Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Showing posts with label Vacation. Show all posts
Showing posts with label Vacation. Show all posts

Monday, December 26, 2011

Back in business

Salam semua! Saya sudah kembali dari bercuti :)

Seronok betul dapat bercuti dengan keluarga, terutama apabila dapat percutian oleh Herbalife!*

Untuk yang masih belum tahu, saya baru pulang daripada percutian Royal Carribean Cruise Singapura- Penang-Melaka pada 19 hingga 22 Disember yang lalu. .*

Perasaan belayar atas cruise dengan keluarga tercinta - PRICELESS.

Saya akan ceritakan dengan lebih lanjut dalam post akan datang. Post ini hanya untuk maklumkan yang saya sudah bersedia untuk kembali bekerja keras bagi mencapai percutian yang akan datang pula.*

Tokyo 2012! Tak sabar rasanya!

Sementara itu, kepada sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan produk Herbalife, keahlian Herbalife, atau untuk mendapat percutian seperti saya dalam perniagaan ini, boleh hubungi saya ;)

p/s: Semua ahli yang mendaftar berpeluang mendapat percutian dengan Herbalife sekiranya anda berminat menjalankan perniagaan ini secara serius. Dapatkan tiketnya daripada saya sekarang!

* Pendapatan tertakluk kepada invididu (atau contoh )digambarkan dan bukan purata

Wednesday, December 14, 2011

Percutian Herbalife

Saya akan bercuti ke Singapura mulai 18 Disember hingga 23 Disember 2011. Oleh itu diharapkan kepada mereka yang menghantar email/sms/mesejFB dapat bersabar sekiranya saya lambat membalas pertanyaan anda. Saya akan cuba sedaya upaya membalasnya secepat mungkin, atau sekiranya mempunyai connections kepada line telefon/internet.

Oleh itu, nasihat saya kepada sesiapa yang ingin mendapatkan produk daripada saya, boleh membuat pesanan dan bayaran selewat-lewatnya sehingga 16 Disember 2011, supaya order anda dapat diproses pada minggu ini. Order yang masuk pada minggu hadapan akan cuba diproses secepat mungkin, bergantung kepada availability.

Kepada ahli/pelanggan di Kuantan juga boleh menghubungi saya sekiranya mahu mendapatkan stok minggu ini selewat-lewatnya pada hari Jumaat, 16hb ini. Tetapi stok juga agak berkurangan disebabkan permintaan yang agak tinggi minggu ni :'(

Doakan saya selamat pergi dan kembali dari percutian ini. Saya akan ceritakan segala-galanya selepas kembali daripada cuti nanti.

* Pendapatan tertakluk kepada invididu (atau contoh )digambarkan dan bukan purata

Tuesday, October 5, 2010

Herbalife is all over Malaysia!

Haha... Herbalife baru je hantar email mengenai billboard yang dipasang di seluruh Malaysia kat sini .

Maknanya beberapa billboard yang aku jumpa semasa balik kampung waktu Raya, seperti yang aku cerita di sini, suma sebahagian je dari keseluruhan Billboard yang dipasang.


Aku suka dengan memo dari Dato' Ronnie Tan dari Herbalife:

(The) company is exciting, growing, and changing people’s lives like no time in our history, and to top it all off “we are just getting started”.


Rasa bertuah jadi sebahagian dari keluarga Herbalife. Mungkinkah aku akan dapat berjumpa dengan ahli keluarga Herbalife yang lain di Club Med Cherating pada bulan Oktober ini?

Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H

Sempena di bulan Syawal yang mulia ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pengunjung blog ini yang berugama Islam.

Saya ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala kesilapan sekiranya ada sepanjang masa saya menulis di blog ini, sama ada secara sedar atau pun tidak. Harap halalkan juga apa yang terkurang dan terlebih sekiranya kita pernah berurusan berkaitan Herbalife, atau pun atas urusan-urusan lain.

Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat dan ceria sepanjang cuti perayaan ini. InsyaAllah, diharapkan juga kita selamat pulang ke destinasi maisng-masing semula untuk kembali bekerja dalam beberapa hari lagi.

Saya kini berada di Pengkalan Hulu, Perak untuk beraya di kampung saya. Saya bercuti sehingga 19 September ini. Agak lewat menulis ucapan Hari Raya ini atas sebab masa dan coverage yang kurang mengizinkan.InsyaAllah saya akan update semula dalam masa yag terdekat.Saya juga akan cuba menjawab email yang diterima seberapa cepat yang boleh.

