Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Showing posts with label turunkan berat badan. Show all posts
Showing posts with label turunkan berat badan. Show all posts

Monday, July 31, 2017

TC Herbalife untuk Turun Lebih Cepat

TC Herbalife Boleh Turunkan Berat Lebih Cepat?


Ramai betul yg dtg ke blog saya utk cari info mengenai TC Herbalife

Mungkin ramai yang dah tau, TC Herbalife boleh turunkan berat badan dengan lebih cepat.

Tapi, betul ke? Adakah produk Herbalife TC ni sesuai untuk semua? Biar saya terangkan dulu apa fungsi TC Herbalife ni.


Fungsi TC Herbalife


Produk TC Formula memang dirumuskan untuk membantu memaksimumkan penurunan berat badan.

TC diperbuat dari ekstrak teh dan halia, dapat menyokong penurunan berat badan apabila digabungkan dengan pengambilan kalori rendah , pemakanan seimbang dan aktiviti fizikal secara tetap.
Teh yang kaya dengan antioksidan membantu melawan kerosakan radikal bebas.
Ekstrak halia menawarkan kebaikan pencernaan yang menyokong kesejahteraan individu
Sumber: Herbalife Malaysia 

Perkara penting mengenai TC Herbalife

Oleh kerana TC diperbuat daripada ekstrak halia, ia akan membuatkan badan rasa lebih panas. Oleh itu sangat penting untuk menambah pengambilan air. JIka anda menggunakan TC , anda perlu minum air lebih banyak daripada biasa. 

Paling penting sebelum memulakan program Kurus dengan Herbalife, anda harus mula dengan teh Herbalife dahulu sebelum mjula dengan TC. Ini bagi membiasakan diri untuk minum air secukupnya, sebelum anda mula mengambil tablet TC Herbalife

Dengan mengambil TC dapat membantu anda kawal rasa lapar kerana apengambilan air yang mencukupi.

Selain itu juga, kandungan teh dalam TC dapat menambah tenaga, dan sesuai diambil selepas makan atau sebelum bersenam.

TC juga memudahkan pembuangan kerana mengandungi ekstrak halia. Kerana itulah nama lain untuk TC Formula ialah 'Jamu Moden'.


Bolehkan ambil TC Herbalife sahaja tanpa minum shake Herbalife?

Jawapannya, ya dan tidak.

Jika anda mencari suplemen untuk menambah tenaga dan mengawal selera makan sahaja, anda mungkin boleh mencuba TC Herbalife ini.

Tetapi jika anda mengambil TC ini semata-mata untuk cepat turun berat badan, tanpa jaga pemakanan dan bersenam, tentulah anda tidak akan dapat hasil yang diinginkan. Ingat, penurunan berat badan 80% bergantung kepada nutrisi dan pemakanan seimbang. Dan 20% lagi melalui aktiviti sihat.

Sebaik-baiknya anda hubungi Coach Herbalife yang dapat membantu anda mengenal pasti produk Herbalife mana yang dapat membantu anda turun secara sihat dan berkekalan.


Cara guna TC Herbalife


Ambil 1 biji tablet TC Formula setiap kali selepas makan. Seeloknya ambil 1 biji dulu setiap hari selepas lunch untuk pastikan tubuh anda sesuai dengan TC Herbalife ini. Sekiranya tiada tindak balas yang berat, anda boleh teruskan makan 3 kali sehari.

Apa yang penting ialah pastikan anda mempunyai seorang Jurulatih atau Coach Turun Berat Badan yang dapat bantu anda turun berat dengan berkesan. Coach dapat memberikan maklumat terperinci mengenai pilihan produk paling sesuai mengikut keperluan dan bajet anda, dan cara minum Herbalife yang tepat untuk kesan Herbalife lebih baik.

Hubungi saya Coach Aziera Yazid untuk mengetahu maklumat lanjut mengenai produk Herbalife dan juga TC Herbalife.


