Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Showing posts with label sarapan sihat. Show all posts
Showing posts with label sarapan sihat. Show all posts

Thursday, October 15, 2015

Kenapa pilih produk Herbalife?

Kenapa pilih produk Herbalife untuk turunkan berat badan?

Pagi tadi, saya menerima soalan daripada seseorang yang baru dikenali, semasa berada di Rumah Sarapan Sihat Kuantan, tempat saya menyebarkan maklumat mengenai nutrisi setiap hari.

Dia bertanya, antara banyak produk yang berada di Malaysia dan di dunia, kenapa saya memilih produk Herbalife?

Sebab utama mengapa saya pilih produk Herbalife ialah kerana produk ini sudah berada lebih dari 90 buah negara dan lebih dari 34 tahun di pasaran. Produk Herbalife juga dirumuskan oleh pakar saintis terkemuka di Amerika Syarikat dan juga dengan kepakaran dan nasihat dari pakar seluruh dunia. Jadi, saya memang tidak sangsi lagi bahawa produk Herbalife adalah yang terbaik untuk bantu saya dalam membekalkan nutrisi dan pengurusan berat badan.

Apatah lagi, saya sudah berjaya turun 18kg dengan menggunakan produk Herbalife. Dan selepas hampir 7 tahun menggunakannya, saya telah mendapat pelbagai kesan Herbalife yang positif serta membantu ramai orang mendapat testmoni Herbalife.

Kenapa anda sendiri belum menggunakan produk Herbalife?

Mungkin anda dengar mengenai produk Herbalife. Mungkin juga dah lihat kesan yang telah dialami oleh orang yg anda kenal. Tetapi anda sendiri belum pernah menggunakan produk Herbalife.

Jika anda tertanya-tanya kenapa anda sendiri perlu bermula dengan Herbalife, mungkin saya boleh memberikan sedikit bantuan dan panduan.

Daripada berjuta-juta orang pengguna produk Herbalife di seluruh dunia yang telah mendapat hasil, semuanya mempunyai sebab tersendiri mengapa mereka bermula. Mungkin sebab memperbaiki tenaga, ingin bentuk badan lebih menarik, ingin kulit yang lebih cantik, ataupun setakat ingin mencuba produk Herbalife untuk melihat perubahan kepada diri sendiri.

Walau apa pun sebabnya, mereka semua telah bermula dan mendapat kesan mereka tersendiri. Ada yang berjaya menurunkan berat badan, ada juga yang tidak. Ada yang terus mengambil nutrisi Herbalife untuk jangka masa panjang, ada juga yang berhenti selepas mendapat kesan Herbalife yang diinginkan.

Kesan yang dialami oleh setiap orang tidak sama. Seseorang yang anda kenali mungkin telah mendapat hasil yang mengujakan, tapi tidak semestinya anda juga akan mendapat kesan yang sama sepertinya. Ini kerana setiap individu berbeza. Perubahan dan tindakbalas produk Herbalife adalah bergantung kepada tahap kesihatan individu, tabiat pemakanan, aktiviti harian yang dilakukan setiap hari, serta lain-lain lagi faktor memainkan peranan.

Apa yang penting ialah anda mendapat konsultasi daripada Jurulatih Bebas Herbalife sebelum mengambil keputusan untuk menggunakan produk Herbalife. Jurulatih akan dapat membantu anda dengan memberikan cadangan produk Herbalife yang benar-benar sesuai dengan kesan yang anda inginkan.

Anda boleh menghubungi saya iaitu Coach Turun Berat Badan jika ingin mengetahui produk Herbalife yang sesuai bagi membantu anda turunkan berat badan secara sihat dan berkesan.

Hubungi nombor 017-9360797 untuk temujanji di sekitar Kuantan, ataupun saya boleh bantu anda beli Herbalife online, dan menjadi jurulatih sepenuhnya secara online.

Jangan bertangguh lagi untuk membuat keputusan bermula dengan produk Herbalife. Jika ramai orang boleh melakukannya dan mendapat testimoni Herbalife yang menarik mengapa bukan anda?




Aziera Yazid merupakan seorang Jurulatih Bebas Herbalife yang telah turun 18kg dengan produk Herbalife dan kini membantu ramai orang untuk menguruskan berat badan dan lebih cantik dan bertenaga dengan nutrisi Herbalife. Anda mungkin orang seterusnya yang akan mendapat hasil kejayaan dalam menurunkan berat badan. Ini adalah masa untuk anda melakukan perubahan. Dapatkan bimbingan jurulatih Aziera Yazid sebelum terlambat.

 

Monday, February 2, 2015

Kepentingan Sarapan sihat untuk ibu yang sibuk

Kenapa sarapan sihat penting jika anda seorang ibu yang sibuk?

