Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Tuesday, February 8, 2011

Turun berat badan untuk lelaki dan perempuan


Sekiranya satu pasangan memutuskan untuk menurunkan berat badan bersama-sama, ini merupakan satu keputusan yang paling baik. Lebih mudah untuk kawal pemakanan dan melakukan excersize sekiranya 'partner' anda juga ingin melakukan perkara yang sama.

Baru-baru ini satu kajian telah dilakukan terhadap kira-kira 1000 orang lelaki dan perempuan untuk mengetahui purata sebab mengapa mereka mahu menurunkan berat badan. Perbezaan antara jantina begitu ketara.

Bagi wanita, mereka mahu turun berat badan untuk nampak lebih menarik. Rata-ratanya tidak berpuas hati dengan bentuk badan mereka yang asal. Bagi lelaki pula, mereka hanya mahu turun berat apabila rasa badan semakin menjadi tidak sihat.

Wanita juga lebih cepat berasa tidak puas hati dengan kenaikan badan mereka. Walaupun hanya naik sebanyak 5paun/2.2kg sahaja, mereka akan cepat-cepat memikirkan untuk menurunkan berat badan. Bagi lelaki pula, hanya selepas kenaikan 20paun/9kg baru mereka akan fikir untuk menurunkan berat badan. Ini biasanya kerana wanita selalunya terpengaruh dengan artis atau model yang kurus dan ramping, manakala lelaki pula lebih terpengaruh oleh ahli-ahli sukan yang kebanyakannya memang mempunyai saiz badan yang besar.

Bagi kaum lelaki, biasanya mereka akan mengambil lankah secara direct dengan menyenaraikan apa yang ingin dicapai dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencapai apa yg mereka inginkan. Mereka biasanya akan memilih untuk bersenam dengan lebih kuat bagi menurunkan berat badan dengan lebih cepat. Mereka akan bertanya,"Apa yang perlu saya ambil dan tinggalkan untuk turunkan berat badan?"

Berbeza untuk wanita pula, mereka lebih suka memlilih untuk diet dan senaman dalam menurunkan berat badan. Dan biasanya mereka akan cuba untuk mencari alasan untuk memberikan kelonggaran kepada rutin mereka. Antaranya, mungkin ada yg akan bertanya,"Boleh tak kalau saya ambil sedikit coklat dalam diet saya?"

Atas sebab perbezaan ini, adalah kurang baik bagi pasangan yang ingin menurunkan berat badan untuk bersaing. Sebagai contoh, keperluan kalori lelaki lebih tinggi daripada wanita. Sekiranya orang lelaki mengurangkan sedikit kalori bersamaan dengan kalori yg dikurangkan oleh wanita, mereka akan tetap cepat turun berat kerana keperluan kalori wanita yang lebih rendah. Lelaki hanya perlu kurangkan sedikit penambilan makanan dan masih lagi turun berat. Manakala wanita terpaksa lebih banyak berusaha untuk mengurangkan pengambilan makanan. Ini akan lebih mengecewakan wanita dalam pasangan itu, walaupun dia telah cuba sedaya upaya untuk mengurangkan pengambilan makanan.


Adalah penting bagi pasangan yang sama-sama ingin menurunkan berat badan, untuk memberikan sokongan antara satu sama lain. Lelaki seharusnya peka dengan lebih cepat sekiranya berlaku kenaikan berat badan, kerana ini akan meningkatkan risiko kesihatan. Walaupun dengan senaman berat akan membantu lelaki lebih cepat menurunkan berat badan, diet dan senaman pilihan wanita akan lebih memberikan kesan jangka masa panjang dari segi kesihatan.

Wanita pula patut cuba mengikut lelaki yang mana lebih fokus dengan goal mereka, dan akan membantu sekiranya mereka tidak mencapai berat badan yang diinginkan dalam masa yang diinginkan. Mereka akan lebih mudah untuk meneruskan usaha menurunkan berat badan sekiranya mereka lebih berpuas hati dengan perbezaan yang dirasai hasil daripada pilihan diet dan senaman yang telah dilaksanakan. Dengan lebih menekankan dari segi kesihatan, akan membantu wanita untuk lebih menerima keadaan tubuh badan masing-masing.

Translated from: Discover Good Nutrition

1 comment:

  1. sokongan kedua2x phk sememangnya amat ptg utk kejayaan menguruskan berat bdn

    ReplyDelete

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...