Klik http://bit.ly/azierayazid atau hubungi nombor saya 017-936079.


Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit

photo 
     

Monday, July 24, 2017

Cepat Turun Berat Badan Dengan Kalsium

Nak Cepat Turun Berat Badan? Ambil cukup kalsium!



Kalsium adalah salah satu mineral penting untuk badan kita. Kalsium disimpan paling banyak dalam tulang dan gigi, dan juga bahagian badan yang lain seperti darah, otot, tisu dan lain-lain. Kalisum juga penting untuk ketegangan otot dan membantu salur darah mengembang dan menegang dengan baik.

Kalsium terlibat dengan pengeluaran enzim dan hormon dalam badan dan juga dalam hubungan antara sistem saraf. Kajian mendapati kalsium mencukupi dan mengelakkan kanser usus, dan juga mengelak masalah berkaitan usus yang dikenali sebagai Montezuma's revenge.

Kebanyakan orang dewasa didapati mengambil kalsium kurang dari yang diperlukan. Orang yang tidak ambil produk tenusu akan lebih rendah pengambilan kalsiumnya.

Berita baik untuk semua! Kajian menunjukkan mereka yang melakukan diet kawal kalori dan memastikan dengan pengambilan kalsium mencukupi setiap hari, dapat membantu cepat turun berat badan.

Kajian juga menunjukkan mereka yang cukup 3 sajian kalsium setiap hari lebih mudah mengawal berat badan dan mengelakkan kegemukan.

Saya turun 18kg dengan produk Herbalife. Download ebook untuk ketahui bagaimana.


Keperluan harian kalsium untuk dewasa ialah 1,000mg sehari dan 1,200mg untuk mereka yang berusia lebih dari 50 tahun .

Antara contoh hidangan kalsium yang boleh diambil seperti:-

  • Produk tenusu rendah lemak seperti susu skim dan yogurt (300 mg per 8 ounces)
  • Tauhu (138 mg per ½ cup)
  • Jus segar dan buah-buahan tinggi kalsium (200 to 260 mg per 8 ounces)
  • Sayuran berdaun hijau (90 to 99 mg per ½ cup dimasak)
  • Broccoli (42 mg per cup dimasak)
  • Sardin dalam tin (324 mg per 3 ounces)
  • Cheddar cheese (306 mg per 1.5 ounces)
Walau bagaimana pun, anda harus pastikan untuk periksa jumlah kalori untuk sajian kalsium yang dipilih. Ada makanan kalsium tinggi yang juga tinggi kalori. Hadkan pengambilan mingguan jika perlu.

Hubungi Coach Aziera untuk panduan pemakanan dan nutrisi bagi menurunkan berat badan dengan berkesan

Bagaimana kalsium boleh bantu cepat turun berat badan?

Kalsium akan mengikat lemak dalam usus dan menghalang badan kita daripada menyapnya.
Kalsium juga terlibat dalam mengelakkan penghasilan hormon yang menyebabkan lemak terbentuk dalam badan.

Satu kajian di Institiu Nutrisi Univeristy of Tennessee, Knoxville mendapati kalsium meningkatkan suhu badan atau dipanggil thermogenesis, yang mana meningkatkan metabolisme dan membantu badan kita membakar lemak

Banyak kajian membuktikan kaitan kalsium dengan peningkatan tenaga dalam badan dan pengurangan lemak. terdapat subjek kajian yang dapat mengurangkan saiz pinggang setelah mengamalkan diet kawal kalori dan mengambil kalsium yang mencukupi.


Calsium Plus Herbalife untuk cepat turun berat badan




Oleh kerana kebanyakan kita masih belum cukup mengambil kalsium daripada sumber makanan dan tenusu, suplemen kalsium seperti tablet Calsium Plus Herbalife sangat membantu.

