Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Sunday, October 30, 2011

Menguruskan berat badan di kolej atau universiti

Alhamdulillah...semakin ramai pengunjung yang telah mengunjungi blog ini. Setiap hari aku akan menerima email dan mesej dari pengunjung-pengunjung blog. Ada yang ingin bertanyakan mengenai produk Herbalife, ada juga sekadar menyampaikan perasaan mereka sebagai pengguna Herbalife yang berpuas hati dengan produk ini.

Aku rasa sangat bersyukur dan gembira kerana sedikit sebanyak, apa yang aku tulis dalam blog ini dapat memberi kesedaran kepada orang lain tentang kepentingan dan kebaikan produk Herbalife. Tidak kiralah sama ada untuk orang yang baru mencari-cari produk yang sesuai untuk menurunkan berat badan, atau pun yang pernah menggunakannya.

Apa yang aku sedari baru-baru ini, kebanyakan mereka yang menghantar email dan bertanyakan mengenai produk Herbalife, sebilangan besar adalah dari golongan umur 20-an, dan kebanyakan mereka ialah yang sedang belajar di kolej atau universiti. Pada tempoh waktu inilah sebenarnya menjadi asas kepada cara pemakanan kita untuk masa akan datang, dan juga penentu kepada tahap kesihatan kita nanti. Aku masih teringat lagi masa zaman aku di Universiti dulu. Masa inilah berat naik tanpa dapat ditahan-tahan akibat kurang kesedaran kepada kesihatan dan kurang ilmu untuk memilih jenis makanan yang sihat.


Sebenarnya, menurut kajian, sebahagian besar penuntut kolej/universiti akan naik berat badan pada tahun pertama di kolej. Kenaikan berat badan mungkin disebabkan oleh stress, perubahan gaya hidup, perubahan pengambilan makanan dan diet yang diamalkan. Cuba baca beberapa senario di bawah, mungkin salah satunya adalah berkaitan dengan anda:-

  • Suzana (bukan nama sebenar), seorang penuntut kolej merasakan amat susah untuk menolak perlawaan roomatenya untuk makan makanan ringan yang disimpan sebagai stok di bilik mereka contohnya seperti kerepek, potato chips, kacang dan lain-lain.
  • Adalah menjadi kebiasaan mereka untuk menyediakan snek dan makanan ringan sekiranya terpaksa berjaga malam bagi menyiapkan laporan/paper atau study untuk exam.
  • Kadang-kadang, oleh kerana kesibukan, dia selalu tidak sempat ambil sarapan pagi dan akan makan 'brunch' yang berat iaitu nasi dan lauk-pauk yang disediakan di kafeteria kolej. Amatlah susah untuk mendapatkan pilihan makanan lain di kafeteria tersebut. Akibat kenyang, dia tidak makan selepas itu, tetapi pada lewat malam, akibat berjaga untuk menyiapkan assignment, pada masa inilah dia kembali rasa lapar dan terus ambil makanan segera sama ada fries and burger, atau sekadar singgah membeli makanan di kedai mamak, ataupun mungkin sebungkus nasi lemak
  • Kawan Suzana, Ali (juga bukan nama sebenar) juga menghadapi masalah yang sama. Dengan waktu makan yang tidak menentu, dia juga kurang melakukan aktiviti sukan seperti menaiki basikal atau bermain sukan, seperti yang selalu dilakukannya di rumah. Waktu makan yang tidak menentu juga menyebabkan dia lebih selesa mengambil fast-food, skip waktu makan dan mengambil coklat/makanan ringan untuk menghilangkan lapar sebelum kelas.
  • Akibat daripada tabiat makan seperti inilah, pada akhir semester,  kawan-kawan Ali mula mengusiknya kerana lebihan tayar 'spare' di pinggang. Suzana juga mendapati yang bajunya sudah tidak muat lagi walaupun elok dipakai pada permulaan semester yang lalu.

