Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Tuesday, September 15, 2015

Pilihan Cara-Cara Untuk Kurus Dengan Cepat

Cara-Cara Untuk Kurus: Yang Mana Satu Pilihan Anda? 


Ramai orang di dunia sentiasa tercari-cari cara-cara untuk kurus kan badan. Ada yang memilih cara sihat, tetapi ada juga yang sanggup melakukan apa sahaja asalkan mereka boleh kuruskan badan.

Kebanyakan mereka selalu memikirkan mengenai penampilan luaran sahaja untuk menguruskan badan dengan kesan yang cepat. Sebab itulah pil-pil diet menjadi pilihan. Ada juga yang memilih untuk memakai korset untuk membentuk postur dan tubuh badan agar nampak kurus. Apa juga pilihan cara-cara untuk kurus, mereka perlu berusaha untuk dapatkan kesan yang diinginkan.

Sebenarnya semua ini akan memberikan kesan kurus kepada kita, tetapi adakah bersifat kekal atau sementara? Adakah pilihan kita itu dapat memberikan kesan berkekalan yang betul-betul selamat kepada kesihatan kita?


Kesihatan merupakan anugerah dari Allah yang paling berharga dan tidak dapat dijual beli dengan wang ringgit. Semua orang akan mengalami proses penuaan setiap hari dengan peningkatan usia. Tetapi, orang bagaimanakah yang anda ingin jadi di usia tua nanti? Adakah pilihan cara-cara untuk kurus anda hari ini akan menjamin hari tua anda yang sihat bertenaga dan kekal menarik?

Oleh itu, janganlah memilih cara kuruskan badan yang tidak dijamin keselamatannya. Pastikan pilihan anda tidak memberikan kesan sampingan yang negatif dan membahayakan. Apa guna kurus jika badan tidak sihat? Apa guna nampak lawa di luar sedangkan badan kita terpaksa menanggung kesakitan?

Jika anda memilih untuk mengambil pil diet atau ubat kurus, adakah anda pasti kandungan yang terdapat dalam pil kurus yang diambil betul-betul selamat dan diuji satu persatu untuk kesannya? Kebanyakan kandungan dalam pil diet dan ubat kurus mengandungi kesan kepada tekanan darah dan juga kadar degupan jantung. Pastikan anda mendapat nasihat dan pemantauan berkala daripada doktor jika ingin memilih pil diet sebagai cara-cara untuk kurus dengan cepat.

Jika anda memilih cara pemakaian produk secara luaran seperti krim sapuan, losyen panas ataupun sebarang pakaian yang membentuk badan, pastikan anda faham bagaima ia berfungsi kepada tubuh anda. Anda harus faham bahawa badan anda kurus secara sihat dengan pembakaran lemak dan kalori. Bukan setakat pengurangan air dalam badan, ataupun pengurangan otot akibat berlapar.

Cara-cara kuruskan badan yang sihat yang sebenar ialah melalui pemakanan dan gaya hidup kita. 80% ialah melalui pemakanan kita dan 20% lagi melalui senaman dan aktiviti yang kita lakukan, Jika kita mengambil produk untuk kuruskan badan tetapi masih tidak mengambil kira sama ada pengambilan nutrisi, vitamin dan mineral mencukupi untuk badan kita, hasilnya tidak akan berkekalan untuk kesihatan badan kita.

Oleh sebab itulah sebagai seorang yang sayangkan diri sendiri, kita perlu pilih pemakanan yang sihat dan sesuai bagi memastikan kesihatan kita dapat terpelihara untuk menjalani kehidupan akan datang.
Semua orang ingin kurus dan cantik dengan masa yang singkat. Tetapi adakah tindakan kita sekarang akan memastikan kita akan kekal sihat dan menarik pada masa akan datang?


Fikirkanlah dan ambil tindakan sekarang untuk memberikan pilihan yang terbaik sahaja untuk sel-sel badan anda. Hubungi saya sekarang untuk ketahui cara cara kurus badan yang selamat dan memberikan kesan yang berkekalan menggunakan shake pengganti makanan.


photo 
     


Tuesday, September 8, 2015

Kenapa Diet Dengan Herbalife Tak Berhasil?

Diet Dengan Herbalife:  Kenapa Tidak Dapat Menurunkan Berat Badan?


Selama lebih 6 tahun saya menggunakan produk Herbalife, dan menjadi Coach Herbalife, ramai yang bertanyakan pada saya mengenai program menurunkan berat badan dengan Herbalife. Saya juga telah membantu ramai orang mendapatkan produk ini dan mendapatkan hasil, walaupun kebanyakannya hanya melalui beli Herbalife secara online sahaja.

Dalam tempoh ini, saya telah menghadapi banyak pengalaman dalam maklumbalas daripada pengguna-pengguna produk Herbalife di seluruh Malaysia. Ada yang mengadu kepada saya mengenai kesan Herbalife yang mereka alami.

Kini saya ingin menulis tentang beberapa perkara mengenai diet dengan Herbalife, kenapa sesetengah orang dapat turunkan berat badan dengan banyak, tetapi ada orang yang tidak dapat hasil yang diinginkan?

