Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Showing posts with label kurus dengan herbalife. Show all posts
Showing posts with label kurus dengan herbalife. Show all posts

Tuesday, July 18, 2017

Berpantang Dengan Herbalife: Dila turun 20kg

Ketahui Bagaimana Dila turun 20kg Setelah Berpantang dengan Herbalife


Dila merupakan salah seorang Coachee saya yang dah lama mengamalkan produk Herbalife untuk menurunkan berat badan, dan kemudian mengekalkannya.

Syukur kepada Allah kerana Dila telah mengandung anak ke-3. Ketika mengandung pun Dila terus amalkan shake Herbalife untuk bekalkan tenaga dan kawal pemakanan beliau.


Akhirnya setelah melahirkan, Dila tak sabar-sabar nak berkongsi dengan Coach Aziera tentang penurunan berat badan ketara ketika berpantang dengan Herbalife.



Untuk pengetahuan, Dila hanya menggunakan shake Herbalife Formula 1 semasa berpantang. Coach pun dah ajarkan untuk Dila supaya ikut menu berpantang dengan Herbalife seperti berikut:-


  • Minum shake sebagai ganti sarapan sahaja.
  • Makan tengahari dan malam seperti biasa.
  • Ambil shake sebagai snek antara waktu makan sekiranya lapar disebabkan menyusui.
  • Minum air secukupnya at least 2L untuk keperluan menyusu badan.
  • Herbalife juga merupakan produk kuruskan badan yang sesuai untuk ibu menyusu


Nota : Ibu baru bersalin perlu pastikan betul-betul sembuh dan sihat sepenuhnya sebelum memulakan Program Menurunkan Berat Badan dengan Herbalife.

Apakah produk yang sesuai untuk ibu berpantang dengan Herbalife? 

Berikut ialah produk-produk Herbalife yang boleh digunakan oleh ibu yang sedang berpantang:-


Shake Formula 1, Formula 3 Herbalife dan teh Herbalife

Shake F1 sangat bagus untuk membekalkan nutrisi kepada iu selepas bersalin. Ini dapat membantu ibu rasa lebih segar dan bertenaga. Nutrisi juga membantu ibu sembuh secara sihat. Kalori dan kandungan gula yang rendah membantu ibu menurunkan berat badan dan lemak dalam badan ketika berpantang.

Formula 3 pula sebagai protein tambahan untuk membantu membina otot, dan menegangkan kembali tubuh badan ibu selepas mengandung. Tambahan protein ini dapat memberikan rasa kenyang lebih lama terutama ibu yang sering lapar kerana menyusukan,

Untuk teamix pula, terpulang kepada ibu sama ada nak mula terus atau kemudian. TEamix emngandungi sedikit natural caffein yang boleh mengganggu keselesaan bayi, jika ibu belum pernah ambil kafein sebelumnya. Tetapi teamix tiada kesan negatif untuk bayi. Teamix sangat bagus membantu mengembalikan tenaga ibu yang hilang, terutama jika terpaksa berjaga malam.


 Aloe Herbalife iaitu aloe Concentrate merupakan antara produk terpenting ketika berpantang. Aloe ini dapat memastikan ibu kekal hidrasi ketika tidak dapat minum air dalam kuantiti yang banyak. Aloe juga bagus membuang toksin dan kekotoran dalam usus serta memudahkan pembuangan.


Fiber Herbalife merupakan produk terbaru di Malaysia. Fiber membantu kita membuang toksin dalam badan. Fiber juga memudahkan pembuangan terutama ibu yang risau sakit ketika membuang. Selain itu, Fiber Herbalife membantu mengurangkan lemak badan.

Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai kuruskan badan dengan Herbalife 

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu yang akan melahirkan anak dan ingin kurus dengan Herbalife.

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Aziera Yazid telah berjaya turun berat sebanyak 18kg dan mengekalkannya selepas 8 tahun. Kini telah membantu ramai orang yang ingin turunkan berat badan dalam usaha mencapai berat badan dengan cara yang sihat, selamat, dan berkesan. Hubungi Coach Aziera Yazid sekarang untuk ketahui bagaimana beliau boleh membantu anda menurunkan berat badan dan mengekalkannya.

photo 
     


Wednesday, March 16, 2016

Kurus Dengan Herbalife: Kenapa Perlu Mula Sekarang?

