Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Tuesday, September 15, 2015

Pilihan Cara-Cara Untuk Kurus Dengan Cepat

Cara-Cara Untuk Kurus: Yang Mana Satu Pilihan Anda? 


Ramai orang di dunia sentiasa tercari-cari cara-cara untuk kurus kan badan. Ada yang memilih cara sihat, tetapi ada juga yang sanggup melakukan apa sahaja asalkan mereka boleh kuruskan badan.

Kebanyakan mereka selalu memikirkan mengenai penampilan luaran sahaja untuk menguruskan badan dengan kesan yang cepat. Sebab itulah pil-pil diet menjadi pilihan. Ada juga yang memilih untuk memakai korset untuk membentuk postur dan tubuh badan agar nampak kurus. Apa juga pilihan cara-cara untuk kurus, mereka perlu berusaha untuk dapatkan kesan yang diinginkan.

Sebenarnya semua ini akan memberikan kesan kurus kepada kita, tetapi adakah bersifat kekal atau sementara? Adakah pilihan kita itu dapat memberikan kesan berkekalan yang betul-betul selamat kepada kesihatan kita?


Kesihatan merupakan anugerah dari Allah yang paling berharga dan tidak dapat dijual beli dengan wang ringgit. Semua orang akan mengalami proses penuaan setiap hari dengan peningkatan usia. Tetapi, orang bagaimanakah yang anda ingin jadi di usia tua nanti? Adakah pilihan cara-cara untuk kurus anda hari ini akan menjamin hari tua anda yang sihat bertenaga dan kekal menarik?

Oleh itu, janganlah memilih cara kuruskan badan yang tidak dijamin keselamatannya. Pastikan pilihan anda tidak memberikan kesan sampingan yang negatif dan membahayakan. Apa guna kurus jika badan tidak sihat? Apa guna nampak lawa di luar sedangkan badan kita terpaksa menanggung kesakitan?

Jika anda memilih untuk mengambil pil diet atau ubat kurus, adakah anda pasti kandungan yang terdapat dalam pil kurus yang diambil betul-betul selamat dan diuji satu persatu untuk kesannya? Kebanyakan kandungan dalam pil diet dan ubat kurus mengandungi kesan kepada tekanan darah dan juga kadar degupan jantung. Pastikan anda mendapat nasihat dan pemantauan berkala daripada doktor jika ingin memilih pil diet sebagai cara-cara untuk kurus dengan cepat.

Jika anda memilih cara pemakaian produk secara luaran seperti krim sapuan, losyen panas ataupun sebarang pakaian yang membentuk badan, pastikan anda faham bagaima ia berfungsi kepada tubuh anda. Anda harus faham bahawa badan anda kurus secara sihat dengan pembakaran lemak dan kalori. Bukan setakat pengurangan air dalam badan, ataupun pengurangan otot akibat berlapar.

Cara-cara kuruskan badan yang sihat yang sebenar ialah melalui pemakanan dan gaya hidup kita. 80% ialah melalui pemakanan kita dan 20% lagi melalui senaman dan aktiviti yang kita lakukan, Jika kita mengambil produk untuk kuruskan badan tetapi masih tidak mengambil kira sama ada pengambilan nutrisi, vitamin dan mineral mencukupi untuk badan kita, hasilnya tidak akan berkekalan untuk kesihatan badan kita.

Oleh sebab itulah sebagai seorang yang sayangkan diri sendiri, kita perlu pilih pemakanan yang sihat dan sesuai bagi memastikan kesihatan kita dapat terpelihara untuk menjalani kehidupan akan datang.
Semua orang ingin kurus dan cantik dengan masa yang singkat. Tetapi adakah tindakan kita sekarang akan memastikan kita akan kekal sihat dan menarik pada masa akan datang?


Fikirkanlah dan ambil tindakan sekarang untuk memberikan pilihan yang terbaik sahaja untuk sel-sel badan anda. Hubungi saya sekarang untuk ketahui cara cara kurus badan yang selamat dan memberikan kesan yang berkekalan menggunakan shake pengganti makanan.


photo 
     


No comments:

Post a Comment

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...