuai utk org jenis darah O.

Actually aku ada look up dalam internet berkaitan 'Blood Type Diet' ni. Ada banyak arguments pasal teori dari Dr D'Adamo ni, boleh tengok sini. Tapi aku suka apa yg Dr tu tulis:-
"You are what you eat"

Aku rasa ni betul. Tak kisahlah sama ada teori dia betul atau tidak. Yang pentingnya kita kena jaga dan keep track apa yang kita makan setiap hari untuk kesihatan badan kita.

Oh ya! Madam Siti tu galakkan untuk makan almond mentah sebanyak 7 biji sehari. Tak boleh lebih daripada 10 biji nanti jadi extra calories pulak. Sebab katanya almond atau badam boleh membantu untuk hilangkan lemak tidak baik dalam badan.

Lagi satu dia kata, elakkan makan kobis dan kobis bunga. Bila aku tanya kenapa, dia jawab sebab sayur ni akan mengganggu function thyroid dalam badan kita dan menyebabkan metabolisme kita susah nak naik. Nanti aku akan cari pasal ni dalam internet. Hari ni tak sempat lagi.

Monday, March 9, 2009

Baju kebaya kain batik


Hehe…Ayu tak posing aku ni? Ni semua idea adik aku, Ain, suruh aku posing macam ni. Dalam pada tu sempat lagi dia perli aku, ni nak letak dalam blog le ni.

Actually, gambar ni diambil masa majlis tunang adik lelaki aku no-4 di Cheras Baru, hari Ahad baru-baru ni. Tapi ni jelah gambar yang sempat di ambil. Nak shoot gambar berdiri pun tak sempat. Maklumle nak mengawal anak-anak aku dalam majlis ni.

Tapi yang seronoknya, tercapaile hasrat aku nak pakai baju kebaya dengan kain batik. Kain tu, yang suami tercinta beli di Indonesia baru-baru ni. Baju kebaya tu pulak aku baru beli di Kuantan Parade hari Jumaat lepas. Kiranya khas untuk majlis ni lah.

Yelah, nak pakai baju lain dah longgar. Terpaksalah beli baju baru. Nasib aku baik dpt jumpa dengan satu kedai yang jual kebaya yang cantik. Baju kebaya ni saiz 42. Memang betul-betul ngam dengan aku. Labuhnya, warna dan fitting badan pun betul-betul ngam.

Almaklumlah kan, masalah kaum ibu yang pernah melahirkan anak, dalam mencari baju, paling susah nak fit ialah bahagian dada. Bila bahagian tu dah muat, then mesti tak ada masalah nak fit bahagian lain.

Kalau dulu jangan haraple dapat nak pakai baju kebaya ready-made ni. Memang payahle nak cari saiz. Ada ke orang jual kebaya saiz 48? Nak pakai kebaya kena pi tempah kat tailor lah. Ni bila dah kurus sikit, bolehlah bergaya pakai kebaya dengan kain batik.

Untuk cerita lanjut pasal majlis ni, nanti bolehle jenguk personal blog aku . Skrg ni aku masih lagi kat Bukit Beruntung, rumah parents aku. Nak online YM pun tak lepas, Cuma dapat check emails dan send post ni saje. InsyaAllah, untuk updates lain, tunggu lepas aku dah selamat sampai Kuantan malam ni.

Wednesday, March 4, 2009

Comfort Zone?

Sudah 2 hari aku hanya ambil Shake sekali saja waktu breakfast. 2-3 hari ni memang makan banyak waktu siang sampai ke malam.

Macam semalam, tengahari dah lunch kat Vistana lepas pergi event TM kat sana. Bila makan kat hotel, faham-faham je lah..Camane nak control. Malamnya konon-konon plan nak amik shake.

Tapi baru teringat, hari Rabu, hari pasar malam. Tak tahan pulak dengan makanan-makanan yang dibeli untuk suami dan anak-anak. Walaupun tak beli untuk diri sendiri, kesudahannya aku jamah-jamah jugak makanan diorang.Dahle suami aku pulak pi beli durian 4 biji. Teringin nak makan, katanya. Hmmm...mana leh tahan bau je. Makan jugalah 2 ulas malam tadi.

Baru jumpa nutrition fact pasal durian:
Nutrition Facts
Serving Size : 1 cup
Amount Per Serving
Calories : 357
Calories from Fat: 117%
Total Fat: 13.0g(20%)
Cholesterol : 0mg
Total Carbohydrates : 65.8g (22%)
Dietary Fiber : 9.2g (37%)
Protein:3.6g
Vitamin A 2% • Vitamin C 80%
Calcium 1% • Iron 6%


So very high calories with high carbohydrates. Not a good fruitlah huhu

Sekarang ni aku rasa macam susah sangat nak tahan diri dari menjamah makanan. Kalau first 2 months memang no problem. Boleh kawal diri dengan tak ambil langsung makanan sedap-sedap depan mata. Tapi semenjak kebelakangan ni memang susah nak kawal.

Aku rasa betullah, lebih dekat dengan ideal weight, lebih susah nak turun, kecuali kalau follow betul-betul menu diet harian Herbalife tu. Aku dapat tau untuk turun 20-10kg dari ideal weight, memang agak cepat dan mudah. Tapi nak turunkan lagi 10kg lagi, memang agak susah.


Lagipun, banyak lagi faktor-faktor lain yang boleh mengganggu perubahan dalam diri kita dan selera makan kita. Mungkin menstrual cycle untuk perempuan, stress, atau pengaruh sekeliling. Yang penting ialah cara kita mengawalnya.

Lagipun mungkin aku terleka sekejap dgn pujian-pujian yang diberikan oleh orang sekeliling, sampai tak sedar usaha diet aku masih panjang lagi. Kena cepat-cepat insaf dan keluar dari 'comfort zone' ni.

Hmmm...maybe nak post dlm ruangan motivasi forum kot hehehe supaya dapat lebih memotivasikan diri sendiri.

Tuesday, March 3, 2009

Chicken Cordon Bleu

Tadi, suami tercinta belanje makan di Secret Recipe. Daripada banyak-banyak menu tu, aku boleh pilih pulak menu kegemaran aku ni. Memang sedap, tapi tengoklah kalori dia..600 per serving tu...huhuhu

Nutrition summary:


There are 600 calories in 1 serving of Chicken Cordon Bleu.
Calorie break-down: 40% fat, 3% carbs, 57% protein.
Calculated Weight Watchers® points: 14 points.
Estimated Net Carbs (non-fiber carbs): 4.38g.


Hasben cakap, "Eh! Tak takut gemuk ke?"
Aku cakap, "Tak apalah...sekali sekala...hehe"
Padahal minggu lepas dah bedal Pizza Hut..isk...isk...

JANGAN tiru macam saya ye..especially pada sesiapa yg baru start nak diet.

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...