Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Monday, March 30, 2009

Enjoying food

Dah lama aku tak update blog. Weekend lepas sibuk dengan Jom Heboh Kuantanlah, bawak anak jalan -jalan ke ECMlah. Kat ECM tu plak dah ada playground baru bukak, apa lagi seronoklah diorang tu.

Untuk beberapa hari kebelakangan ni, menu aku kebanyakannya untuk maintenance je. Start dari Sabtu lagi aku amik shake untuk breakfast je. Hari Ahad pulak bawak anak-anak makan KFC untuk lunch, so aku makan Twister kegemaran aku. Malamnya makan mee goreng pulak huhu.

Semalam pulak dah plan nak breakfast dan lunch dengan shake. But tengahari tu, aku jumpa dengan Anisz untuk hantar stok Herbalife dia. Special delivery tu, first time aku hantar sendiri order Herbalife. Tu pun special request daripada dia, nak aku hantar sendiri ke ofis dia, yang kebetulannya dulu pernah menjadi salah satu ofis aku. So akhirnya aku pun lunch dengan Anisz. Malam pulak, tak ada shake pun. Cuma makan sup suun dengan udang, resepi diet dapat dari kawan. Nanti aku mintak izin dia dulu untuk publish kat ruangan menu Forum Herbydiets ye.

Pasal pertemuan aku dengan anisz, setelah beberapa lama berkenalan dalam cyber, akhirnya dapat jugalah kitorang bertemu. Agak malu juga bila berjumpa dengan orang yang kenal aku melalui blog saje, tiba-tiba jumpa face-to-face. Yelah, mana tau kalau aku ni tak meet the expectation, kan? Nanti orang kata tulis dalam blog macam bagus je, bila jumpa lain pulak. So aku harap Cik Anisz kita puas hati dapat jumpa akak ye :D

Tapi so far komen daripada kawan-kawan aku yg kenal aku sebelum ni, diorang suka baca blog aku. So maybe apa yang aku tulis ni betul-betul mencerminkan siapa aku sebenarnya kot. Ikhlas dan tak berpura-pura. Sebab aku ni memang jenis lurus sikit. Actually bila jumpa depan2, aku agak malu-malu kucing le. Tapi lama-lama oklah. Tak caya? Tanya Anisz. hehe. Jadi pada sesiapa yang nak mengenali aku dengan lebih dekat, boleh email/ym saje kalau online. Kalau sesiapa yang berdekatan area Kuantan ni, nak jumpa anytime je, boleh set appointment.

Sambung balik pasal menu, hari ni pulak, ada beberapa orang Exec dari department Akademik kolej ni decide nak buat potluck. Aku pun dipelawa untuk join. Aku pun bawaklah menu biasa aku yang simple but delicious (hahaha) tentunya Puding Trifle. Lain-lain menu yang ada; soto, mee goreng, makaroni goreng, nasi goreng, keropok dan kuih muih.

Sebagai preparation untuk potluck, aku ambil shake awal hari ni pukul 7pagi. So by 9:30 am, bila start potluck tu, aku dah minum shake untuk 2 jam lebih. Semua menu yang aku sebut kat atas, semua aku rasa(You are not advised to do this ye!). Maklumlah dah lama kitorg tak buat potluck, bila masing-masing dah letak makanan, mana boleh tahan nafsu huhuhu.

Oh ya! Aku teringat sebuah buku yang disebut oleh cikgu Pilates aku, Madam Siti; French Women Don't Get Fat. Menurut dia yang dah baca buku ni, wanita di Perancis akan makan apa saja dalam aktiviti sosial. Mereka tak suka dengan orang yang suka 'menunjuk' dalam diet atau memilih makanan.

Ada review pasal buku tu:
If you have ever wondered how the French manage to eat cheese, butter, baguettes, and drink wine while staying slim, then French Women Don't Get Fat: The Secret of Eating for Pleasure, by Frenchwoman Mireille Guiliano, may be the book for you.


Yang penting menurut buku by Frenchwoman Mireille Guiliano tu:

The basic premise of French Women Don't Get Fat is that you should eat only good food of very high quality, eat it in small portions, and savor every bite.

From chocolate to champagne, eat slowly, with all your senses, and make every dining experience pleasurable so you will be satisfied with smaller portions of delicious food. No food is off limits, only large portions. No counting calories, no skipping meals -- just control what you eat.

So ingat: Makan apa saja tetapi dengan kuantiti yang sedikit, dan jangan skip waktu makan.

Apa yang kita boleh amalkan untuk kurus? Minum shake Herbalife 2 kali sehari, dan semasa normal meal tu boleh makan apa saja, and enjoy your food. Yang penting dalam kuantiti yang sedikit, but satisfying.

Untuk summary buku tersebut boleh klik sini atau boleh dapatkan buku tu. Aku tak sure samada buku tu available locally but checkout the website http://www.frenchwomendontgetfat.com/

No comments:

Post a Comment

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...