Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Wednesday, February 9, 2011

Cabaran dalam menurunkan berat badan


Dalam menurunkan berat memang banyak cabaran. Aku sendiri mengalaminya. Orang-orang yang aku kenal dan kawan-kawan yang lain juga mengalaminya. Apa yang penting ialah kita harus tetapkan matlamat dan target yang ingin dicapai, dan ini akan dapat membantu kita menghadapi cabaran yang datang.

Antara jenis-jenis cabaran yang biasa dihadapi oleh mereka yang ingin menurunkan berat badan adalah seperti berikut:-

Pengurangan tidak seperti yg dijangka atau diinginkan
Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi pengurangan berat seharian. Antara faktor-faktornya ialah jumlah air, garam yang diambil, dan kandungan nutrien dalam badan. Ini merupakan faktor daripada pemakanan. Yang penting, jangan putus asa sekiranya kita harapkan dapat turun 0.5kg untuk minggu ini, tetapi tidak.Kita harus tetapkan semangat untuk terus menurunkan berat badan dan mencapai target berat yang diinginkan.

Tidak berpuas hati
Walapun dengan pengurangan yang sedikit, lama-kelamaan anda akan dapat mencapai berat yang diinginkan. Kadang-kadang, seperti fator diatas, apabila penurunan adalah sedikit, sesetengah orang merasakan yang mereka sudah gagal. Tetapi sebenarnya penurunan yang sedikit ini akan bertambah menjadi penurunan besar kelak, dan akan tetap mencapai angka yang diinginkan pada masa akan datang.

Mudah terpesong
Kadang-kala kita mudah terpesong daripada diet dengan mengambil makanan dengan kuantiti yang banyak, terutama sekali dalam hari-hari perayaan atau perjumpaan keluarga dan rakan-rakan. Atau mungkin juga kita berjaya melawan nafsu dalam majlis bufet dengan mengambil makanan sedikit sahaja, tetapi pilihan makanan yang kita ambil itu kadangkala merupakan makanan-makanan yang tidak berkhasiat.

Akhirnya, kita mengambil keputusan untuk terus menghabiskan makanan dalam pinggan. Mungkin juga kerana sesal dengan diri sendiri kita terus mengambil keputusan untuk terus merosakkan diet kita untuk sepanjang hari, minggu, bulan atau tahun berikutnya. Kita seharusnya kembali insaf dan kembali ke pangkal jalan bermula pada waktu makan yang seterunya, supaya kita tidak terlalu jauh terpesong daripada pelan menurunkan berat badan

Sabotaj kawan dan rakan-rakan
Orang-orang yang rapat dengan kita merupakan orang yang paling mudah untuk menarik kita daripada perancangan kita menurunkan berat badan. Biasanya, bagi rakan atau ahli keluarga seperti ini, mereka tidak mahu untuk menurunkan berat badan, oleh itu mereka tidak suka untuk orang lain menurunkan berat badan. Apa yang kita perlu buat ialah untuk menahan pelawaan atau 'paksaan' kawan seperti itu.


Pilihan makan luar
Bagi mereka yang aktif, dan tidak berpeluang untuk masak dirumah, makan di luar merupakan pilihan yang paling mencabar sekali. Adalah penting untuk memilih restoran yang menyediakan pilihan makanan yang berkhasiat. Sekurang-kurangnya ita perlutahu bagaimana cara makanan yang ingin kita makan itu dimasak, dan kandungan di dalamnya. Kurangkan pilihan makanan bergoreng, dan berminyak dan elakkan daripada mengambil makanan segera yang tidak menyihatkan untuk badan kita.

Jemu dengan makanan yang sama
Biasanya kebanyakan orang selalu menganggap bahawa makanan yang sihat selalunya tidak sedap. Apabila kita selalu makan makanan yang sama dengan kerap, kita akan mudah menjadi jemu.Menyediakan makanan yang sedap, menarik dan dengan cara yang kreatif akan mengelakkan daripada perasaan jemu, dan tidak mudah berputus asa.Kita boleh menikmati makanan yang sedap dan istimewa sebagai ganjaran kepada diri sendiri dalam seminggu sekali.

Selain itu, Herbalife menyediakan lima perisa shake yang sedap dan mudah disediakan, dan anda tidak akan jemu untuk menikmatinya. Kita juga boleh menggunakan kreativiti sendiri untuk mencampurkan perisa-perisa ini atau mencampurkan dengan bahan lain untuk pilihan perasa yang lebih menarik.

Secara kesimpulannya, disiplin diri yang tinggi dan semangat yang waja akan dapat membantu kita dalam mencapai matlamat yang diinginkan. Sekiranya anda hampir berputus asa dalam usaha menurunkan berat badan, anda harus kembali bersemangat dan cari motivasi anda, dan percaya yang anda akan dapat mencapai berat yang diinginkan tidak lama lagi.

Hanya kita sendiri yang dapat melakukan perubahan pada diri kita, dan bukan orang lain.

No comments:

Post a Comment

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...