Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Sunday, May 22, 2011

Aloe Vera Herbalife: Produk penting waktu bercuti

Aloe vera Herbalife penting dibawa semasa bercuti?

Saya selalu terima soalan-soalan macam ni...

"Saya nak pergi bercuti...tapi macamana saya nak shake?"
"Saya balik kampung, ada kenduri. Macamana kalau saya tak sempat nak shake?"
"Cuti ni, saya akan berkumpul dengan keluarga dan kawan-kawan. Acara utama ialah makan-makan. Macamana dengan diet saya?"

Bagi mereka yang bertanyakan soalan-soalan ini, mereka memang betul-betul konsisten mengambil shake Herbalife untuk menguruskan berat badan. Mereka akan pastikan yang mereka ikut segala menu dan panduan yang diberikan, supaya akhirnya nanti mereka akan dapat kesan yang diinginkan. Saya betul-betul rasa bangga dengan usaha mereka dan disiplin serta mereka begitu komited dengan niat yang telah ditetapkan.

Walaupun hari cuti atau keraian, tidak sepatutnya menjadi alasan untuk kita menginggalkan diet, tetapi apabila seseorang itu telah faham sepenuhnya bagaimana cara untuk mengawal dan menurunkan berat badan, ianya tidak akan menjadi masalah. Lagipun, kita harus berasa selesa kerana kita sudah ada produk yang terbaik disisi, atau sebaik sahaja balik daripada cuti. Yang pentingnya ialah sebaik sahaja balik daripada cuti, kita haruslah kembali semula kepada rutin shake dan diet. Jangan berhenti terus, sudah!

Pada waktu cuti, cukup untuk kita ambil shake waktu breakfast sahaja. Ini dapat membantu kita dapat mengawal berat badan kita untuk hari itu. Tetapi ada juga yang agak berat untuk mengambil shake, terutama jika tinggal di hotel, dan hotel memberikan sarapan pagi secara percuma! Jadi, jangan bazirkan duit yang anda bayar untuk makanan itu. Nasihat saya, makanlah. Kalau tak makan, rugi.

Akan tetapi, cubalah untuk mengawal pengambilan makanan anda. Makanan percuma tidak bermakna anda kena habiskan semua. Anda mungkin merasa puas setelah mencuba semua jenis makanan yang dihidangkan, tetapi anda mungkin akan berasa tidak selesa selepas itu. Jadi, berpada-padalah ye.

Cadangan saya, bangun awal pagi terutama untuk sembahyang Subuh dan terus ambil shake Herbalife dahulu sebagai makanan pertama yang masuk ke dalam perut kita. Kemudian selepas 2 jam, bolehlah menikmati sarapan percuma yang disediakan. Cuba kawal pemakanan dengan memilih makanan sihat dan seimbang sepanjang hari.

Sebagai manusia, kita semua bukanlah perfect. Oleh sebab itu, Tuhan kurniakan kita akal dan fikiran untuk kita tentukan yang mana baik dan buruk untuk kita. Jadi jangan risau sekiranya anda terpaksa atau ingin meninggalkan shake untuk beberapa ketika. Saya jamin, berat anda tidak akan terganggu sekiranya hanya beberapa hari sahaja anda tidak ambil shake.

Lagipun shake merupakan sejenis makanan, bukannya ubat. Masa bercuti, saya rasa, kita dibenarkan untuk makan sahaja apa kita mahu ikut selera, tanpa pedulikan khasiat/nutrien. Balik dari cuti, mulalah ambil semula shake Herbalife.Tak ada masalah.

Tapi nasihat saya ini untuk mereka yang jarang bercuti, maybe setahun sekali, 6 bulan sekali atau 3 bulan sekali. Tapi kalau tiap2 minggu anda pergi bercuti, and tiap2 minggu juga anda tak kawal makanan, sudah tentulah berat badan anda susah dikawal.

Ini gambar saya ketika ingin pergi bercuti baru-baru ini

Saya yang baru balik dari bercuti pun macam tu juga. Saya cuba untuk shake sekurang-kurangnya sekali sehari supaya tubuh badan saya kekal sihat dan dapat menikmati cuti dengan sepuasnya. Kalau tak dapat untuk sarapan, maybe saya selitkan shake bila-bila masa yang boleh. Saya tetap boleh enjoy semua makanan saya bersama keluarga dan kawan-kawan semasa bercuti.

Cuma apa yang penting bagi saya ialah Aloe Vera Herbalife. Saya pastikan saya ambil setiap pagi bagi memastikan sistem penghadaman saya berfungsi dengan baik semasa saya cuti, supaya saya tidak mendapat kesan tidak baik daripada semua jenis makanan yang masuk dalam perut saya.

