Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Sunday, February 5, 2012

Betapa sibukkah anda?

Salam untuk semua dan Salam Maulidur Rasul untuk yang beragama Islam.

Sudah lebih daripada sebulan tahun 2011 meninggalkan kita. Bagaimanakah anda mengharungi tahun 2012 ini? Adakah anda masih lagi menruskan usaha-usaha bagi mencapai azam yang telah dibuat pada awal tahun baru yang lalu?

Atau adakah anda sudah mula lupa apakah yang anda ingin capai dalam tahun 2012 ini? Masih belum terlambat lagi untuk anda kembali semula kepada usaha-usaha yang teah anda rancangkan sebelum ini. Semoga tahun 2012 ini memberikan kita segala yang terbaik yang kita inginkan untuk kehidupan sekarang dan masa depan. Amin.

Bagi diri aku pula, 2012 merupakan tahun pertama aku menguruskan anak sulung masuk ke Sekolah Kebangsaan iaitu dalam Darjah 1. Baru ku sedar kini betapa susahnya menjadi seorang ibu kepada anak yang bergelar murid sekolah. Sedangkan baru seorang anak bersekolah, aku sudah merasakan yang hidup akan jadi tak tentu arah pada seminggu dua persekolahan. Aku betul-betul kagum dengan ibu-ibu yang terpaksa menguruskan lebih daripada 2 tau 3 orang anak yang masih bersekolah.

Menguruskan anak bukanlah satu perkara mudah Apatah lagi untuk wanita bekerja yang juga terpaksa menguruskan rumahtangganya selepas pulang dari kerja. Kita terpaksa bangun lebih awal daripada orang lain, dan mungkin tidur lewat daripada orang lain. Segala persiapan untuk persekolahan anak terpaksa diuruskan dan dirancang seperti baju sekolah, kasut sekolah, duit belanja dan lain-lain. Kita terpaksa betul-betul memastikan yang anak kita mempunyai bekal untuk waktu rehatnya nanti, terpaksa pastikan buku dalam beg sekolah adalah berdasarkan jadual yang telah diberikan oleh guru, terpaksa memastikan bekalan air anak disediakan awal pada malam sebelum sekolah, dan banyak lagi perkara-perkara lain yang perlu diberi perhatian.

Kerja sebagai ibu bapa memang memenatkan. Apatah lagi jika ditambah dengan bebanan kerja di pejabat. Perkara paling penting yang perlu dirancang ialah dari segi pengurusan masa. Sebagai ibu bapa kita perlu memastikan masa kita dirancang dengan teliti supaya semua perkara dapat dilaksanakan mengikut masa yang sepatutnya.

Selain daripada itu, amatlah penting untuk kita menjaga pemakanan kita. Dengan mengambil pemakanan yang sihat dan seimbang, ini dapat menjamin kesihatan kita dan juga memberikan tenaga supaya kita dapat melaksanakan semua kerja dari awal pagi hinggalah ke dinihari.

Elakkan untuk mengambil makanan yang tidak sihat. Elakkan daripada berlapar atau tidak mengambil makanan pada waktu yang sepatutnya iaitu sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Ambil snek yang ringan sekiranya perlu bagi mengekalkan metabolisme badan. Pastikan juga anda mengambil air yang mencukupi supaya badan kekal hidrasi.

Alhamdulillah, dengan mengambil shake Herbalife sebagai sarapan pagi sihat, aku berjaya kekal segar dan bertenaga sepanjang hari. Walaupun bangun pada pukul 5.30 atau 6pagi dan hanya tidur pada pukul 12 tengah malam, aku tidak mudah berasa penat. Dengan produk tambahan seperti Aloe Vera dapat membantu mengurangkan stress dan juga teamix yang mengekalkan tenaga, ini dapat membantu aku menguruskan rumah tangga, anak-anak dan juga waktu bekerja di pejabat. Selepas waktu pejabat pula aku masih lagi bertenaga untuk melakukan senaman ringan sekali sekala.

Bukan mudah untuk melakukan semua perkara dalam satu masa. Yang penting ialah untuk mengenalpasti apakah perkara yang penting dalam hidup kita dan pilih aktiviti-aktiviti yang akan memberikan faedah atau kebaikan kepada kita , dan elakkan daripada melakukan perkara-perkara yang membuang masa atau tidak berfaedah. InsyaAllah dengan doa dan usaha, kita akan dapat melaksanakan semua perkara dengan mudah.

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...