Kenapa Perlu Pilih Untuk Kurus Dengan Herbalife?


Dalam tugas saya sebagai Coach Bebas Herbalife, saya selalu dihubungi oleh ramai orang yang ingin turunkan berat badan. Kebanyakan mereka ingin tahu apa produk herbalife untuk menurunkan berat badan. Mereka mempunyai keinginan untuk kurus dengan Herbalife tetapi tidak pasti untuk memulakannya.

Walau bagaimana pun, tidak semua yang menghubungi saya betul-betul serius untuk berubah. Ada yang sekadar bertanya dan kemudian masih bertangguh tidak mahu ambil tindakan. Tetapi ramai juga yang betul-betul serius ingin dapat hasil kurus dengan Herbalife. Mereka yang serius ini hampir semua akan mendapat hasil turun berat badan yang baik dengan bantuan saya sebagai Coach Turun Berat Badan mereka.

Mereka yang serius untuk melakukan tindakan dan mulakan usaha turun berat badan percaya bahawa Herbalife memang berkesan dan  saya boleh bantu mereka. Biasanya mereka telah mendengar banyak testimoni Herbalife dari orang lain, atau mereka sendiri pernah menggunakannya dan mendapat hasil satu masa dahulu. Dengan rasa percaya dan yakin ini, mereka terus membuat keputusan untuk memulakan program turun berat badan dengan Herbalife. Akhirnya dengan usaha dan kesabaran, mereka akan capai apa yang mereka inginkan.

Saya turun 18kg dengan produk Herbalife. Download ebook untuk ketahui bagaimana.

Ada juga yang jenis suka bertangguh dan sukar membuat keputusan. Mereka masih lagi ragu-ragu sama ada mereka boleh berjaya diet dengan Herbalife ini. Mereka juga tidak bersedia untuk mengeluarkan sedikit perbelanjaan untuk kebaikan diri mereka sendiri. Sedangkan, sebenarnya mereka boleh memilih pakej Herbalife yang sesuai mengikut kemampuan dan keperluan mereka.

Kadangkala terdapat beberapa orang yang sama yang asyik menghubungi saya beberapa waktu yang lalu bertanyakan soalan mengenai produk Herbalife. Biasanya sama ada berat mereka sudah berganda naik dari dahulu kerana tidak melakukan apa-apa tindakan, atau mereka cuba untuk mengikuti diet dgn produk lain dan mendapat kesan berat naik lebih dari sepatutnya.

Di sini terdapat 2 contoh mereka yang menghubungi bertanyakan untuk kurus dengan Herbalife, tetapi tidak teru mengambil tindakan:-

Prospek A naik 7kg kerana mencuba produk lain
Prospek A mengambil keputusan menggunakan produk lain untuk turunkan berat badan, walaupun telah mendapat maklumat yang diperlukan dari saya sebagai Coach Turun Berat badan. Akibatnya, dia naik berat sebanyak 7kg dan kini ingin mencari produk Herbalife semula. Bayangkan, jika dia terus mula menggunakan produk ini pada mula-mula menghubungi saya dulu. Mesti beratnya akan turunm dan tidak akan berada dalam keadaan sekarang.



Prospek B naik berat badan kerana tidak serius untuk mengubah tabiat pemakanan
Prospek B pula pada tahun lalu, bertanyakan mengenai produk herbalife ini untuk isterinya yang ingin menurunkan berat badan atas nasihat doktor, kerana ingin cuba untuk mengandung. Setahun telah berlalu, kini dia mencari Herbalife untuk dirinya sendiri juga. Ini bermakna isterinya masih belum berjaya turunkan berat badan, dan akibat tidak bersedia mengubah tabiat makan mereka berdua, dia sendiri juga naik berat badan dan perlu mencari penyelesaian yang berkesan untuk mereka.

Jadi, jika anda sedang mencari-cari produk Herbalife, atau jika anda sedang tercari-cari satu program turun berat badan yang berjaya, saya nasihatkan supaya anda tidak bertangguh lagi.