Berdasarkan pengalaman saya sendiri, ada beberapa sebab mengapa diet dengan Herbalife tidak berkesan kepada seseorang itu. Antaranya ialah:-
  • Ada produk, tiada Coach
  • Tidak menggunakan produk yang sesuai dengan keperluan sendiri atau hasil yang diinginkan
  • Ada Coach tetapi tidak menggunakan khidmat Coach sepenuhnya
    • Ikut cara sendiri
    • Tidak mahu berterus terang dengan Coach
    • Malu nak bertanya soalan pada Coach
    • Tidak ikut menu yang disediakan oleh Coach
  • Cabaran dengan diri sendiri
    • Tidak berdisiplin dan komited
    • Tidak mahu mengubah cara pemakanan sedia ada
    • Mengharapkan kesan yang melampau


Oleh itu, jika anda baru berhasrat ingin mengikuti program turun berat badan dengan Herbalife, jangan risaukan diet dengan Herbalife tidak berhasil. Ini hanyalah jumlah yang kecil sahaja sedangkan terdapat berjuta-juta pengguna Herbalife yang telah berpuas hati dengan hasil yang mereka dapat dengan menggantikan sarapan sihat dengan Herbalife.

Sebab itulah semua produk Herbalife didatangkan dengan Coach Herbalife yang berpengalaman dan berilmu, seperti saya. Apa yang perlu anda lakukan ialah pastikan anda memilih Jurulatih yang anda selesa, percayai dan boleh membantu anda. Tidak kiralah sama ada secara berhadapan (face-to-face) atau secara online. Semuanya akan memberikan kesan positif dan baik untuk anda.

Tetapi, jika anda pernah menggunakan produk Herbalife tetapi gagal mendapat kesan yang diinginkan, jangan risau. Gagal sekali tidak bermaksud produk ini tidak sesuai untuk anda. Berikan peluang dan masa kepada Coach anda untuk membantu anda mencapai apa yang anda inginkan.


Jangan bertangguh lagi! Dapatkan produk Herbalife anda sekarang dan diet dengan Herbalife yang berkesan dengan memilih jurulatih yang terbaik untuk diri anda.

Aziera Yazid merupakan seorang Jurulatih Herbalife yang telah turun 18kg dengan produk Herbalife dan kini membantu ramai orang untuk menguruskan berat badan dengan produk Herbalife. Anda mungkin salah seorang daripada mereka yang bertuah berjaya menurunkan berat badan dengan bantuan Jurulatih Aziera Yazid. Hubungi Aziera sekarang untuk bermula!

photo 
     

Cara Untuk Kuruskan Badan Dengan Sarapan Sihat

Cara Untuk Kuruskan Badan Dengan Mengambil Sarapan Sihat

Ramai orang menyangka tidak mengambil sarapan pagi adalah salah cara untuk kuruskan badan. Sedangkan sebenarnya sarapan pagi adalah waktu makan paling penting dalam hidup kita setiap hari. Tahukah anda bahawa dengan menukar sarapan pagi sahaja kita boleh turunkan berat badan secara sihat dan berkesan?

Cara untuk kuruskan badan yang sebenar ialah dengan mengambil sarapan yang sihat setiap hari.

Sarapan yang sihat adalah makanan yang boleh:-
  • Memberi anda tenaga sehingga masa makan berikut atau makanan ringan.
  • Memberi tenaga kepada badan dan minda.
  • Mengelakkan perubahan kandungan gula dalam darah dan mengurangkan keinginan untuk makan.
  • Membantu anda membuat pilihan makanan yang lebih baik sepanjang hari.

 Bagaimana cara untuk kuruskan badan bila bertukar kepada sarapan sihat?



Sumber : myherbalife.com
Ditulis oleh Susan Bowerman, MS, RD, CSSD, FAND. Susan Bowerman ialah Pengarah Latihan Nutrisi di Herbalife dan Pakar Pemakanan Berdaftar

Shake Herbalife merupakan satu contoh pengganti makanan berbentuk protein shake yang dapat membantu anda menurunkan berat badan. Shake ini bukan sahaja mempunyai nutrisi seimbang, malah sangat rendah kalori, rendah GI dan juga mengenyangkan hingga waktu makan tengahari. Selain daripada itu, kandungan gula yang rendah memberikan rasa segar dan bertenaga sepanjang hari. Ini dapat membantu kita jadi lebih cergas dan aktif, dan membantu turunkan berat badan dengan lebih baik.

Jika kita tidak mengambil sarapan pagi, badan akan jadi letih kerana kekurangan gula dan tiada sumber tenaga untuk digunakan. Ini juga mendorong kita makan secara berlebihan pada waktu-waktu makan berikutnya. 

Sekiranya kita mengambil sarapan pagi yang tinggi karbohidrat pula, kita akan rasa cepat letih dan lebih cepat lapar daripada biasa. Elakkan juga mengambil sarapan yang berminyak dan tinggi lemak.

Dengan mengambil sarapan sihat seperti di atas, minum air yang mencukupi, kawal pemakanan sepanjang hari dan melakukan aktiviti-aktiviti yang cergas dan aktif, anda akan dapat menurunkan berat badan dengan berkesan. Hubungi saya untuk mengetahui bagaimana cara untuk kuruskan badan dengan menukar sarapan pagi kepada shake Herbalife.

Aziera Yazid merupakan seorang Jurulatih Herbalife yang telah turun 18kg dengan produk Herbalife dan kini membantu ramai orang untuk menguruskan berat badan dan lebih cantik dan bertenaga dengan menukar sarapan pagi kepada nutrisi Herbalife. Anda mungkin salah seorang daripada mereka yang bertuah berjaya menurunkan berat badan dengan bantuan Jurulatih Aziera Yazid. Dapatkan analisa kesihatan anda sekarang untuk bermula!


photo 
     

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...