Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Tuesday, June 30, 2015

Produk Herbalife: Pesanan dan penghantaran Hari Raya 2015

Makluman Penghantaran Produk Herbalife di Seluruh Malaysia


Syarikat Herbalife Malaysia telah mengeluarkan memo mengenai penghantaran produk Herbalife ke seluruh Malaysia sempena Cuti Hari Raya Aidilfitri 2015 nanti.


Ini bermakna, sekiranya anda ingin mendapatkan produk Herbalife anda sebelum Cuti Hari Raya, anda perlu membuat pesanan dan bayaran lengkap selewat-lewatnya pada 8 Julai 2015. Jika selepas itu, anda akan menerima produk anda hanya selepas 20 Julai 2015 nanti.

Makluman penghantaran ini adalah bagi mengatasi sebarang masalah yang timbul akibat daripada Cuti Raya yang panjang nanti. Oleh itu, untuk mengelakkan daripada kesulitan atau terputus stok bekalan untuk Hari Raya nanti, anda dinasihatkan untuk membuat pesanan awal supaya tiba tepat pada masanya.

Produk wajib yang patut ada selain daripada shake Herbalife untuk menggantikan sahur sebelum Raya, dan sarapan selepas Raya, ialah teh Herbalife dan Aloe Vera Concentrate. Teamix dapat membantu pembakaran lemak akibat makan makanan di Hari Raya, dan Aloe Concentrate dapat membantu menenangkan usus anda supaya perut tidak meragam kerana terkejut akibat makan lebih daripada biasa di bulan puasa :-D

Jadi, senaraikan terus produk yang anda perlukan untuk Hari Raya nanti dan buat pesanan sendiri atau dengan bantuan Coach Herbalife anda.

Jika anda masih belum pernah menggunakan produk Herbalife, saya boleh bantu anda kenalpasti produk Herbalife mana yang sesuai untuk bantu anda jadi lebih kurus selepas Raya. Klik untuk hubungi saya sekarang atau hubungi nombor saya 017-9360797/ email aziera[at]azierayazid.com



Tuesday, June 2, 2015

Kenapa Puasa Dengan Herbalife?

Puasa Dengan Herbalife dan Kesan Yang Anda Akan Perolehi 

Bulan Ramadhan semakin dekat. Pada ketika ini juga sudah ramai yang mula melakukan puasa sunat dari bulan Sya'aban atau Rejab lagi. Berapa ramai dari anda yang sudah pernah mengamalkan puasa dengan Herbalife?

Jika belum, ini adalah masa yang paling sesuai untuk memulakannya.


Anda perlu bermula sekarang juga kerana puasa dengan Herbalife dapat memberikan kesan-kesan berikut -
Kesan #1- Dapat mengawal rasa lapar ketika berpuasa
Kesan #2 - Dapat mengurangkan lebihan lemak
Kesan #3- Mengekalkan metabolisme sihat
Kesan #4 - Kekal bertenaga dan ceria

Bagaimana puasa dengan Herbalife dapat memberikan kesan Herbalife seperti di atas?

Sahur dengan Herbalife dapat membantu anda mengawal rasa lapar. Ini kerana kandungan gula yang rendah dalam shake Herbalife, dapat membantu mengawal paras gula dalam badan supaya berada dalam paras normal. Bagi mereka yang ambil makanan tinggi karbohidrat seperti nasi semasa sahur, kenaikan gula yang tinggi akan menyebabkan insulin menukarkan semua gula menjadi lemak dalam badan. Akibatnya paras gula menjadi rendah dari paras normal, dan kita cepat rasa lapar kerana badan teringinkan (craving) gula.

Apabila kita minum shake waktu sahur dan berbuka, dengan paras gula yang rendah dalam shake Herbalife membantu kita mengurangkan lebihan lemak sepanjang sebulan kita berpuasa. Hasilnya, tentulah kita akan dapat memperolehi bentuk badan yang lebih langsing dan juga turun berat badan ketika Hari Raya nanti. Siapa yang tidak suka nampak lebih cantik dengan Herbalife di Hari Raya, kan?

Dengan mengambil makanan sihat dan seimbang semasa sahur, berbuka dan makan malam secara teratur, seperti menu yang disediakan oleh Coach Herbalife anda, anda akan dapat mengekalkan metabolisme sihat walaupun berpuasa. Paras metabolisme sihat membantu supaya berat tidak naik jika anda makan seperti biasa setelah selesai sebulan berpuasa nanti. Dengan mengawal pengambilan makanan di bulan Syawal, anda tidak perlu risaukan yang berat anda akan naik semula.

Oleh kerana paras gula dan insulin berada dalam keadaan normal, badan kita akan dapat merasai kesan kekal bertenaga sepanjang hari walaupun berpuasa. Banyak testimoni Herbalife yang mengalami rasa segar dan tidak mengantuk ketika puasa dengan Herbalife. Dengan berbuka puasa dengan shake Herbalife juga, mereka rasa lebih segar dan bersemangat ketika melakukan terawikh.

Produk Herbalife yang boleh digunakan di bulan puasa.

Anda boleh menggunakan produk Herbalife seperti berikut sepanjang puasa dengan Herbalife:-

1. Aloe Concentrate
2. Teh Herbalife - Teamix
3. Shake Herbalife Formula 1
4. Protein Formula 3.

Rujuk di sini untuk cara minum Herbalife di bulan puasa.

Jika anda ingin memulakan program puasa dengan Herbalife, dapatkan analisa kesihatan percuma terlebih dahulu supaya anda dapat ketahui program dan produk Herbalife yang paling sesuai untuk anda ketika puasa dengan Herbalife.

Aziera Yazid merupakan seorang Coach Herbalife yang telah turun 18kg dengan produk Herbalife dan kini membantu ramai orang untuk menguruskan berat badan dan lebih cantik dan bertenaga dengan nutrisi Herbalife.


photo 
     


Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...