Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Sunday, August 24, 2014

Kesan Herbalife selepas 5 tahun

Kesan herbalife selepas 5 tahun

Saya bermula menggunakan produk Herbalife sejak dari akhir tahun 2008 lagi. Ini bermakna sudah lebih dari 5 tahun saya menggunakan produk ini.

Kenapa saya mula menggunakan produk Herbalife? Faktor utama ialah untuk turunkan berat badan secara sihat. Saya rasa bersyukur kerana dengan izin Allah, saya diberi peluang untuk menggunakan produk ini. Daripada banyak produk dalam pasaran, dan daripada ramai orang di dunia, saya diberi kesempatan untuk mencuba dan terus menggunakan produk ini. Saya sangat bersyukur atas hadiah nutrisi yang diberikan oleh produk Herbalife.

Download ebook saya turun 18kg dengan Herbalife

Selepas berjaya turun 18kg, saya terus mengambil keputusan untuk berkongsi dengan orang lain mengenai kelebihan Herbalife dan membantu orang lain juga mendapat kebaikan produk yang hebat ini. Maka bermulalah perjalanan hidup saya sebagai seorang Coach Herbalife.

Dalam masa lebih dari 5 tahun, saya telah menjadi Coach Herbalife kepada ramai orang. Dalam masa 5 tahun ini, saya telah menjalankan perniagaan secara kaedah utama ialah melalui Internet. Orang yang saya dapat bantu datang dari seluruh Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak. Mereka telah memilih untuk beli Herbalife online, dan masih dapat turun berat dengan berjaya. Selain daripada Internet, ada juga pelanggan saya daripada kalangan orang yang saya kenal di sekeliling saya, atau melalui rujukan daripada orang lain.

Internet telah banyak menolong saya untuk berkongsi mengenai kebaikan Herbalife dan pengalaman saya menggunakannya, dengan orang lain. Walaupun saya melakukan Herbalife Online, saya tetap dapat menjalin perhubungan yang indah dan sangat bermakna dengan mereka yang telah menghubungi saya untuk bantu mereka turunkan berat badan. Saya ingin dapatkan Herbalife Online

Sejak menjadi coach Herbalife dari lebih 5 tahun yang lalu, saya telah berjaya membantu ramai orang turunkan berat badan. Walaupun, selepas 5 tahun ada juga yang sudah berhenti menggunakan produk herbalife ini. Tetapi ada juga yang masih tetap meneruskannya.


Apa yang menariknya, ramai mereka bermula dengan berat badan yang sangat tinggi, sama ada overweight ataupun obese. Dengan usaha mereka sendiri, mereka dapat mencapai penurunan yang mengujakan.. Ada yang dapat turun hingga ke berat ideal, ada juga yang dapat turun sedikit dan cukup berpuas hati walaupun masih belum mendapat berat ideal.

Sekiranya anda memilih untuk minum shake Herbalife, anda tidaklah wajib untuk minum buat selama-lamanya. Anda mempunyai pilihan untuk berhenti minum pada bila-bila masa sahaja, dan kesan sampingan Herbalife jika anda berhenti minum memang tiada yang negatif. Memang ramai yang menanyakan kepada saya mengenai perkara ini.

Saya tidak pernah menjangkakan sesiapa yang melantik saya sebagai coach akan terus minum shake sampai bila-bila. Memang normal apabila ada yang berhenti sekejap dan minum semula, atau ada juga yang berhenti terus. Tetapi ramai juga yang masih memilih untuk terus minum shake Herbalife sebagai hidangan sarapan mereka dan sebagai kaedah mengawal berat badan. Mereka memilih untuk terus sihat dengan Herbalife. Semuanya terpulang kepada pilihan masing-masing. 

Kesan Herbalife selepas 5 tahun

Kesan Herbalife yang saya telah lalui lebih dari 5 tahun ini ialah rasa sangat bersyukur dan berpuas hati kerana perkara-perkara berikut

  • Diberi peluang dan rezeki dari Allah untuk terus menggunakan produk Herbalife ini dan berpeluang berkongsi kebaikan Herbalife dengan orang lain
  • Dapat membantu orang lain merasai kehebatan dan merasai sendiri perubahan pada diri mereka dari segi kesihatan. Lebih bermakna lagi apabila mereka turut berkongsi dengan ahli keluarga yang lain dan kawan-kawan orang sekeliling mereka.
  • Dapat mengubah kehidupan seseorang menjadi lebih baik. Samada mendapat keyakinan diri lebih tinggi dari sebelumnya, dapat pakai baju dalam saiz yang diidamkan,hanya semata-mata kerana bertukar kepada hidangan makanan sihat yang jauh lebih baik daripada hidangan biasa.

