Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Showing posts with label Perubahan. Show all posts
Showing posts with label Perubahan. Show all posts

Sunday, January 23, 2011

Terlalu Selesa?

Ye, itulah yang aku rasa selama ni....

Terlalu selesa sebab apa?

Terlalu selesa sebab dah turun berat yang banyak daripada 92kg kepada 74kg.

Ketika sampai di zon selesa ini aku telah lupa diri.
Ketika itu saiz baju bertukar daripada XL kepada L, saiz 48 kepada 40, dan semua pakaian dalam almari sudah berganti.

Sedangkan hakikatnya berat aku boleh turun lagi, dan perlu turun lagi.

Kadang-kadang bila semangat datang, turunlah ia ke 72kg. Tapi bila lupa diri, boleh naik hingga 76kg.

Jadi, sekarang ni aku dah nekad. Target terkini ialah 65kg.
Walaupun target ni bagi aku sangat susah untuk dicapai, ia bukanlah sesuatu yang mustahil.

Oleh sebab itu aku perlu meletakkan angka 65 sebagai target, supaya aku rasa lebih bersemangat dan betul-betul berusaha keras.

Mulai hari ini aku akan shake, shake, dan shake dengan Herbalife. Aku akan pastikan yang aku akan shake 2 kali sehari, atau lebih sekiranya perlu.

Jadi, azam aku untuk tahun 2011 ialah untuk capai 65kg.

Adakah ini bermakna aku terpaksa menukar lagi semua baju dalam almari?....



Wednesday, March 4, 2009

Comfort Zone?

Sudah 2 hari aku hanya ambil Shake sekali saja waktu breakfast. 2-3 hari ni memang makan banyak waktu siang sampai ke malam.

Macam semalam, tengahari dah lunch kat Vistana lepas pergi event TM kat sana. Bila makan kat hotel, faham-faham je lah..Camane nak control. Malamnya konon-konon plan nak amik shake.

Tapi baru teringat, hari Rabu, hari pasar malam. Tak tahan pulak dengan makanan-makanan yang dibeli untuk suami dan anak-anak. Walaupun tak beli untuk diri sendiri, kesudahannya aku jamah-jamah jugak makanan diorang.Dahle suami aku pulak pi beli durian 4 biji. Teringin nak makan, katanya. Hmmm...mana leh tahan bau je. Makan jugalah 2 ulas malam tadi.

Baru jumpa nutrition fact pasal durian:
Nutrition Facts
Serving Size : 1 cup
Amount Per Serving
Calories : 357
Calories from Fat: 117%
Total Fat: 13.0g(20%)
Cholesterol : 0mg
Total Carbohydrates : 65.8g (22%)
Dietary Fiber : 9.2g (37%)
Protein:3.6g
Vitamin A 2% • Vitamin C 80%
Calcium 1% • Iron 6%


So very high calories with high carbohydrates. Not a good fruitlah huhu

Sekarang ni aku rasa macam susah sangat nak tahan diri dari menjamah makanan. Kalau first 2 months memang no problem. Boleh kawal diri dengan tak ambil langsung makanan sedap-sedap depan mata. Tapi semenjak kebelakangan ni memang susah nak kawal.

Aku rasa betullah, lebih dekat dengan ideal weight, lebih susah nak turun, kecuali kalau follow betul-betul menu diet harian Herbalife tu. Aku dapat tau untuk turun 20-10kg dari ideal weight, memang agak cepat dan mudah. Tapi nak turunkan lagi 10kg lagi, memang agak susah.


Lagipun, banyak lagi faktor-faktor lain yang boleh mengganggu perubahan dalam diri kita dan selera makan kita. Mungkin menstrual cycle untuk perempuan, stress, atau pengaruh sekeliling. Yang penting ialah cara kita mengawalnya.

Lagipun mungkin aku terleka sekejap dgn pujian-pujian yang diberikan oleh orang sekeliling, sampai tak sedar usaha diet aku masih panjang lagi. Kena cepat-cepat insaf dan keluar dari 'comfort zone' ni.

