Tuesday, August 31, 2010

Persediaan sebelum Cuti Raya

Aku percaya rata-rata umat Islam sekarang ni dah mula buat persiapan terakhir menjelang Aidilfitri dalam masa kira-kira seminggu saja lagi. Sama ada persiapan untuk diri sendiri, keluarga dan anak-anak. Make sure to have everything ready untuk sambutan Aidilfitri ni.

Tak sangka juga Ramadhan ni begitu cepat akan meninggalkan kita. Hopefully apa yang kita nak achieve untuk Ramadhan ni akan tercapai. At least, kita boleh jadikan Ramadhan ni sebagai usaha untuk memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik, InsyaAllah.

Aku cuma ingin ingatkan bahawa cuti Raya ni akan menjelang tak lama lagi dan ramai yang bercuti panjang. Untuk diriku sendiri akan bercuti selama 2 minggu. Dalam masa 2 minggu ni InsyaAllah akan banyak peluang untuk menziarahi merata-rata tempat bermula dengan beraya di Perak dan seterusnya ke tempat-tempat lain.

My point is, if you need to have your Herbalife stock, make sure you have enough for the holiday. Sila check dan bajet sama ada stok Herbalife anda akan bertahan sehingga menjelang Raya dan habis cuti Raya nanti. Jangan terputus di tengah jalan pulak ;)

Another thing is, make sure anda akan menyediakan diri untuk menjadikan diri anda lebih kental dan bersemangat untuk mengawal menu semasa Raya ni. A few days of Raya oklah nak makan macam-macam untuk menikmati Raya. Tapi jangan sampai 2 minggu cuti, 2 minggu jugak makan macam-macam. Beringat-ingat ye.

Losing it With Jillian on Hallmark

Ingat tak aku pernah post mengenai rancangan ini sebelum ini di sini? Yes, rancangan ini dah pun disiarkan di Astro Hallmark Channel 702 pada setiap Selasa jam 9:oomlm. Mungkin ramai yang dah tengok, atau ada juga belum berkesempatan kerana mengerjakan terawikh. Re-run untuk rancangan ni kalau tak silap, ada pada hari Sabtu.

Memang menarik ceritanya kerana, cara Jillian, seperti yang kita semua tahu, memang keras dan tegas. Kesian jugak tengok dia ' push' insan-insan terpilih dalam rancangan tu untuk workout walaupun baru je kenal beberapa minit, daripada hari pertama dalam seminggu dia duduk dengan family yang terpilih tu.

Tengok kepada cara Jillian tu, maknanya memang kita kena betul-betul 'push' diri kita to the limit. Kalau rasa nak pengsan ke, tak larat ke maknanya kita masih lagi kena buat dan tak boleh berhenti. Tengok pada pengalaman trainees dia, selepas beberapa hari buat energy akan datang dan badan akan boleh bertahan dengan training yang teruk macam tu. Tapi kalau dengan diri kita boleh ke buat? Especially untuk orang yang tak pernah bersenam? And after 6 weeks diorang dapat turun dengan banyaknya pulak tu. Hmm...rasa-rasa reality ke atau ada unsur-unsur lakonan semata-mata?

Anyway, kita ambil yang positiflah. Maknanya setiap dari kita mampu untuk melakukan apa saje yang kita nak buat, as along as kita bersedia untuk 'push' diri kita untuk mencapainya. Semua kejayaan perlu bermula selangkah demi selangkah. Don't expect to achieve everything at the very begining. Yang penting, semangat, usaha dan berterusan.

Tengok rancangan ni betul-betul motivasi diri untuk cuba start workout balik selepas habis bulan Puasa ni. Hopefully dapat start cepat. Risau gak 2 minggu cuti Raya nanti macamana agaknya dengan corak pemakanan kita? Adakah a few kilos yg kita berjaya turunkan untuk 30 hari ni akan kembali semula untuk jangka masa yang singkat? Hopefully not.

Friday, August 20, 2010

Entry di bulan puasa

Masa dalam bulan puasa ni agak terhad untuk aku menulis walau satu post pun dalam blog ini. Tapi oleh kerana dah lama sangat tak post entry, rasanya it's time to do it.

Rasanya kebanyakan orang pun sama. Masing-masing dalam bulan Ramadhan ni cuba memperbaiki diri, menambah pahala dengan meningkatkan amalan, selain menjaga kesihatan diri masing-masing. Dalam pelbagai sumber juga memang diberitahu bahawa amalan berpuasa dan bertarawikh pada malamnya dia bulan Ramadhan ini memang satu amalan yang baik dan sihat untuk badan. Asalkan kita masih beringat-ingat waktu berbuka, dan jangan membazir. Kerana amalan pembaziran juga merupakan satu ujian di bulan Ramadhan ni.

