Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Tuesday, March 23, 2010

Makanan Sihat #4: Almond (Badam)


Badam yang merupakan sejenis kekacang, mempunyai banyak kebaikan. Walaupun dengan makan badam tidak dapat menguruskan badan, tetapi dengan pengambilan yang berpatutan, dapat membantu dalam menurunkan badan.

Sebelum ini pun pernah ditulis dalam post sebelum ini mengenai pesan seorang Pilates trainer supaya mengambil badam sebanyak 7 biji sehari sudah dapat membantu untuk mengawal berat badan. Daripada banyak rujukan, 1oz-2oz sehari, kira-kira 1 genggam kacang badam/almond ini sehari sudah dapat membantu untuk menjadi snack yang sihat dan berkhasiat.

Jadi, apa sebenarnya yang terkandung dalam badam yang menjadikannya sangat istimewa?

  • Badam merendahkan paras Kolestrol jenis LDL dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Merupakan sumber Vitamin E untuk kepeluan seharian, selain mengandungi magnesium, zinc, iron, fibre and sumber lemak jenis monosaturated.
  • Mengandungi lebih kalsium daripada jenis kekacang yang lain -sumber kalsium yang baik untuk vegetarian.
  • Membantu menurunkan berat badan - lemak jenis monosaturated dalam badam memberikan lebih kepuasan kepada selera makan dan mengawal makan berlebihan. Badam mengandungi jumlah kalori yang sedikit dan kajian mendapati dengan pengambilan yang berpatutan boleh mengawal berat badan dan menurunkan BMI.
  • Mengelakkan dan mengawal diabetes dengan menurunkan kadar gula dalam badan selepas waktu makan.
  • Fiber dalam badam membantu sistem perkumuhan.
  • Meningkatkan tenaga badan
  • Baik untuk ibu mengandung kerana mengandungi asid folik.
Badam sebaiknya dimakan secara mentah atau sebagai tambahan kepada menu seperti salad. Elakkan mengambil badam bergula atau bergoreng sekiranya anda ingin mengawal berat badan.

P/s: Untuk mendapatkan panduan dan nasihat mengenai cara menurunkan berat badan dengan Herbalife, boleh rujuk di sini


Sunday, March 21, 2010

Makanan Sihat #3: Oat

Sumber gambar:photoshoparama

Oat sering diiklankan dalam TV sebagai makanan yang dapat membantu merendahkan kolestrol. Cuba bayangkan, kalau kita makan oat, bila saja oat masuk kedalam badan seolah-olah kolestrol dalam badan disedut oleh oat tersebut.

Oat merupakan makanan yang mempunyai pelbagai kebaikan. terdapat bermacam-macam jenis oat: oat groats, steel oats, rolled oat, dan instant oat. Walau apa jenis oat sekalipun kandungan nutrient tetap sama, cuma yang berbeza hanyalah cara penyediaan dan rasa selepas dimasak. Walau bagaimanapun, oat berperisa yang banyak dijual di kedai adalah tidak termasuk dalam kategori berkhasiat tinggi kerana oat jenis ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. Adalah dinasihatkan agar memilih plain oat untuk dimakan.

Cara makan oat banyak diletakkan di laman web resepi di Internet. Oat boleh dimakan dengan buah-buahan segar, dicampur dengan susu untuk tambahan kalsium, atau dicampur dengan protein powder seperti Formula 3 untuk tambahan protein. Kita boleh memilih mana-mana resepi yang sesuai, sambil tetap mengambil kira bilangan kalori dan kurangkan perisa yang tidak diperlukan seperti gula atau sodium.

Antara kebaikan oat:-
  1. Merendahkan kolestrol dalam badan.
  2. Mengawal kandungan gula dalam badan dalam jangka masa panjang.
  3. Mengandungi bahan anti kanser- kepada wanita dapat mengelakkan breast cancer.
  4. Mengawal tekanan darah- membantu mengurangkan hypertension, dan merendahkan tekanan darah tinggi.
  5. Kandungan fiber dalam oat membantu sistem perkumuhan badan.
  6. Membantu dalam penurunan berat badan kerana oat memberikan rasa kenyang dalam jangka masa panjang, disebabkan kandungan fiber dalam oat. - Kanak-kanak yang makan oat kebiasaannya jarang mengalami overweight.
  7. Sumber karbohidrat yang memberikan tenaga kepada badan.
  8. Oat juga mengadungi senarai panjang nutrient lain seperti asid amino yang membantu fungsi badan, vitamin seperti thiamin, folic acid, biotin, pantothenic acid & vitamin E. Selain itu juga mengandungi zinc, selenium, copper, iron, manganese & magnesium.
Oleh itu, memasukkan oat sebagai salah satu hidangan kita setiap hari adalah langkah yang bijak untuk kesihatan badan dan jantung kita.