Selain daripada kalsium, Tablet Calsium Plus Herbalife juga mengandungi bebarapa kandungan mineral yang dapat membantu kita cepat turun berat badan dan khasiat yang lain seperti berikut:-

Magnesium
Magnesium sukar diperolehi daripada makanan, jadi pengambilan suplemen sangat membantu. Magnesium sangat berguna untuk proses penghadaman dan mengaktifkan enzim supaya badan dapat menyerap dan menggunakan makanan yang diambil. Magnesium juga mengawal metabolisme dan juga sumber tenaga dalma badan. Oleh itu magnesium dapan membantu kita untuk membakar lebih kalori. 

Zinc
Zinc diperlukan dalam kuantiti yang sedikit setiap hari Zinc membantu pertumbuhan dan perbaiki hormon, meningkatkan imunisasi badan dan membantu penghadaman. Selain itu, zinc mengandungi anti keradangan dan juga dapat membantu dalam mengahdapi masalah kesihatan sepeti melawan kanser atau masalah jantung  


Vitamin D
Membantu badan menyerap kalsium dengan lebih baik.Vitmain D juga dapat membantu mnegkalkan kesihatan badan dan mengelakkan daripada terkena penyakut tertentu. Vitamin D membantu mengelakkan masalah tulang lembut (osteomalacia) dan masalah tulang mudah patah (osteoporosis)

Copper
Memastikan pertumbuhan badan, penggunaan iron, reaksi enzim dan juga memperbaiki kesihatan tisu badan, rambut dan mata. Copper mengelakkan penuaan cepat dan membantu pengeluaran tenaga. Ada banyak lagi kebaikan copper termasukkan mengurangkan kolestrol


Oleh itu, jika anda ingin meningkatkan lagi cepat turun berat badan, anda boleh memastikan pengambilan kalsium adalah mencukupi,

Pilih untuk dapatkan Calsium Plus, produk Herbalife yang dapat membantu anda memperolehi kalsium yang diperlukan dengan pengambilan 1 biji tablet, 3 kali sehari. Calsium Plus juga sangat istimewa kerana bukan sahaja mengandungi kalsium tanpa menambah kalori badan, tetapi juga mempunyai vitamin dan mineral lain untuk melengkapi keperluan badan anda.


Sumber : WebMD, everydayhealth.com, draxe.com

Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit.



Hubungi Coach Aziera Yazid sekarang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk Herbalife untuk cepat turun berat badan

photo 
Aziera Yazid
p:017 - 9360797 | m:019 - 2208901 | e:aziera@azierayazid.com | w:http://bit.ly/azierayazid
     


Monday, August 1, 2016

Coach Turun Berat Badan Aziera Yazid

Ini Blog Coach Turun Berat Badan Aziera Yazid


Sudah terlalu lama saya tidak menulis dalam blog ni. Mungkin dah bersawang agaknya. Mungkin ada yang menyangka bahawa saya sudah tidak aktif dalam bisnes Herbalife lagi. Tapi sebenarnya saya memang semakin aktif sekarang sebagai Ahli Bebas Herbalife Malaysia, hingga menyebabkan masa untuk menulis blog diabaikan. Maaf jika ada yang tertunggu-tunggu post dari saya.

Tahniah kepada ramai orang baru yang berminat mencuba produk Herbalife sebagai satu cara menurunkan berat badan dan memperolehi kesihatan lebih baik. Sejak kebelakangan ini, semakin ramai yang mencari produk Herbalife. Mungkin hendak kurus selepas raya agaknya. Lagipun tidak disangkal lagi ramai yang sedang mencari produk untuk membantu turunkan berat badan kerana kadar obesiti di Malaysia yang semain tinggi sekarang.

Anda memang orang yang beruntung kerana terjumpa dengan Blog Aziera Yazid, Coach Turun Berat Badan ini, Saya telah membantu ramai orang turun berat badan sejak hampir 8 tahun yang lalu. Ramai yang sudah mendapat testimoni Herbalife atas bantuan dan tunjuk ajar yang saya berikan.