Jika anda ingin jadi lebih kurus atau lebih cantik, anda harus memulakannya sekarang juga! Jangan menangguh untuk mulakan satu usaha yang anda pasti akan berjaya! Apa yang paling penting ialah anda perlu percaya anda boleh melakukannya, dan percaya saya boleh jadi seorang coach yang dapat bantu anda sepenuhnya. Anda perlu percaya bahawa anda boleh kurus dengan Herbalife.

Jangan cuba mencari alasan lagi bagi menangguhkan usaha anda untuk berjaya. Saya sedia bantu anda dari segi bajet, keperluan produk dan pelan pemakanan yang sesuai untuk anda.

Hubungi saya sekarang di nombor 017-9360797.

Ingatlah, untuk sesuatu berubah, anda yang perlu berubah. Untuk mendapat berat badan ideal anda perlu menukar tabiat pemakanan anda, kerana kejayaan sesuatu program turun berat badan ialah melalui 80% pemakanan dan 20% fitness.

Jom mulakan usaha anda untuk kurus dengan Herbalife sekarang juga! Saya sentiasa menunggu komitmen dari anda.


Coach Aziera Yazid telah berjaya turun berat sebanyak 18kg dan mengekalkannya selepas 7 tahun. Kini telah membantu ramai orang yang ingin turunkan berat badan dalam usaha mencapai berat badan dengan cara yang sihat, selamat, dan berkesan. Hubungi Coach Aziera Yazid sekarang untuk ketahui bagaimana beliau boleh membantu anda menurunkan berat badan dan mengekalkannya.

photo 
     

Monday, December 28, 2015

Cara Sihat Untuk Kurus Sebelum Kahwin

Dapatkan Cara Sihat dan Berkesan untuk Kurus Sebelum Kahwin

Adakah anda sedang dalam perancangan untuk melangsungkan perkahwinan dan ingin kurus sebelum kahwin?

Sudah cuba pelbagai cara tetapi masih tidak berjaya untuk turunkan berat badan?

Jangan risau! Anda mungkin masih mempunyai banyak lagi masa sebelum berjaya kurus sebelum kahwin. Beri masa sekurang-kurangnya 3 bulan untuk kuruskan badan, bergantung kepada bentuk badan anda sekarang.


Saya nak kurus sebelum kahwin

Saya pernah mengalami pengalaman yang sama nak kurus sebelum kahwin. Selepas balik dari pengajian Ijazah saya dari US, berat badan saya sangat tinggi hingga mencecah lebih dari 90kg. Nak timbang pun tak sanggup masa tu.

Gambar saya sebelum berkahwin dan ketika belajar di US
Oleh kerana bakal suami saya, iaitu suami saya sekarang merupakan seorang yang sangat kurus, saya tidak mahu kami nampak janggal di atas pelamin. Tentulah nak kahwin nanti saya mahu nampak cantik, kurus, dan sepadan dengan pasangan saya. Oleh itu, saya betul-betul bertekad untuk kurus sebelum kahwin.

Sebenarnya saya sudah lama mencuba pelbagai cara untuk menurunkan berat badan seperti berdiet sendiri, bersenam dan lain-lain lagi tetapi tidak berjaya. Atas desakan perlu kurus sebelum kahwin, sayamengambil keputusan untuk mengambil pil diet atau ubat kuruskan badan. Tetapi saya agak risau jika ada kesan sampingan dari ubat tersebut, jadi saya dapatkan pil diet dari doktor di sebuah klinik. Dengan pantauan daripada doktor setiap 2 minggu, saya berjaya turunkan berat menjadi 72kg ketika itu.

Saya dapat kuruskan badan dengan pengambilan produk kuruskan badan pil diet kerana ia menahan rasa lapar dan nafsu untuk makan. Saya tidak makan tengahari, mengambil kalori sangat rendah, berjogging dan beraerobik hampir setiap hari. Walaupun agak khuatir dengan bahan kimia dan ubat yang terdapat dalam pil diet itu mungkin memberikan kesan tidak baik untuk kesihatan saya untuk jangka masa panjang, saya tidak ada pilihan lain dan tidak faham cara sihat untuk kurus sebelum kahwin. Tidaklah saya tahu pada ketika itu bahawa menahan lapar menyebabkan metabolisme badan saya menurun.

Berjaya turunkan berat badan untuk berkahwin
Tapi, tahukah anda apa yang berlaku selepas saya kahwin?

