Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Wednesday, December 29, 2010

Dapatkan hasil yang permanent


Minggu lepas, waktu mengadap TV, sempatlah aku dan suami tengok rerun Biggest Loser Season 5, yang dimenangi oleh seorang wanita, Ali. Masa final weight in sebelum diorang choose siapa yang masuk Final, ada seorang contestant wanita , Kelly, yang berjaya turun dengan banyak. Masa episode tu, dia pakai track bottom dengan T-Shirt je.
Then tiba-tiba suami aku cakap, “ Tengok dia tu pakai tracksuit pun masih nampak kurus”.
Kemudian aku pun terus terfikir, betul jugak tu kan. Kalau kita dah kurus, dan dapat bentuk badan yang menarik, tak perlulah pakai pakaian ketat-ketat atau seksi untuk menunjukkan parts badan kita. Even kalau pakai baju yang longgar-longgar pun, kalau kita dah kurus dan berjaya menurunkan berat badan, orang akan perasan juga.
Apa yang aku nak, walaupun aku cuma pakai baju kurung sahaja, orang dah boleh nampak aku dah dapat berat yang terbaik untuk diri aku ni. Tak perlu berkebaya ketat atau berseluar skinny.
Samalah juga dengan penggunaan ‘korset’ yang katanya dapat memperbaiki kontur badan dan melentikkan part-part yang berkaitan.
Sebenarnya dah banyak kali juga aku mintak izin dari suami untuk beli corset yang sangat mahal tu, tapi dia tak pernah izinkan. Baik masa aku masih gemuk, sampailah sekarang ni yang dah tak berapa gemuk. Bukanlah nak percaya pun setakat korset dapat bantu turunkan berat badan, tapi hanya untuk cuba, manalah tahu bentuk badan aku boleh jadi ‘fit’ kalau menurut daripada iklan untuk produk tersebut. Tapi dia berkeras memang tak izinkan.
Now, bila dia tiba-tiba sebut macam tu, aku pun dah dapat fikir balik. Buat apa nak tunjuk badan lentik pada orang lain kalau hakikatnya berat badan kita masih obese dan overweight? Buat apa nak tunjuk yang bentuk badan kita menarik dengan orang lain, tapi bila bukak je corset tu, depan suami, lemak-lemak pada badan kembali ke tempat yang asal.
Alhamdulillah, nasib baik suami tercinta tak izinkan aku beli corset tu. Baru kurasa hikmahnya sekarang ni. Aku rasa amat lega sebab tidak terjebak dengan hutang semata-mata untuk menggunakan corset mahal tu.
Apa yang kita perlu kita usahakan ialah sesuatu yang permanent bukannya sementara atau hiasan semata-mata. Biar orang tak nampak pinggang kita semakin mengecil, perut kita dah kurang lemak, tapi kita sendiri dapat rasa perubahan pada tahap kesihatan kita. Kerana apa yang orang nampak tak penting Apa yang penting ialah diri kita sendiri dan bagaimana kita menjaga kesihatan kita.
Tak perlulah kita berbelanja dan mengeluarkan duit yang banyak dengan harapan kita akan mendapat bentuk badan yang menarik, walaupun hakikatnya hasilnya adalah sementara. Apa yang kita perlu buat ialah bertukar kepada cara hidup yang sihat. Hasilnya, sesuatu yang kekal dan membahagiakan kita. Cubalah!

1 comment:

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...