Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Showing posts with label Promosi Herbalife. Show all posts
Showing posts with label Promosi Herbalife. Show all posts

Sunday, May 9, 2010

Kesibukan melanda

Maaf kerana lama tak update blog. Sekarang ni kehidupan agak sibuk dan tidak terurus.

Antara penyumbang kepada kesibukan ialah proses renovation dapur kat rumah. Dah masuk 3 minggu rumah tak berasap sebab tiada berdapur. Proses membesarkan dapur sedang berjalan lancar menyebabkan dapur lama tidak dapat digunakan langsung. Selama 3 minggu ni jugaklah kami anak beranak hanya 'makan luar' sahaja.

Dan dalam masa yang sama, lebih 3 minggu jugaklah kami anak-beranak diseraang dengan virus ' sakit mata' bermula dengan Afrina, anak yg sulung. Lepas tu suami tercinta ku pulak kena sampai seminggu lebih tak dapat pergi kerja. Dan sekarang, Afiq pulak yang kena. Afrina dengan ayahnya dah ok dah. Harap-harap Afiq pun cepat baik, dan doakan supaya mama diorang ni tak terkena dengan virus tu ye.

Actually seingat akulah, memang aku tak pernah kena sakit mata ni. Walaupun masa dulu adik beradik semua terkena, aku tetap the only 1 yg tak kena. This time pun harap-harap macam tu lah. Maybe virus ni tidak menyerang org tertentu kot. Tak boleh jamin, this time tak akan terkena kan, so aku hanya mampu berdoa ajelah.

Oleh kerana kesibukan ini, update mengenai info terbaru terpaksa terganggu sekejap. InsyaAllah dah kembali at the right track nanti, aku akan post a lot of other new info for my readers and myself.

Wednesday, December 23, 2009

Public Holiday

Oleh kerana bulan Disember ni terlalu banyak cuti, maka pejabat Herbalife pun akan tutup dan penghantaran delivery akan sedikit terjejas.

Maklumat penghantaran ialah seperti berikut:-

Cuti hari Krismas (25/12/2009)
Selangor & WP
Untuk tempahan yang dibuat pada 24 Disember 2009 sebelum 2 petang, barang akan diterima mulai 28 Disember 2009.

Lain-lain
Untuk tempahan yang dibuat pada 24 Disember 2009 sebelum 2 petang, barang akan diterima mulai 29 Disember 2009.

Cuti Tahun Baru
Selangor & WP
Untuk tempahan yang dibuat pada 31 Disember 2009 sebelum 2 petang, barang akan diterima mulai 4 Januari 2010.

Lain-lain
Untuk tempahan yang dibuat pada 31 Disember 2009 sebelum 2 petang, barang akan diterima mulai 4 Januari 2010.

Jadi kepada ahli yang membuat tempahan harap maklum dengan tempoh penghantaran yang di atas ye.

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...