Akhir sekali,Selamat Hari Raya! Maaf Zahir & Batin.

Monday, August 9, 2010

Family Day

Pada 7 Ogos baru-baru ni, aku pergi bercuti di Suria Beach Resort, Cherating sempena sambutan Hari Keluarga untuk staf kolej ni. Memang seronok betul, especially bila team sendiri menang jadi Juara Keseluruhan.



Apa yang bestnya untuk acara-acara seperti ini ialah dapat mengeratkan lagi hubungan antara staf. Staf kolej ni pun dah ramai, bertambah berganda-ganda dari 1997 sejak ditubuhkan sampai sekarang ni dah ada kira-kira 400 orang staf.

So, peluang macam nilah baru kita dapat kenal dan bemesra dengan staf dari department lain, especially yang baru-baru, kan?

Selain daripada tu juga, kita dapat kenal dengan ahli keluarga staf lain. Seronok dengar perkembangan dan cerita mengenai keluarga orang lain. Yelah, bak kata orang, lebih ramai kita jumpa orang, lebih banyak pengalaman yang boleh dikongsikan.

Tapi yang bestnya bila jumpa ahli keluarga staf yang kenal dengan kita, diorang akan tanya, "Berapa banyak dah turun?" Yang tahu aku amik Herbalife pun akan cakap, "Masih ambil Herbalife lagi ke?"

Even ada sorang wife staff pun pernah amik Herbalife dan dia memang nampak betul2 kurus skrg. Seronok tengok perubahan positif orang lain. Agaknya macam tu jugaklah perasaan orang lain bila nampak kita lebih kurus dan ceria.

Even on the way balik dari Cherating, kami sekeluarga singgah di gerai keropok kat Kemaman. Pekerja kat gerai tu

pun duk cakap kat suamiku, "Wife abang ni nampak masih muda dan cantik lagi." Hahahaha ni mesti kes bodek suruh beli keropok banyak-banyak ni.

Anyway, the trip was fun. We had a great time. Sesekali bawak keluarga bercuti memang best. Walaupun terbakar kena sunburn. Nampaknya kena bubuh Aloe Vera Gel ni, biar cepat baik.

Tak sabar pulak nak sambut Ramadan lagi 2 hari je lagi. Selamat berpuasa to all.

p/s: Kepada ahli yang masih belum mendapat menu berpuasa dengan Herbalife, boleh email dan saya akan hantarkan.

Sunday, December 6, 2009

Sudah kembali :D


Alhamdulillah...setelah semuanya berjalan lancar, aku sudah kembali dengan ke rumah semalam, dan kembali bekerja hari ini.Dua minggu tidak dapat online, agak sengasara sebenarnya tetapi oleh kerana keadaan tidak mengizinkan, terpaksa redha. Yang penting, dalam masa dua minggu tu banyak pengalaman yang aku dapat, yang mungkin tidak dapat ditukar ganti.

Terima kasih kepada semua yang menghantar email dan mesej dalam Facebook bertanyakan mengenai Herbalife, dan ada juga yang wish Birthday. Harap dapat beri sedikit masa untuk menjawab semua pertanyaan yang diemailkan kerana ada beratus-ratus email yang perlu di baca dan dijawab. InsyaAllah, semua email dan mesej akan dijawab satu persatu.

Ada juga mesej/email yang perlu jawapan segera tetapi oleh kerana sekarang je lah masa dapat dibaca, mungkin ada yang terasa hati kerana pertanyaan/permintaan tidak berjawab. Ribuan maaf dipinta sekiranya ada yang berkecil hati.

Untuk pengetahuan, sebenarnya dua minggu menghilang ialah kerana aku terpaksa menguruskan anak-anak untuk ditinggalkan di Malaysia, dan kemudian pergi bekerja sambil berjalan ke UK dan Northen Ireland. Aku ke sana dari 22Nov hingga 3Dec yang lalu. InsyaAllah, cerita perjalanan dan gambar-gambar akan diupload sedikit masa lagi dalam personal blog aku nanti.

Untuk masa ni aku kena sambung membaca dan menjawab ratusan email, dan menguruskan semua kerja tertangguh di ofis. Urusan Herbalife akan disiapkan sedikit demi sedikit.

Terima kasih kepada yang memahami.It's good to be back ;)

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...