Sebaik sahaja selepas kahwin berat badan saya naik secara mendadak. Oleh kerana target asal hanyalah mahu kurus sebelum kahwin, selepas kahwin berat badan saya naik bagaikan dipam-pam. Sehinggalah selepas saya melahirkan anak, saya hampir putus asa dengan masalah berat badan saya. Ketika saya masih menyusukan anak kedua, saya faham saya tidak boleh ambil pil diet semula, walaupun bagi saya itu sahaja pilihan untuk saya nak kurus.Saya mula risaukan kesan jika saya kurus dengan pil diet terutama kerana saya masih menyusukan anak.

Saya dah cuba pelbagai cara diet sendiri, diet tanpa makan nasi, bersenam secara bersungguh-sungguh dan lain-lain lagi tapi saya tahu bahawa saya tidak akan berjaya untuk melakukannya. Berat turun sangat perlahan, saya hadapi masalah susah buang air, dan tenaga juga berkurang. Akhirnya saya jadi cepat marah ketika menguruskan rumah tangga kerana kepenatan dengan lemak berlebihan dalam badan, selalu tidur pada waktu luang di pejabat, dan saya putus asa dengan bentuk fizikal saya.

Akhirnya saya bertemu dengan produk Herbalife.

Saya bertemu dengan produk Herbalife secara online dari internet, dan seorang Coach Turun Berat Badan yang sangat prihatin membantu saya untuk mencapai hasil yang saya inginkan. Dengan diet yang disediakan oleh Herbalife, saya rasa sangat mudah untuk dilakukan. Yang best sekali, saya boleh terus ambil makanan kegemaran saya termasuk nasi, saya rasa lebih bertenaga dan lebih ceria. Apa yang penting kesan Herbalife adalah selamat untuk saya yang masih menyusukan anak. Akhirnya dengan bantuan Coach Bebas Herbalife saya, saya berjaya turunkan 18kg daripada berat asal 92kg kepada 74kg!

Ketahui bagaimana saya dapat turunkan 18kg berat badan walaupun sibuk.

Gambar saya memakai baju nikah selepas 5 tahun berjaya turunkan berat badan dengan Herbalife

Kebaikan Herbalife ialah pelan pemakanan untuk kuruskan badan adalah sangat mudah diikuti. Yang paling penting sekali, apabila berjaya turunkan berat badan, saya dapat terus mengekalkannya. Selain itu kesan sampingan Herbalife semuanya positif dan saya terus mengamalkan diet Herbalife berkesan ketika mengandung dan berpantang dengan Herbalife anak saya yang ketiga. Kini pada usia hampir mencecah 40 tahun, saya rasa lebih cergas, bertenaga dan rasa lebih muda!

Jadi, persoalannya sekarang, jika anda nak kurus sebelum kahwin, adakah anda akan memilih penyelesaian yang bersifat sementara atau berkekalan? Adakah anda ingin terus kekal kurus walaupun selepas berkahwin, dan melahirkan anak?

Hubungi saya jika anda ingin memilih Herbalife untuk mendapatkan kesan kurus ketika berkahwin dan terus mengekalkan penurunan berat badan untuk jangkamasa panjang. Lantik Coach Turun Berat Badan anda sekarang!

Biar saya hubungi anda dengan mengisi borang di bawah:-


Nama:
Email:
No Telefon


atau hantar SMS/ Whatsapp  ke nombor 017-9360797


This HTML form was created by Freedback.

Tuesday, December 15, 2015

Keburukan Herbalife Selepas Turun Berat Badan

Mereka Yang Telah Turun Berat Badan Mengalami Keburukan Herbalife Ini

Adakah produk Herbalife dapat membantu untuk menurunkan berat badan? Sudah semestinya!
Tetapi, adakah anda tahu bahawa majoriti mereka yang telah berjaya turun berat badan dengan Herbalife akhirnya mengetahui keburukan Herbalife.

Apakah Keburukan Herbalife Yang Mereka Alami Itu?

Ramai yang komplen bahawa mereka sudah tiada baju untuk dipakai lagi! Baju dan ada semuanya longgar.

Kemudian, apakah lagi keburukan Herbalife?


