Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Wednesday, February 8, 2017

CABARAN KURUSKAN BADAN: HILANG KAWAN

KURUSKAN BADAN DAN HILANG KAWAN?

Percaya tak, dalam proses nak kuruskan badan kita mungkin hilang kawan?


Ini adalah antara salah satu cabaran yang akan dihadapi oleh semua yang ingin turunkan berat badan.

Perkara ini perlu diambil kira bagi sesiapa yang merancang untuk turunkan berat kerana, jika ianya berlaku akan menyebabkan perubahan emosi yang tidak dijangka menyebabkan kita rasa ‘down’ dan cepat ‘give up’

Oleh itu, jika anda betul-betul ingin turunkan berat badan, anda perlu bersedia untuk menghadapi reaksi daripada orang sekeliling, termasuklah ahli keluarga dan kawan-kawan kita

Pernah tak alami, bila kita sedang diet, kawan ajak nak belanja makan?

Bila kita balik dari senaman, kawan kita hantar satu bekas mee goreng pada kita suruh kita makan. 

Bila kita cakap sedang kawal makan untuk diet, mereka mula cakap tak perlu dietlah, dah kuruslah, nanti sakitlah, kurus sangat tak cantiklah, dan macam-macam lagi.

Sedangkan, ketika itu sebenarnya kita masih lagi dalam keadaan obese!

Agak-agaknya kenapa mereka mereka kata dan buat begitu?

Sebenarnya, ada kawan kita yang risau, jika kita sudah berubah nanti, bermakna kita dah tak nak buat rutin yang biasa dengan mereka, contohnya lepak tengok wayang, keluar makan dan lain-lain lagi.

Lebih rapat dan lebih lama mereka kenal kita, lebih susah mereka nak terima perubahan yang akan berlaku dalam diri kita.

Tetapi, jika anda benar-benar ingin melakukan perubahan untuk kuruskan badan, anda perlu ingat, semua komen dan kritikan yang diberikan semuanya adalah berkaitan diri mereka dan tiada satu pun berkaitan diri anda.

Cabaran  paling besar untuk anda hadapi sebenarnya untuk kuruskan badan ialah kritikan dari diri anda sendiri, apa yang anda sendiri rasa di dalam hati.

Setiap hari kita mungkin terfikir, membazir buat semua senaman dan jaga makan, sebab nanti akan gemuk balik. Sebab itulah untuk berjaya kuruskan badan, keazaman dan tekad diri sendiri adalah paling penting.

Pakar motivasi dan psikologi merumuskan bahawa sangat penting bagi mereka yang sedang berusaha untuk turunkan berat badan, berada dalam lingkungan orang yang positif dan dalam misi yang sama dengan mereka.

Kadang-kadang kita selalu fikir untuk jaga hati kawan, atau puaskan hati dia, tetapi sebenarnya tidak semua orang kita boleh puaskan. Apa yang penting ialah diri kita sendiri.

Ingatlah, akhirnya kita sendiri yang menentukan apa yang kita inginkan dari badan kita.

Saya turun 18kg dengan produk Herbalife. Download ebook untuk ketahui bagaimana.

Macamana nak hadapi kawan yang tak mahu lihat kita kuruskan badan?


Untuk menghadapi cabaran ini, mula-mula terangkan pada mereka usaha yang sedang anda lakukan. Terangkan pada kawan anda apa yang anda rancang untuk buat dan tidak buat.

Bila dia ajak untuk buat sesuatu yang mengganggu perjalanan usaha anda, terangkan secara lembut, kenapa anda tidak boleh melakukannya. Mungkin mereka pun belum faham kenapa anda perlu buat apa yang anda perlu lakukan.

Pakar mencadangkan jika mereka mempengaruhi kita melanggar diet, kita perlu katakan, ‘Ini tidak membantu saya”.

Mereka pasti dengar dengan apa yang kita sampaikan, Cuma mungkin anda yang dapat menerimanya, dan mungkin ada juga yang tidak.

Anda harus cepat-cepat kembali kepada usaha anda, tanpa terlalu memikirkan tentang pendapat mereka.

Mungkin jika perlu,anda perlu menjauhkan diri sebentar dari mereka dan berikan sedikit ruang. Elak dari berkawan dengan orang-orang toksik, iaitu yang akan mempengaruhi kita secara tidak baik.


Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai kuruskan badan dengan Herbalife 

Anda layak berjaya!

Ingatlah, anda harus selalu berbangga dengan apa yang anda telah capai, dan elakkan dari mendengar perkara negatif dari mulut orang lain. Dalam hati mereka, mereka sebenarnya berharap yang mereka jadi hebat seperti anda, cuma mereka hadapi masalah untuk melafazkannya.

Apa yang penting ialah, anda harus spesifik dengan matlamat anda. Katakan dan tuliskan apa yang ingin anda capai dan apa anda perlu buat untuk mencapainya. Baca matlamat anda setiap hari.

