Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Wednesday, October 21, 2009

A new mision

Sempena dah berakhirnya Syawal, aku dah berazam misi untuk turunkan balik berat dengan Herbalife dan diet yang seimbang. Antara cara-cara yang aku dah mula amalkan:-

1. Keep a food diary
2. Workout
3. Weigh in constantly

So far, dua-dua ni dah mula, cuma yang nombor 3 belum lagi.Tak ada masa lagi nak pergi beli. InsyaAllah dalam minggu ni juga aku akan dptkan weigh scale untuk diri sendiri, sambil nak cari dumbell untuk workout excersizes.

About the food diary, aku dah baca banyak artikel dan aku rasa dah tiba masanya aku sediakan food diary untuk diri sendiri. Nanti aku akan letakkan kenapa food diary ni penting dan sangat membantu kepada orang yang nak turunkan berat.Tunggu ye.

Actually sebelum ni agak malu nak post apa yang aku makan sebab sebagai isteri mithali, dan ibu yang penyayang, aku selalunya akan menipu diri sendiri dengan menyuap makanan yang tak sepatutnya ke dalam mulut ini, sewaktu memasak, menghidang dan menyuap anak-anak. Aku takut amalan yang salah ni jadi ikutan pulak kepada orang-orang lain yang baru nak mula diet. Nanti orang kata aku ni, Cakap tak serupa bikin pulak.

Jadi, sebagai peringatan kepada sesiapa yang nak mula diet, especially dengan Herbalife, saya boleh bagi panduan paling baik untuk diikuti. Just email me and ask. Jangan tiru 100% makanan/minuman yg saya ambil dalam Food Journal saya sebab terus terang menu saya memang tak perfect. Lagipun, saya dah berjaya turunkan berat badan lebih 20kg. Misi saya sekarang untuk maintain sambil cuba turun ke berat ideal iaitu 68kg.Saya dah puas kawal makan pada setahun yang lalu oleh itu, kalau nak jadi macam saya skrg, banyak yang kena sacrifise ye.


Ok, so far, inilah apa yang aku tulis dalam diary aku. Setelah aku dah tulis menu untuk 3 hari ni, aku sedar, aku ni memang banyak beralasan. Bila nak makan lebih, ada je alasan yg bagi kepada diri sendiri. Very bad attitude ni. So, cuba baca dan komen ye:-

20 October 2009

Plain water - every time after bangun dari tidur( all the time, anytime, anywhere)

Breakfast @ 9.30am-4 f1 + 400ml plain water

11am- hershey kisses 2 pieces

Lunch @1.30pm @ Bayroute
nasi separuh
ikan keli bakar 1 ekor sederhana
ulam kacang botol, timun
sambal kicap
isi ikan tenggiri ratah dari pinggan org lain huhu
air limau suam
air suam

2:30
teamix

4:15 biskut lexus choc cream munchy's - 1 peket- 2 keping

7:00 4 biskut mazola

Dinner @8:30 - 4 btg steamboat
4 keping putu mayam
- habiskan nasi lemak afrina -BAD
- nasi separuh mangkuk, kacang, ikan bilis, telur, sambal, paru
Makanan beli pasar malam since hari ni tak de air kat rumah. Pukul 11 mlm baru ada air.

21 October 2009

6:10am
teamix 200ml
workout 20mins- JM Level1

breakfast @7:45
4F1+2F3+400ml air

snack@10am
1pack IKO biscuit
teamix

1000ml plain water

Lunch@1pm @ Permatang Badak
nasi separuh
ikan kembung bakar 1 ekor
sayur labu air
sambal belacan sikit je

teamix n plain water

4pm
1pc coklat daim
3pcs hershey kisses
plain water

6.30pm
3pieces toblerone

8:30 mlm
sup sayur - beli dari kedai, tak memasak sebab rumah tak ada air.
Ratah isi ayam dalam mee goreng untuk Afrina.
Tak amik teamix malam ni sebab malas nak berulang ke toilet dgn stok air yang terhad ni.