Mereka menyesal kerana telah memberikan baju saiz kecil iaitu baju-baju lama mereka kepada orang lain. Ada yang sampai minta semula baju mereka kalau masih ada pada adik beradik atau kenalan rapat. Ada juga orang yang diberikan baju itu pun sudah tidak muat memakainya lagi, dan memulangkan semula kepada tuannya. Seronoklah bila dapat kembali pakai baju lama, kan? Sudah terbalik rupanya.

Mereka yang telah turun berat badan dengan Herbalife tidak pernah menyangka sebelum ini bahawa mereka boleh kurus semula. Ada yang telah pelbagai cara, tetapi tidak berjaya. Ada yang tidak menyangka dengan bertukar kepada sarapan sihat nutrisi Herbalife, mereka mampu menurunkan berat badan, kembali kepada bentuk badan yang lebih cantik, dan rasa lebih cergas dan bertenaga.

Jadi, keburukan Herbalife yang paling nyata ialah, anda terpaksa mengeluarkan wang untuk membeli baju baru, jika baju lama sudah tiada lagi. Sungguh menyedihkan, bukan?

Saya sendiri mengalami pengalaman kesan Herbalife yang sama selepas berjaya turun 18kg berat badan. Terpaksa selongkar balik baju sewaktu kurus ketika berkahwin dulu. Saya cuba untuk menyimpan baju yang sudah longgar ke dalam kotak, dengan harapan ingin memakainya jika mengandung. Tetapi rupa-rupanya keburukan Herbalife yang saya alami ialah, baju itu tetap longgar dan besar untuk dipakai walaupun ketika saya mengandung cukup bulan!


Jadi, jangan salahkan produk kurus Herbalife jika anda terpaksa membeli pakaian baru untuk nampak lebih cantik dan bergaya. Bersyukurlah kerana anda mungkin dapati bahawa pencarian baju adalah lebih mudah sekarang kerana sudah banyak pilihan yang sesuai dengan saiz terbaru anda.

Jika anda sanggup menghadapi keburukan Herbalife ini, hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Coach Aziera Yazid telah berjaya turun berat sebanyak 18kg dan mengekalkannya selepas 7 tahun. Kini telah membantu ramai orang yang ingin turunkan berat badan dalam usaha mencapai berat badan dengan cara yang sihat, selamat, dan berkesan. Hubungi Coach Aziera Yazid sekarang untuk ketahui bagaimana beliau boleh membantu anda menurunkan berat badan dan mengekalkannya.

photo 
     

Tuesday, December 8, 2015

Kesan Herbalife: Berat Naik Selepas Berhenti?

Risau Mengenai Kesan Herbalife Selepas Berhenti Menggunakan Produk?

Kebelakangan ini, saya selalu menerima pertanyaan mengenai kesan Herbalife kepada pengguna yang berhenti daripada mengambil produk Herbalife.

Antara yang menjadi kerisauan pengguna ialah, berat mereka akan naik semula selepas berhenti daripada Program Turun Berat Badan Herbalife ini.

Sebelum atau selepas Herbalife?

Sebenarnya, berat badan akan naik semula jika kita tidak memahami fungsi sebenar produk Herbalife ini dan bagaimana ia dapat membantu kita dalam menurunkan berat badan. Anda boleh baca cara menurunkan berat badan dengan shake Herbalife di sini untuk lebih memahaminya.


Saya sendiri mempunyai begitu ramai klien yang berhenti daripada menggunakan produk ini selepas berjaya menurunkan berat badan. Selepas saya temui mereka lebih dari 1 tahun, saya dapati kebanyakannya masih lagi dapat mengekalkan berat badan dan lemak badan yang telah berjaya diturunkan. 

Walau bagaimana pun, anda boleh kekalkan kesan Herbalife turun berat badan hanya dengan syarat-syarat berikut:-

1. Makan di dalam jumlah kalori sebenar yang diperlukan oleh badan
2. Ikut segala tabiat pemakanan sihat dan seimbang seperti yang telah diajarkan oleh Coach Bebas Herbalife anda, walaupun sudah tidak mengambil apa-apa produk Herbalife
3. Terus mengamalkan aktiviti cara hidup sihat seperti bersenam secara kerap dan konsisten

Kesimpulannya, kesan Herbalife berat badan naik selepas berhenti minum bukanlah disebabkan produk Herbalife tetapi akibat pilihan gaya hidup anda sendiri. 

