Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Friday, November 13, 2009

Motivasi

Dalam persiapan aku menyediakan barang untuk trip yang jauh minggu depan, terjumpa dalam kotak 2 helai jeans Levi's 501 milik suamiku yg bersaiz 30. Bygkan betapa kurusnya dia waktu tu.

Untuk pengetahuan sesiapa yg masih belum tahu, kami berdua ni lulusan drpd Universiti di US tahun 1998. So 501s ni dibeli masa kami di US le. Murah kan kat sana.

Untuk pengetahuan jugak, skrg ni aku dah pakai jeans milik dia dgn saiz 32. Dah skrg ni dia dah pakai saiz 34 hehe.

Jadi, aku pun tertanya-tanya sama ada aku patut cuba turunkan lagi berat hingga aku muat jeans saiz 30 itu? Oh..sangat teringin sekali. Sangat sayang sebab jeans2 itu masih elok2 lagi. So, maybe I should kan? Hmmm...tak apa...tunggu balik dari trip nanti, bulan 12 boleh start semula usaha.

2 helai jeans itu sungguh memotivasikan diri huhuhu.

p/s: Jangan tanya aku pakai saiz jeans apa masa di US dulu...36 ok, 38 pun ada..sangat besar. InsyaAllah nanti aku akan letak gambar2 di saat2 kegemilangan ku itu. Tungguuuuu....

Sunday, November 8, 2009

Akan bercuti selama 2 minggu

Dah lama tak menulis dalam blog disebabkan kesibukan tahap melampau, dengan kerja sepenuh masa dan separuh masa, dan kerja-kerja di rumah sebagai isteri dan ibu.

Diet tak menentu, workout tak jalan. Boleh dikatakan semuanya berterabur. Walau bagaimanapun urusan-urusan Herbalife masih diteruskan seperti biasa. Nak timbang berat tak berani, tapi masih maintain saiz dan kecantikan hehehe.

Cuma nak maklumkan di sini yang saya akan berada di luar kawasan/ unreacheable dari tarikh 20 November 2009 hingga 3 Disember 2009. Kepada sesiapa yang ingin menghubungi saya untuk tempahan/pertanyaan mengenai Herbalife bolehlah dibuat sebelum/selepas tarikh tersebut.

Nanti saya akan postkan phone number dan email untuk dihubungi pada masa ketiadaan saya itu. Kesibukan yang melampau ni pun adalah sedikit sebanyak disebabkan oleh urusan selama 2 minggu itu. Tunggu saya kembali nanti dgn post yg lebih kerap, dan lebih menarik. Insya-Allah.

Doakan saya selamat pergi dan kembali ye :D

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...