22 Oct 2009

Since hari ni air tak ada kat rumah, aku tak workout pagi tadi. Kena mandi ala kadar ajelah katakan. Harap-harap balik petang ni air dah ada, dan dpt buat gardening sikit ke bagi keluar peluh.

Breakfast @8:30am
1 pinggan keutiau
teh tarik
- Since hubby ajak pergi breakfast, kenalah makan. Tak makan rugi pulak huhuhu

teamix
11am-1pc choc daim

Lunch@1:15pm
4f1+ 2f3+ 400ml air
Nasib baik hari ni kawan-kawan semua cuti, so bolehlah amik shake aje for lunch. Kalau tidak, wajib pergi lunch.Ish ish, bila nak insaf ni. Dulu boleh aje amik shake waktu lunch.

Perasan tak aku banyak amik Hershey Kisses dan choc Daim.Oh ni semua dapat dari kiriman dengan kawan opis yg baru balik trip ke Langkawi. Chocolate temptations are too hard to resist. Sikit-sikit tak ape kot hehe.

Alamak, hubby baru call katanya macam lama je lagi nak ada air sebab ada problem kat empangan. Siap ada tempat, ada lori tlg hantar air. Ish susahlah macam ni. Nampaknya kena menumpang rumah kakak iparle kalau air masih tak ada. Penat dah nak makan luar ni. Harap-harap mission berjaya diteruskan.

Ok, nanti aku sambung my food journal dlm next post ye.

Friday, October 2, 2009

Testimoni Raya

Dah lama sebenarnya aku nak postkan gambar kawanku yang seorang ni. Dia pun memang suka sangat bila cerita pasal weight loss dia. Kalau perasan, dia memang rajin bagi komen dan banyak membantu aku dalam hal-hal berkaitan blog especially untuk blog ni le. Almaklumle, dia kan sifu dalam bidang ni.

Kalau nak kenal, nama nya Imran Abdul Jabar. Dia ni pengasas website sifoo.com tu. Dia pun ada blog sendiri, cuma tak pasti samada masih aktif ataupun tidak.

Aku sebenarnya betul-betul salute dengan dia, sebab dia memang dah lama berminat untuk menurunkan berat badan berat badan secara sihat. Bukan senang nak cari orang lelaki yang berminat dengan kesihatan. Katanya, dulu dia sanggup berulang alik ke Carrefour semata-mata nak beli salad untuk turunkan berat. Dah puaslah dia mencuba macam-macam menu untuk kawal berat badan dia sehinggalah aku kenalkan dia dengan Herbalife. Alhamdulillah, disebabkan kesungguhan dia untuk mencuba, sekarang ni dia dah berjaya menurunkan berat dengan banyak.

Terbaru aku diberitahu sebelum Raya tu, berat dia dah turun kepada 95kg. Sebelum ni, berat dia pernah mencecah kepada 115kg. Bayangkan boleh turun dalam 20kg tu! Dulu saiz jeans yang dia pakai 42, sekarang ni saiz 36 pun dah boleh masuk.

Ha...teruja kan dengan perubahan dia? Aku lagile excited untuk dia. Dia pun cerita yang tahun ni syok betul shopping untuk raya sebab boleh cuba banyak baju, dan saiznya ada di kedai. Kalau dulu semuanya kena custom made je.

Buat masa ni dia dah stop dgn HL sekejap tapi masih teruskan dengan kawal pemakanan dan excersize. Harapan dia ialah untuk cecah 80kg, walaupun masa aku kenal dia dulu lepas sekolah, dia memang sgt kurus iaitu dlm 70kg je beratnya. InsyaAllah, aku harap dia berjaya.

Okay, ni gambar raya dia tahun lepas bersama isteri dan anak-anak.



Dan ini gambar raya Imran, Ajie dan anak-anak pada Raya tahun ni. Ketara perbezaannnya kan?


Kalau nak tengok gambar dia yang lain-lain kena add facebook dia ye.

Keputusan adalah tidak tipikal. Hasil adalah berbeza mengikut individu
Special note to Imran: Thanks a lot sebab sudi kongsi testimoni untuk blog aku, and thanks a lot for all your help. All the best!

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...