Jika anda seorang ibu, tidak kiralah sama ada anda bekerja sepenuh masa, bekerja dari rumah ataupun surirumah yang tiada pendapatan sendiri, saya percaya anda memang seorang yang sibuk.
Seorang ibu memikul banyak tanggungjawab dalam keluarga, iaitu dalam menguruskan suami dan anak-anak. Seorang ibu perlu memastikan bahawa persediaan dan perjalanan ahli keluarganya berjalan lancar setiap hari. Bermula dari mereka bangun tidur, pastikan mereka ambil sarapan, bersiap ke tempat kerja atau sekolah, memastikan rumah dalam keadaan yang sebaiknya, pakaian anak-anak, makan mencukupi, kerja sekolah disiapkan, dan ada banyak lagi dalam senarai tugasan seorang ibu.


Dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga dan menguruskan ahli keluarga yang lain, seorang ibu yang sibuk perlu memastikan bahawa mereka selalu berada dalam keadaan kesihatan yang terbaik. Jika mereka kurang sihat, sudah tentulah tugasan sebagai seorang ibu akan terganggu. Oleh sebab itulah sarapan sihat merupakan satu yang sangat penting bagi seorang ibu.

Ibu yang sibuk selalunya tidak sempat menguruskan diri sendiri, dan kebanyakannya tidak dapat mengambil hidangan makanan yang sempurna. Mereka hanya sempat makan ‘on the go’ iaitu dengan cara menghabiskan makanan secepat yang mungkin. Akibatnya, ramai yang skip sarapan kerana tidak ada masa mengambil hidangan sarapan sihat yang sesuai untuk mereka.


Sarapan sihat yang seimbang dan tinggi protein adalah penting terutama bagi seorang ibu yang sibuk. Ini kerana sarapan yang mengandungi keperluan nutrisi yang mencukupi akan memastikan sel-sel badan menjalankan tugas dengan baik selepas bangun dari tidur. Nutrisi ialah makanan untuk sel-sel badan kita, sebagaimana kereta memerlukan minyak untuk bergerak dan menjalankan tugas.

Selain daripada itu, sarapan sihat yang tepat dapat memastikan seorang ibu mempunyai tenaga yang berpanjangan agar dapat fokus dalam menjalankan tugas. Saya selalu mendengar masalah dari ibu yang rasa cepat penat ketika melakukan tugasan seharian. Tidak kiralah bekerja pejabat, atau dalam tugasan menghantar dan mengambil anak sekolah. Semuanya memerlukan tenaga agar ibu fokus dan tidak leka dan berlaku kejadian yang diingini.

Saya dulu pun mengalami masalah yang sama ketika bekerja di pejabat. Akibat menguruskan keluarga sebelum pergi kerja, bekerja sepanjang hari, dan terpaksa balik ke rumah dan menyiapkan lagi tugasan di rumah, saya rasa terlalu penat. Akibat penat saya jadi cepat marah, selalu nak meninggi suara dengan suami, dan banyak lagi kesan negatif kepada kesihatan dan keluarga. Di pejabat pula saya curi-curi masa untuk tidur sekejap sama ada di surau ataupun di meja workstation.

Tetapi syukurlah kerana dengan menukar sarapan saya kepada sarapan sihat Shake Herbalife, saya dapat kembalikan semula tenaga saya. Saya sudah tidak rasa mengantuk di pejabat dan mampu melaksanakan tugasan sebagai seorang ibu di rumah dan di pejabat dengan lebih lancar. Saya juga minum teh Herbalife yang mempunyai fungsi menambah tenaga dan membuang toksin dari badan. Sebagai bonus saya berjaya turun 18kg dengan menukar sarapan pagi dan makan malam saya dengan shake Herbalife. Download ebook untuk baca kisah saya seterusnya.

Jika anda seorang ibu yang sangat sibuk dan mudah rasa penat, anda perlu kenalpasti jenis sarapan yang anda ambil setiap hari. Saya boleh berikan analisa kesihatan bagi membantu cadangkan sarapan sihat yang sesuai untuk anda.

Dengan mengambil sarapan sihat yang seimbang, tinggi protein dan rendah gula seperti shake Herbalife, anda akan rasa lebih bertenaga disamping dapat menikmati rasa kenyang yang lebih lama daripada mengambil sarapan tinggi karbohidrat yang lain seperti nasi, mee atau roti canai.Pastikan anda pilih sarapan yang sesuai jika anda seorang ibu yang sibuk, dan sesekali skip waktu makan yang terpenting ini.

Adakah anda seorang ibu yang sibuk? Adakah anda mempunyai masa untuk menguruskan diri sendiri? Kongsikan cerita bagaimana anda membahagikan masa dalam menjalankan tugasan harian anda pada ruangan komen di bawah.


Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...