Kesan Herbalife bukan setakat fizikal atau wang ringgit

Herbalife bukan setakat berjaya menjadikan diri saya lebih kurus. Keupayaan membantu insan lain mengubah diri mereka merupakan hadiah hidup saya yang paling benilai, Sudah lebih 5 tahun saya mengecapi hadiah ini. Insya-Allah dengan izin Allah saya akan tetap meneruskan misi saya membantu orang lain dan turun berat badan dengan Herbalife.

Apa yang saya sedari dalam pengalaman menggunakan Herbalife ialah, bagi mereka yang obese dan telah saya bantu untuk berjaya turun berat dengan Herbalife, telah memperolehi kesedaran mengenai kawalan makanan dan kawalan berat badan. Mereka tidak akan memperolehi semula berat yang asal sebelum Herbalife kerana mereka sudah faham mengapa berat mereka dulu sangat tinggi, dan mereka juga faham bagaimana mereka dapat mengelakkanya daripada berulang. Apa yang menyeronokkan ialah mereka sudah tahu cara berkesan untuk mereka mengawal berat badan, dan menurunkannya semula sekiranya perlu. Kesan Herbalife yang pasti bagi mereka ialah tidak akan kembali kepada berat ketika sebelum menggunakan herbalife.

Kesan Herbalife selepas 5 tahun bagi saya ialah perhubungan yang terjalin dengan semua orang yang saya jumpa disebabkan produk Herbalife. Walaupun ada di antara mereka yang saya tidak pernah bersemuka, kami tetap mampu menjalinkan hubungan yang sangat istimewa. Ia adalah satu perasaan yang istimewa bila menjadi seseorang yang boleh diharapkan di saat mereka memerlukan.

Semoga kesan Herbalife ini akan berterusan untuk selama-lamanya selagi hayat dikandung badan. Aminnn...

*Kesan penurunan individu adalah berbeza-beza. Hasil individu adalah tidak tipikal

Tuesday, August 19, 2014

Kerjaya Coach Bebas Herbalife

Coach Bebas Herbalife : Kerjaya pilihan saya

Sebagai seorang Pengedar Bebas Herbalife, saya lebih selesa dikenali sebagai seorang Coach Turun Berat Badan kerana spesifikasi tugas saya ialah untuk menjadi jurulatih untuk membantu orang lain sihat dengan Herbalife. Dengan produk yang bagus dan berkualiti, seseorang yang ingin menjadi lebih sihat atau menurunkan berat badan dengan Herbalife, perlu tahu bagaimana menggunakan produk ini dengan betul. Saya juga hanya perlu berkongsi mengenai produk Herbalife dan kebaikannya, sama ada melalui Internet ataupun di luar.




Sejak kebelakangan ini saya lebih banyak menambah maklumat dalam website Herbalife saya di azierayazid.com. Website ini saya bina untuk memberikan lebih banyak maklumat yang biasa dicari oleh orang ramai di luar mengenai produk Herbalife.

Walau bagaimana pun, blogspot ini pula merupakan cerita kisah saya sendiri sejak dari permulaan saya menggunakan Herbalife. Rasa agak bersalah kerana sudah lama saya tidak bercerita dalam blog ini. Jadi, saya ambil keputusan untuk terus mengemaskini blogspot ini dengan cerita yang lebih santai, tentang kisah seharian saya sebagai seorang Coach Bebas Herbalife secara separuh masa.

Download ebook untuk baca kisah saya turun 18kg dengan Herbalife

Coach Bebas Herbalife separuh masa

Kenapa saya katakan separuh masa walaupun saya sudah berhenti kerja dan melakukan bisnes Herbalife ini secara online di rumah? Ini kerana saya melakukannya sambil menguruskan keluarga dan anak-anak. Kalau diikutkan, jadual seharian saya lebih sibuk daripada orang yang bekerja makan gaji di pejabat. Kenapa saya memilih untuk berhenti kerja walau pun saya boleh melakukan Herbalife separuh masa? Nanti saya ceritakan di lain masa. Mungkin keluarkan satu lagi ebook untuk kisah kenapa saya berhenti kerja ;)

Sehingga hari ini saya tidak pernah menyesal memilih untuk melakukan Herbalife ini secara sepenuh masa. Walaupun sibuk dengan tugasan sebagai seorang isteri dan ibu, saya rasa berpuas hati melakukannya. Saya rasa amat bersyukur kerana bukan semua orang berpeluang menikmati masa bersama keluarga yang saya perolehi sekarang.