Anda perlu berada di sekeliling orang yang akan buat anda jadi lebih baik, kerana orang seperti ini tidak akan menghakimi anda atau merendah-rendahkan anda. Jika tidak, anda mungkin tidak akan dapat menurunkan berat badan sampai bila-bila.

Ingatlah, anda layak untuk kuruskan badan dan anda layak untuk mendapat kawan yang inginkan semua yang terbaik untuk anda. Apa sahaja anda ingin lakukan, kawan anda perlu sentiasa menyokong anda tidak kira bagaimana kehidupan anda akan berubah nanti.

Jika anda betul-betul serius untuk kuruskan badan, anda boleh menyertai Program 21 Hari Turun Berat Badan bersama Coach Aziera. Program ini menyediakan support group supaya anda sentiasa bermotivasi dan dikelilingi oleh kawan-kawan yang turut sama untuk menurunkan berat badan seperti anda.

Selain itu, anda juga akan mendapat maklumat mengenai pemakanan, senaman dan kesihatan setiap hari untuk menjamin kejayaan anda menurunkan berat badan dan mengekalkannya.



Coach Aziera Yazid telah berjaya turun berat sebanyak 18kg dan mengekalkannya selepas 8 tahun. Kini telah membantu ramai orang yang ingin turunkan berat badan dalam usaha mencapai berat badan dengan cara yang sihat, selamat, dan berkesan. Hubungi Coach Aziera Yazid sekarang untuk ketahui bagaimana beliau boleh membantu anda menurunkan berat badan dan mengekalkannya.

photo 
     

Sunday, February 5, 2017

Terpaksa Kurus Dengan Diet Herbalife

Diet Herbalife Buat Kurus Dengan Terpaksa?

Kali ni saya nak bercerita mengenai kisah seorang klien saya dari Labuan. Dia adalah seorang ibu yang menyusukan anak secara sepenuhnya. Namanya Aini.

Aini mula mengambil shake selepas melahirkan anak,bukan niat untuk kurus, tapi hanyalah untuk menjaga kesihatan dan menurunkan sedikit berat badan je. Dia tidak pun nak kurus sangat kerana dia sangka ibu menyusu susah nak kuruskan badan.

Ramai ibu yang sedang menyusukan anak, risau mereka tak boleh nak turunkan berat. Terutama sekali yang fully breastfeed, iaitu yang susukan baby secara sepenuhnya.

Ada yang risau mereka akan cepat lapar dan dahaga kerana biasanya lepas  menyusukan anak atau mengepam susu, mereka akan makan kerana rasa sangat lapar. Mereka tertanya-tanya apakah cara menurunkan berat badan yang terbaik untuk mereka.

Jadi, jangan ingat ibu menyusu senang nak kurus. Silap-silap berat masa bersalin tu tak dapat turun!

Walaupun produk Herbalife memang terbukti dapat turunkan berat badan, ramai ibu menyusu risau diet Herbalife akan menyebabkan susu badan mereka berkurang. Mereka juga biasanya risau bila gantikan makanan dengan shake Herbalife, mereka akan rasa lapar dan tidak kenyang.



Aini tak sangka boleh kurus dengan diet Herbalife

Selepas melahirkan anak pertama dulu,  Aini pernah menggunakan produk Herbalife untuk turunkan berat dengan bantuan Coach Aziera, dan berjaya turun lebih dari 10kg



Tetapi, pada bulan Mei 2016 lalu, selepas melahirkan anak ke-3, dia rasa ingin mencuba diet Herbalife ketika pantang dan menyusukan anak ketiganya sepenuhnya. Pada masa ini beratnya sudah mencecah 76kg ketika bersalin.

Hasrat di hati Aini guna produk Herbalife hanyalah untuk dapatkan tenaga dan nutrisi secukupnya untuk rasa lebih sihat.

Lagipun, selepas melahirkan anak kedua, dia tidak menggunakan produk Herbalife, jadi berat badannya susah untuk turun.

Nak tau apa kesan diet Herbalife Aini selepas lahir anak ketiga?

Selepas sebulan melahirkan, berat Aini hanya turun kepada 67kg. Pada ketika ini dia nekad untuk menggunakan Herbalife bagi menurunkan berat badan, tambahan pula kerana dia masih menyusukan badan secara sepenuhnya.

Sehingga kini Aini terus dapat menyusukan bayinya sehingga umur 10 bulan tanpa campur susu formula.  Tanpa disangka Aini sendiri pun dapat kuruskan badan!

Dia hanya buat diet suka-suka aje, tak ada harapan pun nak kurus.Lagipun ketiga-tiga anaknya lahir secara ceaserean, memang susah nak kurus sebenarnya.

Rupa-rupanya diet Herbalife telah berjaya mengubah diri Aini. Beratnya  sudah turun kepada 56.8kg setakat ini. Katanya, angka 56kg ni dia hanya dapat sebelum kahwin dulu.

Sebenarnya Aini target nak dapat berat 60kg je. Tapi terpaksa pulak kurus lepas selesa amalkan diet sihat ni. Selepas turun 10kg , dia pun dah boleh pakai baju 4 tahun dulu.