Hmmm...maybe nak post dlm ruangan motivasi forum kot hehehe supaya dapat lebih memotivasikan diri sendiri.

Saturday, February 21, 2009

Cerita sehelai seluar

Aku ada sehelai seluar. Saiznya XXL, warna coklat. Aku beli seluar ni di Jusco, dalam 2 tahun lepas. Masa tu aku baru lepas bersalinkan Afiq, my 2nd baby.

Lama dulu aku tak pakai dah seluar ni. Sebab ketat bahagian peha. So aku simpan dalam kotak.

Sebulan lepas aku keluarkan semula dari kotak sebab dah muat, dan boleh pakai semula.

Hari ni, aku masukkan semula seluar ni dalam kotak. Kenapa? Sebab seluar ni dah jadi terlalu longgar. Memang sangat longgar yang tak boleh pakai langsung. Kalau pakai juga memang akan terlondeh.

Jadi, berapa lama seluar ini akan duduk dalam kotak? Aku pun tak tahu. Harap-harap seluar ni stay dalam kotak dalam masa yang lama just because seluar ni terlalu besar untuk aku pakai. Maybe kalau pakai pun, masa aku mengandung anak ketiga. Bila tu, hmm...belum tau lagi

Sunday, January 4, 2009

5kg out 15 more to go

Aku dah hilang 5kg. Inci pinggang pun dah kurang dalam 2 inci. Pinggang dari 38dah jadi 35inci. Berat tak tau lagi. Bila lah agaknya nak beli weight scale ni.
So hari ni ada 2-3 org yg tau aku guna Herbalife dah tegur memang nampak kurang. Tak sabar nak kurus lagi dan tunggu orang lain pulak yang perasan aku dah kurus.
Lagi satu yang seronok nya hari ni kalau tengok dalam graf BMI yang Herbalife bagi, daripada obese aku dah jadi overweight. Yeah walaupun still overweight tp seronok sebab ada pengurangan. Memang dengan Herbalife ni badan jadi cergas, nak bangun pagi-pagi pun senang.
So far aku dah try 4 dari 5 perisa Herbalife : Cappucino, Chocolate, French Vanilla & Tropical Fruit. So far semua ok , cuma Tropical je aku tak suka. Kalau campur dgn Vanilla boleh tahan lagi. Tapi kalau Tropical saje..memang tak sukanya. Campur dgn Choc oklah. So kena habiskan jelah stok yg ada dulu. Lepas tu cont beli the other 3 flavors je. Strawberry tak kot, sebab takut tak lalu juga. Fruity sgt.
Kadang-kadang rasa boring jugak amik Herbalife hari-hari tapi coach aku pesan, kalau boring cuba campur dgn bahan2 lain mcm oat ke, soy milk ke. So far aku mmg maintain dgn plain water je..for faster result...hehehe.
Dgn Herbalife pun dah ajar aku jadi seorg yg suka berjimat. Yelah, bila pikir nak kena beli stok herbalife, expenses kat bahagian lain kenalah slow down sikit. Masa kat office mmg tak belanja sebab bfast and lunch on Herbalife. Dinner jelah kat rumah. Ha..tu lauk kena beli kat kedai or pasar. So masak sendiri boleh control sikit nak masak apa kan? Ingat malam ni nak masak sup yg macam aku makan kat Black Canyon East Coast Mall ari Sabtu tu. Sedap sangat. Even though agak mahal dari kebiasaan, masa tu me, hubby dan 2 anak kami makan for lunch+dinner, total RM39.90. Tapi puas hatilah sebab my boy, Afiq yg susah makan tu, makan banyak sgt kat situ. So lain kali blh pergi lagi. Once a month bolehle.
Anyway, right now kena maintain dgn Herbalife, sacrifice social time during lunch hour with my colleagues. Ada gak yang terasa bila dah lama tak makan sekali. Tapi nak buat macamana, kan? Terpaksa untuk kebaikan kepada diri sendiri juga.

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...