Jadi, jangan bertangguh lagi kerana saya boleh membantu anda mencapai berat badan yang diinginkan. Sebagai seorang Coach Turun Berat Badan, saya bersedia memberikan tunjuk ajar dan panduan kepada anda mengenai pemilihan pemakanan yang betul, dan senaman yang sesuai untuk turun berat badan.

Terlebih dahulu, jika anda masih belum pasti kenapa anda perlu bermula, anda boleh baca sini untuk ketahui kenapa anda perlu kurus dengan Herbalife. Anda perlu memahami bahawa usaha ini tidak boleh ditangguh lagi. Anda perlu ambil keputusan untuk bermula sekarang!

Tetapi bagaimana pula nak mula dengan program diet Herbalife berkesan ni?

Jangan risau, anda hanya perlu menghubungi Coach Turun Berat badan Aziera Yazid di nombor 017-9360797 atau email sahaja ke aziera@azierayazid.com untuk mengetahui bagaimana anda boleh bermula dengan program Herbalife ini.

Sebagai seorang Coach, saya boleh bantu mencadangkan produk Herbalife mana yang sesuai untuk anda. Anda juga boleh memilih mana-mana pakej Herbalife yang sesuai mengikut keperluan.

Seterusnya, untuk memastikan anda mendapat hasil turun berat badan yang diinginkan, saya akan ajarkan cara makan Herbalfe yang tepat. Penggunaan Herbalife yang betul adalah penting untuk memastikan anda berjaya. Selain itu, saya akan sentiasa memberikan tindakan susulan bagi memastikan anda mengambil pemakanan yang tepat.


Saya seorang Coach Herbalife yang sudah turun lebih dari 20kg berat badan, dan telah membantu ramai orang. Saya sedia membantu anda untuk turun berat badan seperti saya.

photo 
     






Sunday, November 29, 2015

Perisa Shake Herbalife Cookies 'n Cream Yang Sangat Sedap dan Menyelerakan

Sudah Minum Shake Herbalife Perisa Baru?


Herbalife telah mengumumkan mengenai perisa shake Herbalife tebaru dalam pasaran Malaysia, iaitu perisa Cookies 'n Cream.

* Produk tidak bertujuan mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit
Jika anda belum merasainya, saya cadangkan anda dapatkan segera produk Herbalife terbaru ini untuk menikmati rasanya yang sungguh sedap dan menyelerakan. Bagi saya sendiri kalau minum segelas, memang rasa tidak puas!

Walaupun shake Herbalife ini sedap dan menggunakan nama Cookies 'n Cream, jangan salah sangka. Shake ini masih lagi rendah gula, rendah kalori dan juga sangat berkesan untuk membantu anda turun berat badan.


Shake Herbalife Cookies 'n Cream rendah kalori dan tinggi nutrisi

Setiap manusia mempunyai jumlah keperluan kalori harian supaya badan dapat melakukan aktiviti melalui tenaga yang ada. Apabila kita mengambil makanan  dan minuman yang mempuyai jumlah kalori lebih tinggi daripada badan kita perlukan, kalori berlebihan ini akan ditukarkan menjadi lemak. Oleh itu, untuk turunkan berat, kita perlu kurangkan pengambilan kalori sehari antara 300-500 kalori, bergantung kepada individu. Dengan cara ini kita boleh turunkan berat badan sehingga 0.5kg seminggu.

Walau bagaimanapun, selain daripada mengawasi pengambilan jumlah kalori seharian, pelbagai lagi citi-ciri diet yang anda perlu ambil kira jika ingin turunkan berat badan. Jumlah nutrisi yang terdpaat di dalam makanan dan minuman yang anda ambil setiap hari juga adalah penting. Badan kita memerlukan vitamin dan mineral yang mencukupi untuk melakukan tugas-tugas harian dengan sempurna dan kekalkan kesihatan. Jadi, anda perlu pastikan bahawa diet anda mempunyai nutrisi secukupnya dengan keperluan badan seperti karbohidrat, protein, lemak, dan lain-lain lagi.

