Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Monday, February 16, 2015

11 Tip Untuk Diet Di Musim Cuti

Ikuti 11 Tip Untuk Diet Agar Kekal Berat Badan Di Musim Cuti Panjang




Risau terlebih makan semasa di waktu cuti panjang? Takut berat badan naik akibat diet yang tidak teratur?

Baca 11 tip untuk diet berikut bagi membantu anda kekalkan berat anda sewaktu musim cuti panjang:-


Tip #1 Jangan hanya fokus kepada makanan

Hari cuti bukanlah berkisar kepada makanan semata-mata. Isikan hari cuti anda dengan aktiviti menarik dan santai tanpa terlalu fokus kepada makanan sahaja. Masa rehat anda tidak semestinya dihabiskan di meja makan atau menghadap makanan.


Tip#2 Beri ganjaran untuk diri anda


Terlebih makan waktu cuti adalah perkara normal. Anggaplah ia satu ganjaran utnuk diri anda yang sudah bertungkus lumus mengawal makanan anda pada hari biasa. Tapi awas, jangan jadikannya satu tabiat. Sehari seminggu 'cheat day' ialah normal tetapi jangan asyik terlebih makan kerana jika tidak, adalah sukar untuk anda kembali kepada tabiat pemakanan yang sihat dan seimbang seperti sebelumnya.

Ingin tips untuk membantu anda turun berat dengan cara yang sihat dan selamat? Dapatkan 5 Tips Turun Berat Badan Secara Sihat



Tip#3. Kekal aktif

Jika anda seorang yang aktif dan melakukan senaman, jangan jadikan waktu cuti sebagai cuti daripada bersenam. Teruskan dengan aktiviti yang biasa anda lakukan untuk membakar lemak dan kalori. Tetapi jikan anda seorang yang selalu sibuk dan tiada masa melakukan senaman di hari biasa, hari cuti ialah waktu yang paling sesuai untuk memulakannya. Tidak perlu lakukan senaman yang berat dan menyusahkan. Cukup sekadar berjalan dengan ahli keluarga selama 30 minit, atau aktiviti sukan menyeronokkan yang lain. Mana tahu, bila anda dah biasakan bergerak di waktu cuti dan rasa ia menyeronokkan dengan kesan yang baik untuk diri anda, ini akan mendorong anda supaya terus kekal aktif walaupun pada hari biasa yang lain.

Tip#4 Berhati-hati dengan lebihan makanan (leftover)

Kebiasaannya dalam sebuah keluarga, pada hari cuti akan memasak lebih banyak daripada kebiasaan. Ini akan menyebabkan banyak lebihan pada keesokan harinya. Berhati-hati agar anda tidak kerap makan lebihan makanan ini dengan alasan takut membazir. Ini akan menambah kalori dan boleh menambah berat jika kerap dilakukan. Jadi ikuti tip untuk diet ini jika ingin elakkan berat anda bertambah akibat makan makanan lebihan semalam.


Tip#5 Kurangkan makan di luar dan tak perlu habiskan apa yang di dalam pinggan

Kurangkan aktiviti makan luar waktu cuti kerana anda mungkin cenderung mengambil makanan yang tinggi kalori berbanding dengan masakan di rumah. Anda juga tidak perlu habiskan semua makanan di dalam pinggan. Berhenti sebelum terlalu kenyang, atau pilih portion makanan yang lebih sesuai untuk anda.


Tip#6. Jangan skip waktu makan

Pastikan anda makan pada waktu yang sepatutnya. Ambil sarapan yang sihat dan seimbang serta rendah gula bagi memberikan anda tenaga. Tip untuk diet ialah elakkan makanan tinggi gula atau tinggi karbohidrat kerana ini akan menyebabkan anda lebih bernafsu untuk ambil makanan manis sepanjang hari. Makanan tinggi gula juga akan menyebabkan anda rasa cepat lebih dan malas bergerak. Dapatkan sarapan pagi yang sihat dan seimbang seperti shake Herbalife yang boleh membantu anda mengawal berat badan.

Tip # Jangan ke jamuan dengan perut kosong atau terlalu lapar

Jika anda menerima jemputan untuk ke sebarang majlis sewaktu cuti, elakkan pergi dengan perut kosong. Pastikan anda ambil sarapan seimbang di waktu pagi. dan makan pada waktu yang sepatutnya. Lapik perut dengan makanan yang menyihatkan agar anda tidak rasa terlalu lapar apabila tiba ke jamuan tersebut. Rasa terlalu lapar akan mendorong anda makan secara berlebihan, atau memilih makanan yang kurang baik untuk hasil berat badan anda .

Tip #8 Minum air secukupnya

Mungkin anda banyak mengisi masa cuti dengan berjalan atau berada di luar rumah. Jangan jadikan ini alasan untuk anda kurang minum air. Kekal hidrasi dengan minum secukupnya. Jangan sampai anda rasa terlalu dahaga. Kurang minum air akan mendorong anda makan secara berlebihan kerana kita akan selalu tersalah sangka rasa dahaga dengan rasa lapar.

