Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Sunday, May 10, 2009

Hari Ibu

Hope it's not too late to wish Happy Mother's Day to all mothers out there. Ibu memang merupakan orang yang paling penting dalam hidup kita. Alhamdulillah aku bersyukur sangat kerana emak (dan abah) aku masih sihat untuk lihat aku berjaya dan berkeluarga sendiri.

Message daripada Mak semalam, selepas aku SMS dia dan wish Happy Mother's Day, sangat mudah tapi sungguh bermakna. SMS Mak tulis, "Jadilah ibu yang terbaik pada anak2 anugerah dari Allah S.W.T."

"InsyaAllah, mak", janji aku pada diri sendiri.

Bukan senang jadi seorang ibu sebenarnya. Bila diri sendiri dah jadi ibu, baru kita lebih mengerti pengorbanan dan perasaan ibu kita selama ini. Dari segi tanggungjawab dengan suami lagi, tanggungjawab untuk jaga dan besarkan anak-anak, kemudian untuk wanita yang bekerja, ada satu lagi tanggungjawab iaitu dengan majikan. Macam aku pulak, banyak juga aktivit-aktiviti sampingan lain selain keluarga dan kerja, memang betul-betul mencabar skil pembahagian masa sebagai seorang isteri dan ibu.

Berkaitan dengan makanan, aku rasa sebagai seorang ibu, kita memang bertanggungjawab dalam menyediakan makanan untuk keluarga. Jadi, seorang isteri dan ibu kena tau memilih menu yang sihat dan sesuai untuk dimasak dan dihidangkan kepada keluarga.

Sekarang ni dalam suratkhabar pun banyak artikel mengenai child obesity. Jadi aku rasa sebagai parents, kita kena kawal pemakanan anak-anak kita sebelum terlambat. Mungkin obesity berlaku disebabkan oleh banyak faktor tetapi sekurang-kurangnya kita kena ambil langkah awal iaitu mengawal pemakanan anak-anak dengan mengajar mereka makan makanan yang sihat dan berkhasiat.

Berbalik kepada Hari Ibu, aku mengaku cara aku sambut ialah dgn SMS pada Mak aje. Tak boleh nak cakap telefon, nanti aku mudah sebak. Tapi yang penting, bukan pada Hari Ibu saje cara kita tunjukkan kasih sayang pada Mak kita, kan?

InsyaAllah minggu ni aku akan balik Rawang, so bolehlah sambut Belated Hari Ibu dengan Mak. Maybe beli kek ke, bawak dia pergi jalan-jalan ke. Tengoklah dulu. Tak sabarnya nak balik kampung :-D

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...