Ingin tahu nombor magik atau jumlah kalori seharian untuk diri anda, untuk turun berat dengan lebih berkesan? Hantar mesej ke nombor 0179360797 (Coach Aziera) untuk mendapatkannya.

Shake Herbalife makanan pengganti harian yang terbaik

Shake Herbalife merupakan pilihan makanan harian untuk anda menurunkan berat badan secara sihat, selamat dan mudah disediakan. Shake Cookies 'n Cream ini mempunyai kalori sebanyak 96 kalori, dan anda boleh jadikan sebagai sarapan sihat setiap hari untuk membantu anda menguruskan berat badan. Selain itu juga, shake Herbalife mempunyai 16 jenis vitamin dan mineral yang baik untuk diri anda, dan juga rendah gula, dan rendah lemak. Shake Herbalife mengandungi kandungan Glysemic indeks yang sangat rendah.Anda boleh baca selanjutnya cara menurunkan berat badan menggunakan shake pengganti makanan di sini.

Jika anda masih belum memahami bagaimana shake Herbalife Cookies 'n Cream ini dapat membantu anda dalam pengurusan berat badan, atau ingin merasai kenikmatan menurunkan berat badan dengan shake Herbalife yang sedap ini, isikan maklumat anda di bawah:-


Nama:
Email:
No Telefon


atau hantar SMS/ Whatsapp  ke nombor 017-9360797

This HTML form was created by Freedback.


photo 
     

Monday, April 20, 2015

8 Tips Diet Berkesan Dengan Produk Herbalife

Ketahui 8 Tips Diet Berkesan Untuk Mendapat Kesan Terbaik Dengan Produk Herbalife

Anda mungkin pernah berdiet, atau mungkin juga pernah menggunakan produk Herbalife sebelum ini tetapi tidak mendapat kesan seperti yang diinginkan. Mungkin kerana motivasi dah berkurang, atau diet terlalu menyusahkan hingga anda tidak ada semangat untuk meneruskannya.

Berikut saya ingin kongsikan 8 Tips Diet Berkesan yang boleh membantu anda mendapat hasil yang diinginkan dengan Herbalife.

Tips Diet berkesan #1. Tetapkan goal dan matlamat


Salah satu pendorong kejayaan dalam menurunkan berat badan ialah denan menetapkan matlamat yang realistik dan jelas sebelum bermula. Dengan menetapkan matlamat yang kecil, ia mudah dicapai akan memberikan keyakinan yang lebih tinggi untuk meneruskan usaha.

Tips Diet Berkesan #2 : Lakukannya dengan perlahan

Kejayaan berdiet tidak berlaku dengan sekelip mata. Dengan melakukan perubahan kecil, anda akan mendapat kesan yang sedikit tetapi anda tidak akan rasa sukar melakukannya. Anda juga lebih mudah untuk kekal dengan tabiat sihat tersebut. Contoh tabiat sihat adalah seperti minum air lebih banyak, mengurangkan air manis atau kurangkan snek.

Tips Diet berkesan #3: Jangkakan kesilapan

Jika anda teringin sesuatu makanan, tidak salah jika anda ingin merasanya sedikit. Contohnya anda ingin merasa keropok lekor. Cukup sekadar mengurangkan rasa teringin dengan makan sekeping sahaja. Jangan ada fikiran, alang-alang sekeping, elok habiskan semuanya!

Jangan menhaan diri anda daripada tidak merasainya langsung. Ini kerana apabila anda rasa terlalu teringin dan sudah tidak dapat menahannya, anda berkemungkinan akan makan lebih dari sepatutnya

Tips Diet Berkesan #4 Fahami bahawa anda tidak sempurna

Adalah normal jika sekali sekala anda melanggar pantang diet anda. Jangan salahkan diri tetapi nikmati makanan tersebut pada masa itu. Akan tetapi jangan terus melakukan 'cheat day' setiap masa. Apabila terlalu kerap anda akan merasakan bahawa tidak mengapa untuk terus melakukannya.Ini akan memberikan kesan untuk usaha turun berat badan anda. Mulakan hari baru dengan kembali kepada diet yang betul.