Saturday, March 20, 2010

Makanan Sihat #2: Brokoli

Brokoli merupakan sejenis sayuran berdaun hijau, dan salah satu jenis 'superfood'. Single servings brokoli mempunyai pelbagai khasiat yang mungkintidak dapat anda bayangkan.

Selain daripada berkalori rendah, brokoli mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi, lebih tinggi daripada kandungan Vitamin C dalam buah oren. Selain itu, kandungan Vitamin A juga adalah tinggi. Vitamin A dan C merupakan antioksida yang dapat melambatkan penuaan tubuh badan kita.

Brokoli juga merupakan sumber kalsium yang baik, dan mengandungi kandungan mineral lebih daripada susu. Kandungan folic acid dalam brokoli membantu membina tisu dan merupakan suplemen yang diberikan kepada wanita ketika mengandung.

Potassium dalam brokoli membantu mengawal tekanan darah. Pengambilan brokoli juga dapat membantu dalam mengawal kadar gulan dan insulin dalam badan.

Brokoli mempunyai kandungan fiber yang tinggi dan juga mempunyai ciri-ciri yang dapat mengelakkan penyakit kanser.

Brokoli paling berkhasiat dimakan secara mentah, atau dicampur dengan salad. Brokoli juga selalu dimasukkan dalam hidangan 'stir fry' Selain itu terdapat juga menu brokoli dengan butter dan lain-lain lagi.

Memasak brokoli dengan merebus dalam air dapat mengurangkan sedikit daripada jumlah kandungan nutrien. Stim merupakan kaedah yang lebih baik untuk memasak brokoli, manakala memasak brokoli dalam microwave juga lebih baik.

Jadi, pastikan brokoli sentiasa berada dalam peti sejuk anda sebagai menu untuk diet dan menjaga kesihatan ahli keluarga anda. Silalah komen dengan menceritakan bagaimana anda selalu memasak, atau menyediakan brokoli dalam hidangan anda.

Thursday, March 18, 2010

Makanan Sihat #1 : Yogurt

Mulai sekarang, aku akan cuba meletakkan post mengenai contoh makanan sihat untuk panduan semua, termasuk diri sendiri (At least 1 jenis makanan sihat setiap hari)

Makanan Sihat No 1 hari ini ialah yogurt



Yogurt merupakan sejenis produk tenusu yang dapat membekalkan kalsium kepada badan. Kajian mendapati kalsium dapat membantu dalam menurunkan berat badan dengan menggalakkan pembakaran sel lemak dengan lebih cepat. Pembakaran sel lemak adalah penting dalam menurunkan berat badan, dan bukan penurunan otot.

Walau bagaimanapun, pengambilan produk tenusu perlu dikawal agar tidak melebihi jumlah kalori yang dipelukan oleh badan. Pilih yogurt jenis organik dan elakkan yogurt dengan tambahan gula atau dengan sweetened fruits. Pastikan selalu pilih yogurt jenis rendah lemak dan kurang gula.

Yogurt sangat sesuai untuk dijadikan healthy snack atau ditambah dengan shake Herbalife untuk rasa yang lebih sedap!

Wednesday, March 17, 2010

Cara menggunakan Herbalife : Sebagai healthy snack

Dalam HerbalifeHQ facebook fan page ada ditulis:-

Did you know that a Herbalife Formula 1 shake made with nonfat milk has only 180 calories AND more calcium than 6-ounces of plain yogurt, more protein than a roasted chicken thigh, more vitamin A than a mango, more vitamin C than a banana, more fiber than a half-cup of broccoli and as much iron as a half cup of black beans. Add fruit to the shake, and you get even more vitamins, minerals and fiber!

Ini bermakna dalam 1 shake Herbalife sahaja, kita dah dapat semua nutrition yg diperlukan tubuh. Tak payah susah-susah nak pergi grocery shopping dan beli bahan-bahan mentah. Semua dah ada in a Formula 1 tube.

So bila rasa lapar tiba-tiba, instead of cari makanan lain utk snack, apa kata bancuh je separuh sukatan shake biasa dan minum. Terus dapat snack yg berkhasiat dan mengenyangkan.

Dekat ofis pun aku selalu simpan 1 tube F1 dan F3 sebagai spare kalau lapar antara waktu makan. Cuba bayangkan, takkan nak bawak yogurt ke ofis, dah tentu jadi tak sejuk. Daripada turun ke kafeteria beli keropok lekor, atau cucur udang, baik bancuh je 2F1 Tropical Fruit + 1 F3. Lebih puas hati. Rasa pun sedap. (Oh ya F1 Tropical Fruit sedap dgn F3 rupanya. Jemu jugak asyik ambil F1 Chocolate je. Next time nak kena try Strawberry pulak)

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...