Saya jarang ambil teamix waktu berjalan-jalan kerana nanti saya asyik nak ke tandas pulak. Kalau dalam Malaysia tak apa, sebab tandas ada di mana-mana. Tapi kalau ke luar negara, ada juga tempat yang tidak menyediakan tandas untuk pengunjung. Memang akan menyusahkan pulak nanti.

Oh ya, kadang-kadang akibat terlalu risau untuk ke tandas, saya juga akan kurang minum air. Jadi, dengan pengambilan Aloe Vera Herbalife ini, dapat membantu badan saya kekal hidrasi.

Memang banyak kebaikan produk ini. Sememangnya semua produk Herbalife mempunyai kebaikannya yang tersendiri. No wonder semakin ramai orang yang berminat untuk terus menggunakannya.

Sekiranya anda berminat untuk mencuba Aloe Vera Herbalife dan produk Herbalife yang lain, boleh email saya atau SMS ke 017-9360797 untuk maklumat lanjut.

Saturday, May 21, 2011

Bangkok Extravaganza 2011



Sudah sampai masanya untuk aku ceritakan serba sedikit mengenai event Extravanganza 2011 yang telah berlangsung di BITEC, Bangkok, Thailand pada 6 hingga 8 Mei yang lalu. Event ini merupakan satu event yang terbesar bagi Distributor Herbalife untuk negara-negara Asia Pacific iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Taiwan, Korea, India, Australia, New Zealand dan termasuk juga Canada. Kenapa aku katakan terbesar? Kerana pada event ini telah mengumpulkan seramai 23,000 orang! Perhimpunan ramai Ahli Bebas Herbalife dari serata dunia!

Saksikan suasana dalam dewan semasa Extravaganza tersebut:-




Jadu sudah semestinyalah Extravaganza ini telah memberikan satu pengalaman yang baru dan menarik kepada aku. Yang paling istimewanya ialah apabila suami tersayang sudi bersama-sama turut serta menyertai training yang dijalankan di sini. Aku sangat-sangat bersyukur dengan kehadiran dia di sisi. Sesungguhnya event ini bukan sahaja telah menaikkan semangat aku, tetapi juga membuka mata dia untuk melihat sendiri betapa ramai pengguna dan ahli bebas Herbalife yang telah berjaya. Sememangnya perniagaan ini bukan suatu yang biasa, dan produk Herbalife juga tidak sama seperti produk-produk lain di pasaran.

Berikut ialah beberapa pengalaman/pengajaran yang telah aku perolehi daripada event tersebut:-
  1. Pengguna Herbalife datang daripada pelbagai latar belakang manusia, dan cara hidup yang berbeza-beza. Sama ada dari negara mewah atau negara miskin seperti India, terdapat ramai orang yang menggunakan produk Herbalife, dan menjalankan perniagaan ini. Ramai yang telah mendapat kejayaan yang besar dengan perniagaan Herbalife.

    Ini membuktikan bahawa produk ini sesuai untuk sesiapa sahaja, tidak kira agama, bangsa atau cara hidup. Yang penting cuma, seseorang itu sanggup untuk mengubah cara pemakanan mereka kepada yang lebih sihat, demi untuk mencapai berat badan unggul.


  2. Terdapat banyak cara untuk membancuh dan menyediakan shake, tak kira bila dan di mana sahaja kita berada. Aku lihat dengan mata aku sendiri bagaimana mereka bancuh shake dalam beg plastik, botol mineral, pelbagai jenis cawan/bekas/ botol. Kita boleh pilih mana sahaja cara mengikut kreativiti, yang penting untuk memastikan kita dapat menikmati shake dan mendapat khasiat daripadanya.
  3. Pengalaman mendengar sendiri pemenang Nobel Prize iaitu Dr Louis Ignarro, salah seorang panel Nutrisi Herbalife menerangkan kelebihan produk Herbalife daripada segi sains. Ini telah sedikit sebanyak menambahkan keyakinan padaku bahawa produk ini merupakan suatu produk yang berkualiti tinggi dan dijamin piawaiannya.

    Aku juga berpeluang mengikuti training mengenai produk Herbalife baru yang akan masuk ke Malaysia akhir Julai nanti. Sekurang-kurangnya apabila produk yang dinanti-nantikan ini dijual di Malaysia, aku akan dapat memberikan penerangan terbaik kepada ahli, seperti yang telah disampaikan oleh Dr Ignarro tersebut.
  4. Sesiapa sahaja boleh berjaya dalam perniagaan Herbalife. Selama ini aku selalu menggalakkan semua orang menggunakan produk untuk mendapat berat badan ideal. Tetapi bukan sahaja itu, Herbalife juga menyediakan peluang perniagaan yang cerah untuk sesiapa sahaja yang berminat, dan bersedia untuk berusaha ke arahnya.

