Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Saturday, December 31, 2011

Selamat Tahun Baru 2012!




Hari ini merupakan penghujung kepada tahun 2011. Esok bermulalah tahun baru 2012.

Jadi, adakah anda sudah menyediakan azam baru utk 2012? Adakah azam itu semua azam yang baru, atau pun hanya repeat azam tahun lepas?

Bagaimanakah pula tahun 2011 telah melayan anda? Adakah anda telah memperolehi semua yang anda hajatkan pada awal tahun 2011 yang lalu? Adakah semua harapan dan niat anda telah menjadi kenyataan untuk tahun ini?

Setiap orang memang mempunyai harapan dan impian masing-masing. Mungkin kerana budaya, kita selalu menggunakan awal tahun untuk menyenaraikan semula harapan dan impian kita dan periksa sama ada terdapat impian kita yang telah mencapai kejayaan.

In  a way, budaya membuat azam pada tahun baru ini ada kebaikkannya. Ia mendorong kita menilai semula diri kita, kejayaan kita dan kegagalan yang telah kita alami untuk tahun berikutnya. Azam tahun baru pula akan membuatkan kita lebih bermotivasi untuk meningkatkan usaha kita pada tahun berikutnya.

Kita mungkin sudah tau di mana kelemahan kita, atau apa yang membuatkan kita gagal mencapai azam kita pada tahun lepas. Kita juga akan determine apakah cara yang perlu kita ubah, atau part mana usaha yang kita perlu tingkatkan, supaya azam kita menjadi realiti di tahun 2012.

Dalam Islam juga, kita disunatkan membaca Doa Akhir Tahun sebelum berakhir tahun yang lalu, dan membaca Doa Awal Tahun selepas masuknya waktu Maghrib Tahun Hijrah yang baru. Perbuatan ini mengajar kita untuk menilai semula dan menyesali perbuatan yang kurang baik atau dosa yang kita lakukan dulu, dan juga berdoa supaya kita menjadi seorang Muslim yang lebih baik untuk tahun berikutnya. Of course, dengan doa, kita perlu tingkatkan usaha supaya menjadi kenyataan.

Walau bagaimanapun, kita harus sedar, azam dan impian ini bukan hanya perlu dibuat di awal tahun sahaja. Kita perlu sentiasa menilai diri kita dan menyediakan impian dan harapan yang baru setiap masa, supaya kita dpt mempertingkatkan usaha kita untuk berjaya, bukan sahaja untuk tahun tersebut, tetapi juga untuk tahun-tahun berikutnya.

Bagi aku, tahun 2011 telah memberikan banyak pengalaman, dorongan dan kelebihan kepada aku dan keluarga. Alhamdulillah, aku sangat-sangat bersyukur kepada Allah kerana tahun 2011 ini memang memberikan rezeki yang murah untuk kami, dalam perniagaan Herbalife dan juga untuk kesihatan.

Tahun 2011 juga telah memberikan aku  banyak pengajaran dengan Herbalife. Bermula dengan event Spectacular 2011 pada awal 2011 yang lalu, aku telah mendapat dorongan untuk membuat Herbalife secara lebih bersungguh-sungguh. Semasa Spectacular tersebut aku telah melihat bagaimana bisnes Herbalife ini merupakan sesuatu bisnes yang unik dan banyak yang boleh dicapai dalam perniagaan ini.

Sebelum event ini, aku masih lagi mempunyai sedikit doubts and fear atau kekeliruan akibat fakta yang diputar belitkan oleh orang lain, mereka yang tidak mahu memberikan peluang atau menolak produk Herbalife akibat tidak mahu cuba memahami apa sebenarnya keistimewaan dan kelebihan Herbalife ini. Tetapi setelah mengalaminya sendiri selama 3 hari di Spectacular, aku menjadi lebih yakin dan bersemangat. Aku terus mengatur langkah dan strategi untuk lebih berjaya dengan Herbalife. Sebagai pendorong, aku telah menanam azam dan cita-cita untuk mencapai rewards yang ditawarkan oleh Herbalife semasa event itu iaitu - Ipad dan percutian ke Gold Coast, Australia.*

Selepas Spectacular 2011, aku terus pastikan yang aku tidak akan miss mana-mana event yang besar lagi dalam Herbalife. Selepas Extravaganza 2011 di Bangkok, Thailand aku jadi lebih teruja. Walau pun aku menghadapi masalah di tempat kerja akibat menghadirkan diri ke Extravaganza, ini langsung tidak melemahkan semangat aku. Malah, kerana Extravaganza jugalah aku telah melayakkan percutian ke Gold Coast, Australia, dan baru-baru ini ke Royal Carribean Cruise.* Ini adalah percutian yang selama ini hanya dalam mimpi sahaja.

It's not just about rewards and vacation dalam Herbalife. Itu semua hanyalah ganjaran yang disediakan untuk mendorong kita semua untuk berusaha dengan lebih baik. It's actually about the product. Kalau kita dah betul-betul yakin dan jatuh cinta dengan produk ini, yang lain-lain akan datang dengan sendiri. Of course, usaha yang kita telah lakukan, masa yang kita korbankan, dan segala ilmu yang kita belajar melalui training, perkongsian cerita dan bergaul serta belajar dengan orang-orang yang telah berjaya dalam perniagaan ini, itu yang menjadi faktor kepada peningkatan aku dalam Herbalife.

