Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Thursday, September 29, 2011

Terma & syarat

Salam Jumaat.

Mungkin saya belum pernah menyatakan sebarang syarat bagi sesiapa yang ingin menghubungi saya bagi bertanyakan mengenai produk Herbalife. Saya rasa ini adalah masa yang sesuai memandangkan setiap masa semakin ramai yang menghubungi saya untuk mendapatkan produk Herbalife ini, sedangkan mereka sudah mendaftar sebagai ahli dan mempunyai coach masing-masing.

Oleh itu, sekali lagi saya ingin menyatakan di sini bahawa saya tidak akan dapat menerima sesiapa menjadi ahli dengan saya sekiranya anda, atau pasangan hidup anda, sudah mendaftar ahli dalam masa 2 tahun sebelum ini. Saya sama sekali tidak akan melanggar peraturan Herbalife yang melarang pengedarnya menjual produk kepada seseorang yang telah mendaftar dengan coach masing-masing.

Oleh itu, adalah diharapkan sekiranya anda sudah mendaftar, tetapi menghadapi masalah dengan coach anda, sama ada dia MIA, atau sukar dihubungi, atau tidak mahu bekerjasama dengan anda, harap anda sabar dan dapat menerima kenyataan ini. Seperti kata salah seorang Millionaire Team baru-baru ini,apa yang saya boleh bantu anda ialah untuk menyampaikan apa yang anda patut tahu iaitu, untuk memesan produk anda boleh lakukan secara online di website Herbalife ini walaupun Coach anda tiada di sisi.

Walau bagaimana pun, sekiranya anda belum pernah mendaftar dengan Herbalife, anda di alu-alukan untuk menghubungi saya untuk bertanyakan mengenai produk dan keahlian.

Walau pun anda pernah menggunakan produk Herbalife sebelum ini,  tetapi tidak pernah mendaftar sebagai ahli, anda boleh melantik saya sebagai Coach untuk hasil yang lebih baik.

Harapan saya supaya semua orang mendapat hasil terbaik daripada produk ini. Jangan jadi seperti cartoon di bawah ye!

Monday, September 26, 2011

Perkembangan Syawal 2011

Syawal sudah nak habis tapi blog baru nak update. Masih dalam mood raya? Adalah sikit-sikit lagi kan...

Perkembangan terkini.....tengah concentrate dengan projek baru. InsyaAllah akan di'launch'kan tidak lama lagi. Hopefully dengan projek ini lebih banyak lagi orang yang aku boleh bantu untuk menurunkan berat badan dengan Herbalife.

So far, Alhamdulillah, semakin ramai yang berminat untuk turun berat badan dengan Herbalife. Apa-apa pun aku akan cuba menjawab semua soalan berkaitan Herbalife dengan sebaik mungkin. Cuma aku sangat-sangatlah berharap agar soalan diberikan oleh hanya untuk orang yang baru ingin mencuba produk Herbalife, atau yang mungkin sudah cuba tetapi tiada Coach untuk membimbing mereka. Bagi mereka yang sudah ada coach, adalah lebih adil sekiranya mereka merujuk terus dengan Coach mereka sendiri.

Ok enough about that, untuk perkembangan Raya tahun ini biar aku letakkan beberapa gambar di sini
Ini pulak gambar kami sekeluarga.
Alhamdulillah kami sekeluarga dapat beraya bersama-sama dengan keluarga belah suami di Jerantut.

Dalam bulan Syawal ini juga ada beberapa event Herbalife yang berlangsung iaitu Customer Day di Berjaya Times Square, dan juga Herbalife University di Korea.

Untuk Customer Day tu, dpt jugalah peluang untuk melihat kelebihan produk dan bisnes Herbalife daripada penerangan orang lain yg telah memberikan testimoni mereka.

Walaupun layak ke Herbalife University di Korea, aku mempunyai komitmen lain yang menyebabkan tidak dapat untuk pergi ke sana. InsyaAllah pada masa akan datang akan dapat join event dan vacation Herbalife yang lain.Sekarang ni pun ada beberapa promosi lagi untuk qualify. Seronok juga kumpul-kumpul point untuk achieve something. Memang buat kita fully motivated.

So anyway, Selamat Mengharungi kehidupan anda, semoga lebih bahagia bersama keluarga tercinta, Nantikan berita terkini dari saya tidak lama lagi. Kepada yg berminat nak tahu mengenai program Herbalife dan manfaatnya, boleh email saya.



Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...