    Oleh itu, mulai sekarang, kepada sesiapa sahaja yang betul-betul berminat membuat perniagaan Herbalife, boleh hubungi saya untuk mengetahui bagaimana bisnes Herbalife dapat membantu meningkatkan pendapatan anda. Tidak kiralah sama ada secara part-time atau full-time.
Ini sahajalah antara pengalaman yang dapat aku kongsikan di sini. Untuk betul-betul mengetahui pengalaman berada dalam event yang besar dalam Herbalife, seseorang itu perlu merasainya sendiri. Oleh itu, marilah bersama-sama turut serta menghadirkan diri dalam mana-mana event yang dianjurkan oleh Herbalife pada masa akan datang.

Banyak yang aku korbankan untuk berada di event Extravaganza ini. Banyak juga yang aku pertaruhkan selain daripada wang ringgit untuk berada di Bangkok pada masa ini. Walau bagaimana pun semuanya berbaloi dengan apa yang aku dapat daripada event ini. Event ini juga telah membuka mata dan memberikan peluang baru. Pengajaran yang paling penting aku perolehi ialah aku dapat melihat sesuatu yang baru dan lama dari perspektif yang berbeza.

Sesungguhnya kejayaan tidak akan datang tanpa pengorbanan, dan usaha yang keras. Ini semua dibuktikan oleh Ahli Bebas Herbalife yang telah berjaya. Oleh itu, semoga segala usaha & pengorbanan yang telah aku lakukan ini akan memberikan kejayaan yang cemerlang untuk masa depan. Amin.

p/s: Sekiranya anda berminat menambah pendapatan dengan Herbalife, sila hubungi saya.

* Pendapatan tertakluk kepada invididu (atau contoh )digambarkan dan bukan purata

Tuesday, May 17, 2011

Balik dari Event Herbalife Extravaganza 2011

Sudah tiba masanya untuk aku update sedikit blog ni setelah lama bercuti rehat.
6 hari di Bangkok untuk Extravanganza dan seterusnya 4 hari di Melaka, betul-betul memenatkan. 2 minggu tepat meninggalkan rumah di Kuantan.

Alhamdulillah pada 15 Mei iaitu Ahad lepas, kami sekeluarga selamat tiba di rumah. Tapi sebaik saja sampai di Kuantan, seperti biasa terus stuck dengan kerja. Nasib baik hari ni cuti so dapatlah berehat sikit sambil unpacking barang dan mengemas rumah.

Gambar-gambar semasa di Bangkok masih belum transfer daripada camera lagi. Tapi antara beberapa gambar dah pun diupload oleh kawan-kawan yang pergi bersama aku dan suami ke dalam Facebook. InsyaAllah, gambar dari kamera aku sendiri akan diupload tidak lama lagi.

Bercerita mengenai pengalaman di sana, memang sukar digambarkan sekali. Hanya sesiapa yang berpeluang untuk pergi sahaja yang akan dapat rasakan pengalaman tersebut.Jadi kepada sesiapa yang ada peluang untuk menghadiri event Herbalife pada masa akan datang, tidak kiralah sama ada di Malaysia sahaja, atau di luar negara, memang tidak patut lepaskan peluang untuk menghadirinya. Biarlah setakat training kecil sahaja, kalau ada masa, pergilah.

Dengan menghadiri mana-mana event atau training Herbalife, ini akan dapat meningkatkan pengetahuan kita mengenai produk yang ditawarkan dan lebih meyakinkan kita kenapa kita patut menggunakan produk Herbalife. Kita akan dapat melihat sendiri secara sains kenapa produk ini sememangnya berkualiti dan betul-betul dapat membantu kita .

Maybe next time aku akan ceritakan lebih lanjut mengenai event Extravaganza ini. Apa yang pentingnya sekarang, aku lebih faham mengapa aku harus terus menggunakan produk ini. Betapa pentingnya aku terus menggalakkan orang lain menggunakan produk ini. Bagaimana aku dapat membantu orang lain.

Sekiranya anda belum pernah menggunakan produk Herbalife, inilah masanya yang paling sesuai untuk mula menggunakannya. Sekiranya anda telah mencuba produk ini, anda harus tahu betapa bertuahnya anda untuk bertemu dengan produk ini.

Kepada sesiapa yang masih belum mengetahui mengenai kebaikan produk Herbalife ini, email saya untuk maklumat lanjut di aziera5299{at}yahoo.com

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...