Tip #9 Kawal portion makanan
Jika anda banyak menghabiskan masa cuti balik kampung, atau melawat ahli keluarga. Mungkin juga anda akan menghadiri banyak rumah jika cuti panjang ini berkaitan dengan sesuatu perayaan. Awasi portion atau sukatan makanan yang anda ambil. Jangan makan berlebihan daripada yang sepatutnya anda makan. Jangan membazir. Anda tidak perlu rasa semua makanan yang dihidangkan di atas meja.


Tip #10 Atasi stress

Ya, hari cuti juga boleh menyebabkan stress jika anda kurang tidur. Mungkin kerana tetamu ramai si rumah, atau anda banyak berjalan hingga tidak sempat untuk tidur atau berehat.Berhati-hatilah supaya tidak ambil langkah mengurangkan stress terhadap makanan. Cari ruang untuk anda berehat dan rasa lebih tenang.


Tip# 11 Elak makanan kurang sihat di dalam rumah

Kadangkala hari cuti menyebabkan kita terpaksa stok makanan di dalam rumah kerana anak-anak yang sedang bercuti, ataupun ramai yang datang ke rumah. Pilih makanan sihat dan seimbang sahaja. Elakkan makanan kurang sihat seperti mee segera, air bergas, kerepek dan keropok tinggi lemak dan lain-lain lagi. Kurangkan juga makan makanan 'fast food' ketika hari cuti kerana kandungan kalori dan lemak yang tinggi.

Fahami 11 tip untuk diet yang diberikan di atas bagi mengawasi berat badan anda supaya tidak naik sewaktu cuti yang panjang. Ketahui juga 3 kunci kejayaan untuk turunkan berat badan dengan lebih berkesan semasa cuti ataupun selepas habis cuti waktu cuti.

Bagi anda yang ingin ketahui cara untuk turunkan berat badan, dapatkan analisa kesihatan bagi mengetahui bagaimana anda boleh memulakan langkah menurunkan berat badan anda sekarang.


photo 
    

Wednesday, February 11, 2015

Saya Nak Kurus. Apakah Perlu Saya Lakukan?

Tahniah! Jika anda ada niat 'Saya Nak Kurus'!

Baca selanjutnya kerana ini mungkin kali terakhir untuk anda mencari penyelesaian untuk kuruskan badan.


Seperti yang kita tahu, setiap orang yang ingin turunkan berat badan mempunyai pelbagai sebab tersendiri. Sebab utama mungkin kerana terlalu banyak tekanan pada bahagian kaki. Ramai juga orang rasa berlebihan berat badan menyebabkan mereka jadi cepat marah, dan cepat letih. Tiada siapa yang suka kepada perasaan ini. Semua orang ingin turunkan berat. Tetapi ramai yang tidak tahu cara untuk kuruskan badan cara yang betul, dan cara yang sihat. Adakah anda salah seorang yang terfikir 'Saya nak kurus' kerana ingin kurangkan salah satu daripada masalah ini?

Kekal cantik dan menarik selepas berkahwin, terutama selepas melahirkan anak ialah impian setiap wanita. Kebanyakan wanita akan rasa risau jika nampak lebih tua daripada suami, walaupun umur mereka adalah sebaya. Oleh kerana itu, saya rasa yakin yang Herbalife dapat membantu kaum wanita seperti kita, untuk nampak cantik dan kekal menarik supaya suami akan sentiasa memuji dan memuja kita sebagai isterinya. Kita semua mahu supaya suami sentiasa rasa bahawa, 'Saya mempunyai seorang isteri yang paling cantik dan menarik'.

Sebagai seorang surirumah atau wanita yang mempunyai kerjaya, untuk turunkan berat badan bukanlah sesuatu yang mudah kerana kita mempunyai banyak komitmen dan tanggungjawab dalam rutin harian kita. Tetapi, jika kita seorang yang bijak, kita boleh melakukannya sambil melaksanakan rutin harian kita yang mengambil banyak daripada masa kita.

Oleh sebab itu, anda perlu download ebook saya untuk ketahui bagaimana anda dapat turunkan berat badan dengan menggunakan cara yang lebih bijak, iaitu menggunakan cara kurus dengan Herbalife.

Ada banyak alasan dan sebab kenapa ramai orang nak kuruskan badan. Sebagai coach Herbalife, saya sudah jumpa ramai orang yang mempunyai keinginan yang kuat untuk menurunkan berat badan. Ada antara sebab itu positif dan juga negatif.

Jika anda ingin kuruskan badan dan perlukan seorang Coach Herbalife untuk bantu anda, hantarkan email ke aziera@azierayazid.com dan tulis subjek 'Saya nak kurus'

Jadi, jangan tunggu alasan anda perlu turunkan berat disebabkan perkara negatif yang berlaku dalam hidup anda. Fikirkan apakah perkara positif yang anda boleh capai dengan menurunkan berat badan anda sekarang. Saya percaya anda akan dapat mencapai berat badan dan bentuk fizikal yang anda inginkan jika anda mempunyai keinginan yang serius dan secara konsisten sentiasa berubah untuk menjadi lebih baik.