Tips Diet Berkesan #5 : Dapatkan kawan yang mempunyai keinginan sama seperti anda


Diet secara berseorangan adalah tidak menyeronokkan. Lebih-lebih lagi jika orang sekeliling anda tidak menyokong usaha anda untuk memilih diet yang sihat. Dapatkan bantuan seorang Coach Herbalife untuk membantu anda mengekalkan motivasi. Anda juga boleh menyertai group sokongan diet di Facebook untuk membantu mereka yang ingin memulakan diet dengan produk Herbalife.

Jika anda ingin menyertai Facebook Group saya untuk bantuan dan panduan diet dengan Herbalife, boleh request untuk join Turun Berat Badan dengan Aziera Yazid. Ketahui bagaimana untuk menyertai group di sini.

Tips Diet Berkesan #6: Bersabar

Satu cabaran besar dalam menurunkan berat badan ialah apabila anda mengalami berat badan yang kekal, atau 'weight loss plateau'. Berat badan anda mungkin akan kekal pada nombor yang sama di penimbang dalam beberapa jangka masa tertentu selepas berdiet. Ini adalah normal. Apa yang perlu anda lakukan jika ini terjadi ialah melakukan beberapa perubahan dalam diet anda seperti menambah aktiviti senaman, atau kaji semula pengambilan makanan mungkin anda ada lari daripada yang sepatutnya. Ubah apa yang sepatutnya. Sabar dan teruskan dengan usaha anda

Tips diet berkesan #7: Berikan hadiah untuk usaha keras anda.

Diet ialah satu usaha yang tidak mudah dan bukan sesuatu yang menyeronokkan. Anda boleh menyediakan ganjaran kepada diri anda sendiri jika anda berjaya meneruskan usaha anda ke beberapa peringkat tertentu. Contoh ganjaran adalah seperti dapatkan sesi urutan, seluar jeans baru atau keluar bersuka ria dengan kawan-kawan. Dnegan memberikan ganjaran kecil seperti ini dapat memberikan lebih semangat untuk anda meneruskan usaha dan mendapat kesan jangka masa panjang yang baik untuk diri anda.

Tips diet berkesan #8: Dapatkan program diet yang sesuai untuk anda

Menurunkan berat sebenarnya lebih mudah daripada cuba mengekalkan berat yang sudah diturunkan. Mengawal berat badan sebenarnya ialah satu usaha sepanjang hayat. Jika anda pernah mengalami masalah dalam mengekalkan berat badan, mungkin anda boleh memulakan semula dengan mendapatkan nasihat daripada pakar seperti pakar nutrisi, kaunselor ataupun seorang jurulatih yang berpengalaman membantu ramai orang menurunkan berat badan dan mengekalkannya. Mereka boleh bantu anda kenalpasti kenapa berat badan anda sukar dikawal dan mereka boleh cadangkan pelan yang sesuai untuk anda.




Jika anda ingin ketahui bagaimana cara untuk anda dapat menurunkan berat badan dan mengekalkannya dengan tips diet berkesan dari Coach Herbalife yang berpengalaman, anda boleh mendapatkan analisa kesihatan secara percuma di sini.




Aziera Yazid
p:017 - 9360797 | m:019 - 2208901 | e:aziera@azierayazid.com | w:http://azierayazid.com



Nak tau cara makan Herbalife untuk turunkan berat?

Adakah anda sudah tau cara makan Herbalife yang betul untuk turunkan berat?


Ramai orang yang ingin turunkan berat dengan produk Herbalife. Ada yang berjaya, ada juga yang tidak.