Sebagai seorang ibu sepenuh masa, saya sangat berpuas hati apabila dapat menguruskan anak-anak di rumah, menghantar dan menjemput mereka di sekolah, sambil menjaga anak ketiga saya secara sepenuhnya. Saya masih ingat lagi pengalaman terpaksa menghantar dua anak saya ke rumah pengasuh dan taska kerana saya terpaksa bekerja seharian di pejabat. Hanya tawakal dan berdoa sahaja pada Allah supaya mereka selamat dan gembira kerana terpaksa tinggal bersama orang lain.


Kebebasan sebagai seorang Coach Bebas Herbalife.

Jika ada yang ingin tahu mengenai pendapatan yang saya terima sebagai seorang coach Herbalife biarlah saya katakan bahawa pendapatan yang saya terima adalah berbaloi dengan kebebasan yang saya dapat.  Memang sebagai manusia, kita impikan mendapat duit banyak. Terus terang jika duit yang saya kejar, saya tidak akan berhenti daripada kerjaya saya sebagai seorang Pengarah Bahagian IT yang selesa mendapat pendapatan bulanan secara tetap. Tambahan lagi saya boleh melakukan Herbalife secara separuh masa melalui Herbalife Online blog saya ini. Tapi itu semua bukanlah menjadi keutamaan. Saya lebih suka hidup secara bersederhana dan menikmati kehidupan yang bukan mengharapkan wang semata-mata.

Apa yang saya dapat sekarang ialah kebebasan masa. Saya bebas memilih waktu kerja saya sendiri. Saya dapat meluangkan masa bersama anak-anak sambil bekerja. Saya bebas memilih waktu kerja yang saya inginkan.

Selain itu juga, dengan bekerja sendiri saya dapat membebaskan diri saya daripada berada dalam keadaan 'terpaksa'. Saya tidak perlu memaksa diri untuk bekerja dalam situasi yang kurang selesa. Saya juga tidak perlu 'terpaksa' bekerja dengan orang yang saya kurang senangi. Hidup saya sekarang dikelilingi oleh orang-orang positif setiap hari. Dan saya boleh memilih dengan siapa saya ingin melakukan bisnes saya.

Sebagai Coach Bebas Herbalife saya bukan setakat menjual produk sahaja, tetapi saya menyediakan servis atau perkhidmatan kepada masyarakat. Apabila seseorang ingin mengetahui harga Herbalife 2014 atau mendapatkan produk Herbalife, saya bukan setakat menjalankan bisnes jual-beli sahaja. Saya akan memastikan bahawa produk Herbalife memang betul-betul sesuai dengan keperluan seseorang itu. Selain itu juga semua Coach Herbalife akan menyediakan after-sales service. After-sales service ialah sokongan, panduan dan follow up bagi memastikan pelanggan menggunakan produk dengan betul supaya mereka mendapat kesan Herbalife yang diinginkan.

Kesimpulannya, selepas lebih dari 5 tahun menjadi coach Bebas Herbalife, saya rasa sangat berpuas hati dan bersyukur dengan kehidupan saya yang sederhana sekarang. InsyaAllah impian saya untuk mencapai kebebasan kewangan akan tercapai satu hari nanti. Apa yang penting sekarang ialah saya akan terus berkongsi tentang kebaikan produk Herbalife, dan memastikan lebih ramai lagi orang berpeluang menikmati kebaikan produk Herbalife ini.

Ingin tambah pendapatan menjadi seorang coach Bebas Herbalife?

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi kerjaya Coach Bebas Herbalife ini sebagai satu cara pendapatan separuh masa atau sepenuh masa, boleh hubungi saya melalui email aziera[at]azierayazid.com atau SMS/Whatsapp ke nombor 017 936 0797.

Jika anda terbuka untuk melihat peluang menambahkan pendapatan melalui Herbalife hanya menggunakan blogging dan Internet, saya bersedia untuk menunjukkan peluang anda. Tidak kiralah sama ada anda seorang yang bekerja di pejabat, atau seorang suri rumah sahaja. Saya boleh tunjukkan peluang bagaimana menambah pendapatan anda secara part-time menggunakan Internet. Saya sendiri sudah menggunakan Internet secara sepenuhnya untuk melakukan perniagaan Herbalife Online saya, dan saya berpeluang mendapat pendapatan sama seperti orang bekerja di pejabat sambil bekerja dari rumah, selain daripada peluang melancong dan bercuti ke luar negara.

Hubungi saya untuk mendaftar sebagai seorang Coach Bebas Herbalife sekarang!





Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...