Lihat testimoni Herbalife bagaimana saya bantu orang lain untuk turunkan berat badan. Anda boleh dapatkan analisa kesihatan untuk ketahui bagaimana saya boleh bantu anda kuruskan badan.

Monday, February 2, 2015

Kepentingan Sarapan sihat untuk ibu yang sibuk

Kenapa sarapan sihat penting jika anda seorang ibu yang sibuk?

Jika anda seorang ibu, tidak kiralah sama ada anda bekerja sepenuh masa, bekerja dari rumah ataupun surirumah yang tiada pendapatan sendiri, saya percaya anda memang seorang yang sibuk.
Seorang ibu memikul banyak tanggungjawab dalam keluarga, iaitu dalam menguruskan suami dan anak-anak. Seorang ibu perlu memastikan bahawa persediaan dan perjalanan ahli keluarganya berjalan lancar setiap hari. Bermula dari mereka bangun tidur, pastikan mereka ambil sarapan, bersiap ke tempat kerja atau sekolah, memastikan rumah dalam keadaan yang sebaiknya, pakaian anak-anak, makan mencukupi, kerja sekolah disiapkan, dan ada banyak lagi dalam senarai tugasan seorang ibu.


Dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga dan menguruskan ahli keluarga yang lain, seorang ibu yang sibuk perlu memastikan bahawa mereka selalu berada dalam keadaan kesihatan yang terbaik. Jika mereka kurang sihat, sudah tentulah tugasan sebagai seorang ibu akan terganggu. Oleh sebab itulah sarapan sihat merupakan satu yang sangat penting bagi seorang ibu.

Ibu yang sibuk selalunya tidak sempat menguruskan diri sendiri, dan kebanyakannya tidak dapat mengambil hidangan makanan yang sempurna. Mereka hanya sempat makan ‘on the go’ iaitu dengan cara menghabiskan makanan secepat yang mungkin. Akibatnya, ramai yang skip sarapan kerana tidak ada masa mengambil hidangan sarapan sihat yang sesuai untuk mereka.


Sarapan sihat yang seimbang dan tinggi protein adalah penting terutama bagi seorang ibu yang sibuk. Ini kerana sarapan yang mengandungi keperluan nutrisi yang mencukupi akan memastikan sel-sel badan menjalankan tugas dengan baik selepas bangun dari tidur. Nutrisi ialah makanan untuk sel-sel badan kita, sebagaimana kereta memerlukan minyak untuk bergerak dan menjalankan tugas.

Selain daripada itu, sarapan sihat yang tepat dapat memastikan seorang ibu mempunyai tenaga yang berpanjangan agar dapat fokus dalam menjalankan tugas. Saya selalu mendengar masalah dari ibu yang rasa cepat penat ketika melakukan tugasan seharian. Tidak kiralah bekerja pejabat, atau dalam tugasan menghantar dan mengambil anak sekolah. Semuanya memerlukan tenaga agar ibu fokus dan tidak leka dan berlaku kejadian yang diingini.

Saya dulu pun mengalami masalah yang sama ketika bekerja di pejabat. Akibat menguruskan keluarga sebelum pergi kerja, bekerja sepanjang hari, dan terpaksa balik ke rumah dan menyiapkan lagi tugasan di rumah, saya rasa terlalu penat. Akibat penat saya jadi cepat marah, selalu nak meninggi suara dengan suami, dan banyak lagi kesan negatif kepada kesihatan dan keluarga. Di pejabat pula saya curi-curi masa untuk tidur sekejap sama ada di surau ataupun di meja workstation.

Tetapi syukurlah kerana dengan menukar sarapan saya kepada sarapan sihat Shake Herbalife, saya dapat kembalikan semula tenaga saya. Saya sudah tidak rasa mengantuk di pejabat dan mampu melaksanakan tugasan sebagai seorang ibu di rumah dan di pejabat dengan lebih lancar. Saya juga minum teh Herbalife yang mempunyai fungsi menambah tenaga dan membuang toksin dari badan. Sebagai bonus saya berjaya turun 18kg dengan menukar sarapan pagi dan makan malam saya dengan shake Herbalife. Download ebook untuk baca kisah saya seterusnya.

Jika anda seorang ibu yang sangat sibuk dan mudah rasa penat, anda perlu kenalpasti jenis sarapan yang anda ambil setiap hari. Saya boleh berikan analisa kesihatan bagi membantu cadangkan sarapan sihat yang sesuai untuk anda.

Dengan mengambil sarapan sihat yang seimbang, tinggi protein dan rendah gula seperti shake Herbalife, anda akan rasa lebih bertenaga disamping dapat menikmati rasa kenyang yang lebih lama daripada mengambil sarapan tinggi karbohidrat yang lain seperti nasi, mee atau roti canai.Pastikan anda pilih sarapan yang sesuai jika anda seorang ibu yang sibuk, dan sesekali skip waktu makan yang terpenting ini.

Adakah anda seorang ibu yang sibuk? Adakah anda mempunyai masa untuk menguruskan diri sendiri? Kongsikan cerita bagaimana anda membahagikan masa dalam menjalankan tugasan harian anda pada ruangan komen di bawah.


Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...