Kalau tak percaya boleh tengok gambar Aini ni.





Macamana Aini boleh kuruskan badan tanpa disangka ni?

3  faktor utama kejayaan turun berat badan Aini adalah:-

1. Sentiasa dapatkan nasihat dari Coach tentang aturan makanan dan jenis pemakanan

2. Diet tanpa stress- Tak perlu risau berlapar ketika masih menyusukan anak

3.Makan ikut waktu - Coach akan ajarkan waktu yang sesuai untuk makan, dan pilihan makanan termasuk selepas jadual mengepam susu. Hanya perlu ikut sahaja nasihat dari Coach

Jika Aini boleh lakukan, anda dan semua ibu mesti boleh lakukan juga.

Jangan risau untuk turun berat badan jika anda seorang ibu. Dapatkan nasihat dan bantuan dari seorang Coach Bebas Herbalife yang sudah turun berat untuk membantu anda.


Disclaimer: Hasil adalah tidak tipikal. hasil adalah berbeza mengikut individu*

Hubungi Coach Aziera sekarang jika anda juga mahu kurus dengan diet Herbalife seperti Aini.

photo 
     

Saturday, February 4, 2017

5 Sebab Kenapa Shake Herbalife Cookies 'n Cream Sarapan Paling Sedap di Malaysia

5 Sebab Kenapa Pilih Sarapan Shake Herbalife Perisa Cookies 'n Cream?


Shake Cookies 'n Cream baru je ada di pasaran Malaysia sebenarnya, berbanding 5 perisa shake yang lain. Tapi sejak perisa shake Herbalife  Cookies 'n Cream ni masuk ke Malaysia kira-kira 2 tahun yang lalu, ia sudah menjadi sarapan dan snek paling sedap di negara ini.

Ada 5 sebab kenapa shake Cookies 'N Cream shake paling sedap sebagai sarapan:-

Sebab #1: Rasa sedap


Bayangkan sarapan pagi kita menikmati sejenis shake dengan perisa cream, dan ada biskut-biskut halus cookies di dalamnya. Dah tu pulak, rasa naturalnya yang sedikit manis tetapi rendah gula, sangat bagus sebagai sarapan sihat untuk seisi keluarga.


Sebab #2: Tak perlu blender


Tekstur shakenya agak halus jadi mudah disediakan, Tak perlu nak pakai blender ataupun shaker cup. Just kocak-kocak, shake-shake kejap je dah sedia untuk diminum.

Sebab #3: Bancuh dengan air sahaja

Selain iu, shake Herbalife Cookies 'n Cream ni memang sedap diminum begitu sahaja. Hanya campurkan dengan air kosong sahaja! Tak perlu nak tambah duit dengan susu ke, soya ke, blend dengan buah ke.


Sebab #4 : Tinggi nutrisi dan rendah kalori


Shake Herbalife telah pun diiktiraf sebagai pengganti makanan No 1 di dunia. Setiap hidangan shake mengandungi kandungan vitamin dan mineral yang cukup untuk kesejahteraan tubuh badan untuk satu hari. Jadi, shake Herbalife bukan ubat kurus tetapi nutrisi tinggi untuk kesihatan dan performance diri.

Shake ini bukan sahaja berkesan untuk turun berat badan, tetapi juga boleh menaikkan dan mengekalkan berat. Shake Herbalife membekalkan nutrisi yang cukup untuk badan, serta rendah GI.

Sebab #5: Selamat untuk semua

Saya nak kongsikan mesej yang saya dapat dari seorang klien saya hari ini.


Memang shake Cookies ni dah jadi kegilaan ramai termasuk budak-budak. Sampai Emak nak minum pun kena menyorok-nyorok. Kelakar, kan?

Kalau anak saya Aqif yang berumur hampir 4 tahun, memang tak suka sangat shake Cookies ni.Cuma dia kurang suka nak kunyah biskut-biskut halus tu. Jadi saya blend sekejap dengan air kosong je dan terus dia minum dengan berselera, sekali hadap je. Shake ni bagus sebagai ganti air manis yang lain. Berkhasiat pulak tu!


Jika anda masih belum percaya bahawa shake Herbalife Cookies 'n Cream ni sarapan tersedap di Malaysia, anda WAJIB mencubanya dengan segera.


Hubungi saya sekarang untuk mendapatkan sarapan tersedap untuk anda sekarang.

Hubungi Coach Aziera di nombor 017-936 0797 atau email ke aziera5299@yahoo.com

Coach Aziera Yazid telah berjaya turun berat sebanyak 18kg dan mengekalkannya selepas 7 tahun. Kini telah membantu ramai orang yang ingin turunkan berat badan dalam usaha mencapai berat badan dengan cara yang sihat, selamat, dan berkesan. Hubungi Coach Aziera Yazid sekarang untuk ketahui bagaimana beliau boleh membantu anda menurunkan berat badan dan mengekalkannya.

photo 
     




Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...