Untuk diriku sendiri, waktu hari minggu jelah ada masa untuk berehat sedikit. Pada hari-hari bekerja memang waktu memang 'packed'. Waktu kerja kami adalah dari 8:30 pagi hingga 4:30 petang. Waktu tengahari lepas Zuhur ada aktiviti tadarus. Pukul 4petang pulak dah mula dengan tazkirah, dan lepasa tu solat Asar berjemaah.

Lepas kerja, balik rumah terus berkejar ke dapur untuk memasak pulak. Waktu malam lepas terawikh je masa nak rileks sekejap sebelum masuk tidur. Nak mengadap komputer memang tak ada masa langsung waktu malam ni. Pukul 4:30 pagi pulak dah bangun untuk siapkan lauk sahur untuk suami. Lepas Subuh kdg2 ambil peluang untuk baring sebelum bersiap ke pejabat, dan siapkan anak-anak ke tadika.

Tapi Alhamdulillah, bulan Ramadhan tahun ni memang penuh bermakna. Banyak benda yang aku dapat belajar terutamanya untuk meningkatkan ilmu dan pahala. Harap-harapnya lepas ni dapatlah kita meneruskan segala amalan baik yg kita lakukan di bulan puasa ini, untuk sepanjang masa.

Apa yang aku sedari ialah, kita memerlukan bantuan dan nasihat daripada mereka yang lebih berilmu dan berpengalaman, sebagai cara kita dapat mencapai kejayaan seperti mereka juga. Contohnya dalam membaca Al-Quran, kita diwajibkan untuk sentiasa membetulkan bacaan dan tajwid, dan dengan bimbingan seorang Ustzah, Alhamdulillah kelemahan diri dapat dikenalpasti dan diperbaiki.

Begitu juga dengan aktiviti seperti mendengar tazkirah. Kita akan sentiasa mendapat ilmu dan motivasi untuk menjadi orang yang lebih baik. Dan sebagai umat Islam juga, kita sepatutnya mencontohi amalan-amalan Rasulullah S.A.W. supaya hidup kita sentiasa mendapat pahala dan keberkatan.

Dalam kehidupan seharian juga, kita memerlukan mentor/coach untuk memajukan diri kita.Tak kiralah dari segi perniagaan, atau pun usaha seperti menguruskan berat badan. Dengan panduan dan nasihat yang betul, dan disiplin diri barulah kita dapat memperolehi apa yang kita ingin capai.

Insya-Allah sama-samalah kita berdoa supaya kita amalan berpuasa kita diterima oleh Allah. Sambil-sambil tu selamat menyiapkan diri dan keluarga untuk Aidilfitri!

Monday, August 9, 2010

Family Day

Pada 7 Ogos baru-baru ni, aku pergi bercuti di Suria Beach Resort, Cherating sempena sambutan Hari Keluarga untuk staf kolej ni. Memang seronok betul, especially bila team sendiri menang jadi Juara Keseluruhan.



Apa yang bestnya untuk acara-acara seperti ini ialah dapat mengeratkan lagi hubungan antara staf. Staf kolej ni pun dah ramai, bertambah berganda-ganda dari 1997 sejak ditubuhkan sampai sekarang ni dah ada kira-kira 400 orang staf.

So, peluang macam nilah baru kita dapat kenal dan bemesra dengan staf dari department lain, especially yang baru-baru, kan?

Selain daripada tu juga, kita dapat kenal dengan ahli keluarga staf lain. Seronok dengar perkembangan dan cerita mengenai keluarga orang lain. Yelah, bak kata orang, lebih ramai kita jumpa orang, lebih banyak pengalaman yang boleh dikongsikan.

Tapi yang bestnya bila jumpa ahli keluarga staf yang kenal dengan kita, diorang akan tanya, "Berapa banyak dah turun?" Yang tahu aku amik Herbalife pun akan cakap, "Masih ambil Herbalife lagi ke?"

Even ada sorang wife staff pun pernah amik Herbalife dan dia memang nampak betul2 kurus skrg. Seronok tengok perubahan positif orang lain. Agaknya macam tu jugaklah perasaan orang lain bila nampak kita lebih kurus dan ceria.

Even on the way balik dari Cherating, kami sekeluarga singgah di gerai keropok kat Kemaman. Pekerja kat gerai tu

pun duk cakap kat suamiku, "Wife abang ni nampak masih muda dan cantik lagi." Hahahaha ni mesti kes bodek suruh beli keropok banyak-banyak ni.

Anyway, the trip was fun. We had a great time. Sesekali bawak keluarga bercuti memang best. Walaupun terbakar kena sunburn. Nampaknya kena bubuh Aloe Vera Gel ni, biar cepat baik.

Tak sabar pulak nak sambut Ramadan lagi 2 hari je lagi. Selamat berpuasa to all.

p/s: Kepada ahli yang masih belum mendapat menu berpuasa dengan Herbalife, boleh email dan saya akan hantarkan.

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...