Rahsia utama kejayaan menurunkan berat ialah dengan mengikuti cara yang betul dalam program menurunkan berat dengan Herbalife. Bantuan Jurulatih sangat penting untuk rujukan dan juga memberikan motivasi dan semangat supaya kita tidak mudah putus asa.

Jika anda ingin kurus dengan Herbalife, perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah melantik seorang Jurulatih, atau Coach Herbalife untuk bantu anda dalam misi menurunkan berat badan ini. Saya turun 18kg dengan produk Herbalife. Lantik saya sebagai Coach Herbalife anda sekarang.

Jika anda mempunyai produk Herbalife, cara makan Herbalife yang betul adalah penting untuk mencapai kesan yang anda inginkan.


Kenapa cara makan Herbalife penting untuk turunkan berat?


Ini ialah kerana Herbalife ialah makanan kesihatan yang boleh menaik, menurun dan mengekalkan berat badan.

Produk yang sama untuk kurus dan juga tambah berat? Jawapannya, Ya.

Jadi, tidak mustahil jika anda ingin turunkan berat tetapi dengan cara makan Herbalife yang kurang tepat, anda mungkin akan tambah berat badan.

Bagaimanakah cara makan Herbalife yang betul untuk turunkan berat?


Cara terbaik ialah yang disediakan oleh Coach Herbalife masing-masing. Jika anda sudah mempunyai produk Herbalife dan coach sendiri, anda sepatutnya mengikuti segala tunjuk ajar yang diberikan oleh Jurulatih anda tersebut. Dengan bantuan Coach anda boleh capai hasil turun berat badan yang diinginkan.

Tetapi bagaimana pula jika anda belum pernah menggunakan produk Herbalife dan masih belum mempunyai Coach? Adakah anda ingin tahu cara makan Herbalife yang betul untuk turunkan berat terlebih dahulu sebelum menggunakannya?

Atau, adakah anda sudah mempunyai produk Herbalife tetapi tiada coach yang dapat membantu anda? Mungkin orang yang menjual produk tersebut sudah tidak dapat dihubungi, atau anda rasa ingin nasihat dan sokongan tambahan untuk membantu anda?

Saya selalu menerima email dan mesej dari ramai orang bertanyakan cara minum Herbalife yang betul. Jadi, saya telah mengambil keputusan untuk membantu lebih ramai lagi orang mendapat hasil terbaik dengan produk Herbalife. Saya ingin bantu orang lain yang nak kurus dengan Herbalife supaya dapat mencapainya bersama-sama.

Anda boleh sertai Group FB: Turun Berat Badan dengan Aziera Yazid untuk panduan nasihat cara makan Herbalife bagi menurunkan berat. Group ini ditubuhkan bagi membantu ahli-ahli saya dan juga sesiapa sahaja yang berminat untuk turun berat badan secara sihat dengan produk Herbalife. Ahli dalam group ini boleh bertukar-tukar pendapat, nasihat dan bersama-sama membantu ahli group yang lain untuk mendapat hasil kurus dengan Herbalife bersama-sama.



Saya faham bahawa untuk turunkan berat secara berseorangan bukanlah mudah. Saya juga berjauhan daripada Coach Herbalife saya secara Online, tetapi mempunyai ramai kawan sekeliling untuk membantu saya. Oleh itu saya bersedia membantu anda dengan cara makan Herbalife yang betul supaya anda mendapat hasil yang diinginkan.

Cara untuk menyertai Group FB ini mudah sahaja. Anda boleh hantar email ke aziera@azierayazid.com dan saya akan emailkan mengenai cara menyertai group Turun Berat Badan dengan Aziera Yazid ini.

Aziera Yazid telah berjaya turun berat badan sebanyak 18kg dengan menggunakan produk Herbalife dan merupakan seorang Coach Herbalife yang boleh membantu anda mendapat tips kuruskan badan menggunakan produk Herbalife.
Download ebook Aziera. Ketahui Bagaimana Saya Turun Berat Badan Walaupun Sibuk
photo
Aziera Yazid     


Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...