Ada beberapa cara, sekiranya anda, sebagai penuntut di kolej atau universiti ingin menurunkan berat badan atau mengekalkan berat anda. Antara langkah yang boleh anda lakukan ialah:-

  • Dapatkan tidur yang mencukupi. Kekurangan tidur menyebabkan kurang konsentrasi dan boleh membawa kepada lebihan berat badan.
  • Elak daripada meninggalkan waktu makan, atau tidak makan pada waktu yg sepatutnya. Jika tidak, ia akan menyebabkan anda makan lebih pada waktu berikutnya,
  • Ambil sarapan pagi yang seimbang dan berkhasiat. Ini untuk memberikan tenaga dan konsentrasi dalam kuliah.
  • Awasi saiz/portion makanan yang diambil. Sekiranya pengambilan tidak terkawal, anda akan mengambil lebih banyak kalori daripada yang sepatutnya dalam satu hari, yg menjadi penyebab kepada kenaikan berat badan.
  • Minum banyak air kosong sepanjang hari. Air kosong adalah free kalori.
  • Bersenam. Aktiviti fizikal membantu membakar kalori, menguruskan tekanan/stress dan menggalakkan stamina fizikal dan mental.
  • Simpan makanan jenis rendah lemak dan rendah kalori dalam bilik dorm anda, untuk diambil sebagai anek atau ketika lapar pada waktu lewat malam.

Sebagai satu pilihan anda boleh mengambil shake Herbalife setiap hari sebagai sarapan pagi untuk  memastikan anda membekalkan diri anda dengan semua vitamin dan mineral yang diperlukan. Anda juga boleh mengambil shake Herbalife yang rendah lemak, rendah kalori, dan mudah disediakan sebagai satu pilihan snek sihat. 


Nutrisi yang baik amatlah penting dititik beratkan kerana dengan membekalkan otak kita dengan makanan sihat, ini akan memudahkan kita mengulangkaji pelajaran.

Sumber

Thursday, October 6, 2011

Tahun ke-3 dengan Herbalife

Sometimes, ada orang tanya aku, apa produk yang aku ambil? Adakah aku masih lagi ambil shake Herbalife selepas 3 tahun? Adakah aku ada ambil lain-lain produk Herbalife selain dari  shake Herbalife untuk turunkan berat badan?

Jawapannya, KENAPA TIDAK? Sudah tentulah YA!

Jika seseorang itu betul-betul telah memahami mengenai kelebihan produk Herbalife, dan betul-betul faham mengenai faedah untuk setiap produk yang dikeluarkan oleh Herbalife, dia sekali-kali tidak akan meninggalkan produk ini.

Oleh itu, adalah penting untuk seseorang yang ingin menggunakan produk Herbalife ini, untuk mendapatkan produk daripada seorang 'Pengguna Produk', bukan setakat 'Penjual Produk'. Sudah tentu anda mahu beli produk daripada seseorang yang menggunakannya, kan?

Anda juga bukan sahaja memerlukan produk semata-mata, tetapi juga anda perlu diberikan panduan cara-cara menggunakan produk dengan betul supaya mencapai keputusan yg diinginkan. Sebab itulah, adalah penting anda mempunyai seorang Coach ketika menggunakan produk ini.

Macam saya, kalau saya dapat tahu Coach saya berhenti menggunakan suatu produk yang dia syorkan pada saya, sudah tentu saya akan merasa ragu-ragu untuk meneruskan penggunaan produk ini.

Tetapi, bagi mereka yang ingin menggunakan produk Herbalife untuk menurunkan badan, dan ingin berhenti menggunakannya setelah mendapat berat yang diinginkan, anda memang boleh buat begitu. Anda tidak perlu meneruskan penggunaan produk ini sekiranya anda tidak mahu terus menggunakannya. Sekiranya anda mampu mengawal pemakanan anda sendiri, dan dapat memastikan berat badan anda dapat dikekalkan, jadi tiada sebab untuk anda terus menggunakan produk ini.

Cuma bagi diri saya sendiri, saya akan terus memilih untuk menggunakan produk Herbalife, kerana dengan mengambil produk ini setiap hari, saya rasa bertenaga.. Dengan mengambil shake Herbalife setiap hari untuk sarapan, berat badan saya dapat dikekalkan. Jadi, kenapa saya mesti berhenti menggunakannya.

Alhamdulillah, saya rasa bersyukur kepada Allah keran diberikan rezeki yang murah untuk terus menggunakan produk ini untuk diri sendiri, dan ahli keluarga yang lain.

Inilah produk Herbalife di dapur saya untuk kegunaan diri saya sendiri, dan ahli keluarga saya:-

Ini semua untuk kesihatan dalaman (Inner Nutrition). Next time saya akan letakkan Outer Nutrition (Skincare ) Herbalife yg saya gunakan setiap hari.

Sampai jumpa lagi!

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...