Sudah tentu, dengan izin Allah dan rezeki yang telah ditetapkan oleh-Nya, aku telah mendapat ganjaran-ganjaran yang terbaik dalam Herbalife.

Aku sangat-sangat bersyukur kerana 2011 telah menjadikan aku lebih rapat dengan keluarga melalui percutian yang kami pergi. Tahun ini juga suami tercinta lebih memahami mengenai Herbalife dan memberikan sokongan tidak berbelah bagi, selepas kami sama-sama ke Extravanganza Bangkok. Bisnes ini juga menjadikan aku lebih menghargai masa dan belajar untuk menguruskannya dengan lebih baik. Tahun ini juga rezeki kami semakin bertambah-tambah, Alhamdulillah.

Dan sudah tentu pada tahun 2011 juga, aku telah menjadi coach kepada lebih ramai orang. Ramai orang di Malaysia yang telah mendapat kebaikan daripada produk ini. Kerana itulah produk ini semakin popular di pasaran Malaysia. Bukan semata-mata kerana faktor iklan atau hadiah yg ditawarkan, tetapi kerana lebih org Malaysia yang telah mendapat basil daripadanya.

Ok, enough said about 2011. Anda boleh tengok post-post yang lama untuk mengetahui kisah-kisah saya dalam Herbalife. Apa yang penting ialah, semoga 2012 menjanjikan tahun yang lebih cemerlang untuk aku, dan anda semua.

Sekiranya ada antara anda yang berminat mendapat hasil daripada produk ini, anda patut mulakannya sekarang. Inilah masanya untuk anda memulakan usaha mendapat kesihatan terbaik dan menguruskan berat badan.

Sekiranya ahli-ahli saya yang telah menggunakan produk dan menjadi ahli bebas Herbalife, saya nasihatkan anda supaya tidak melepaskan peluang menghadiri Spectacular 2012 yang akan diadakan pada bulan Februari nanti. Maklumat lanjut boleh didapati di sini.

Jangan risau, kerana masa dan duit yang anda laburkan untuk menghadiri event ini, will be really worth it. Insya-Allah anda akan mendapat lebih banyak manfaat dengan menghadiri event penting ini. So kepada ahli yg ingin mengetahui lebih lanjut boleh hubungi saya ;)


SELAMAT TAHUN BARU 2012!

* Hasil pendapatan adalah berbeza mengikut individual. Hasil adalah berbeza-beza. Percutian dan gaya hidup yang digambarkan adalah tertakluk kepada kelayakan dan pencapaian individu, Hasil adalah tidak tipikal.

Monday, December 26, 2011

Back in business

Salam semua! Saya sudah kembali dari bercuti :)

Seronok betul dapat bercuti dengan keluarga, terutama apabila dapat percutian oleh Herbalife!*

Untuk yang masih belum tahu, saya baru pulang daripada percutian Royal Carribean Cruise Singapura- Penang-Melaka pada 19 hingga 22 Disember yang lalu. .*

Perasaan belayar atas cruise dengan keluarga tercinta - PRICELESS.

Saya akan ceritakan dengan lebih lanjut dalam post akan datang. Post ini hanya untuk maklumkan yang saya sudah bersedia untuk kembali bekerja keras bagi mencapai percutian yang akan datang pula.*

Tokyo 2012! Tak sabar rasanya!

Sementara itu, kepada sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan produk Herbalife, keahlian Herbalife, atau untuk mendapat percutian seperti saya dalam perniagaan ini, boleh hubungi saya ;)

p/s: Semua ahli yang mendaftar berpeluang mendapat percutian dengan Herbalife sekiranya anda berminat menjalankan perniagaan ini secara serius. Dapatkan tiketnya daripada saya sekarang!

* Pendapatan tertakluk kepada invididu (atau contoh )digambarkan dan bukan purata

Wednesday, December 14, 2011

Percutian Herbalife

Saya akan bercuti ke Singapura mulai 18 Disember hingga 23 Disember 2011. Oleh itu diharapkan kepada mereka yang menghantar email/sms/mesejFB dapat bersabar sekiranya saya lambat membalas pertanyaan anda. Saya akan cuba sedaya upaya membalasnya secepat mungkin, atau sekiranya mempunyai connections kepada line telefon/internet.

Oleh itu, nasihat saya kepada sesiapa yang ingin mendapatkan produk daripada saya, boleh membuat pesanan dan bayaran selewat-lewatnya sehingga 16 Disember 2011, supaya order anda dapat diproses pada minggu ini. Order yang masuk pada minggu hadapan akan cuba diproses secepat mungkin, bergantung kepada availability.

Kepada ahli/pelanggan di Kuantan juga boleh menghubungi saya sekiranya mahu mendapatkan stok minggu ini selewat-lewatnya pada hari Jumaat, 16hb ini. Tetapi stok juga agak berkurangan disebabkan permintaan yang agak tinggi minggu ni :'(

Doakan saya selamat pergi dan kembali dari percutian ini. Saya akan ceritakan segala-galanya selepas kembali daripada cuti nanti.

* Pendapatan tertakluk kepada invididu (atau contoh )digambarkan dan bukan purata

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...