Pengurusan berat badan bukanlah hanya untuk mencapai berat tertentu tetapi merupakan usaha yang perlu dilakukan secara konsisten. Apa yang penting ialah anda mempunyai seorang Coach Turun Berat Badan dengan Herbalife yang berdedikasi membantu anda capai berat badan yang anda inginkan, dan seterusnya menasihati dan memberi panduan tentang cara hidup sihat sepenuhnya. Dengan mempunyai Coach yang berpengalaman dan berdedikasi, anda akan lebih memahami bagaimana produk Herbalife berfungsi dalam membantu menurunkan dan mengekalkan berat badan anda. Setelah mendapat bimbingan Coach Bebas Herbalife, anda tidak perlu risau lagi berat badan naik selepas berhenti menggunakan produk.

Berita baiknya ialah, Coach anda adalah kekal sampai bila-bila dan bersedia membantu anda sepenuhnya bila-bila masa anda bersedia.Oleh itu, jika anda ingin hasil yang terbaik dengan produk Herbalife, adalah penting untuk anda memilih Coach Turun Berat yang terbaik untuk diri anda.

Jadi, sebelum anda risau mengenai kesan Herbalife sekiranya anda berhenti menggunakan produk ini, apa kata anda hubungi Coach Aziera Yazid, atau mana-mana Coach Bebas Herbalife lain yang paling sesuai untuk anda sekarang, dan dapatkan nasihat dan panduan mengenai bagaimana produk Herbalife boleh bantu anda. 

Coach Aziera Yazid telah berjaya turun berat sebanyak 18kg dan mengekalkannya. Kini telah membantu ramai orang yang ingin turunkan berat badan dalam usaha mencapai berat badan dengan cara yang sihat, selamat, dan berkesan. Hubungi Coach Aziera Yazid sekarang untuk ketahui bagaimana beliau boleh membantu anda menurunkan berat badan dan mengekalkannya.

photo 
     


Tuesday, September 15, 2015

Pilihan Cara-Cara Untuk Kurus Dengan Cepat

Cara-Cara Untuk Kurus: Yang Mana Satu Pilihan Anda? 


Ramai orang di dunia sentiasa tercari-cari cara-cara untuk kurus kan badan. Ada yang memilih cara sihat, tetapi ada juga yang sanggup melakukan apa sahaja asalkan mereka boleh kuruskan badan.

Kebanyakan mereka selalu memikirkan mengenai penampilan luaran sahaja untuk menguruskan badan dengan kesan yang cepat. Sebab itulah pil-pil diet menjadi pilihan. Ada juga yang memilih untuk memakai korset untuk membentuk postur dan tubuh badan agar nampak kurus. Apa juga pilihan cara-cara untuk kurus, mereka perlu berusaha untuk dapatkan kesan yang diinginkan.

Sebenarnya semua ini akan memberikan kesan kurus kepada kita, tetapi adakah bersifat kekal atau sementara? Adakah pilihan kita itu dapat memberikan kesan berkekalan yang betul-betul selamat kepada kesihatan kita?


Kesihatan merupakan anugerah dari Allah yang paling berharga dan tidak dapat dijual beli dengan wang ringgit. Semua orang akan mengalami proses penuaan setiap hari dengan peningkatan usia. Tetapi, orang bagaimanakah yang anda ingin jadi di usia tua nanti? Adakah pilihan cara-cara untuk kurus anda hari ini akan menjamin hari tua anda yang sihat bertenaga dan kekal menarik?

Oleh itu, janganlah memilih cara kuruskan badan yang tidak dijamin keselamatannya. Pastikan pilihan anda tidak memberikan kesan sampingan yang negatif dan membahayakan. Apa guna kurus jika badan tidak sihat? Apa guna nampak lawa di luar sedangkan badan kita terpaksa menanggung kesakitan?

Jika anda memilih untuk mengambil pil diet atau ubat kurus, adakah anda pasti kandungan yang terdapat dalam pil kurus yang diambil betul-betul selamat dan diuji satu persatu untuk kesannya? Kebanyakan kandungan dalam pil diet dan ubat kurus mengandungi kesan kepada tekanan darah dan juga kadar degupan jantung. Pastikan anda mendapat nasihat dan pemantauan berkala daripada doktor jika ingin memilih pil diet sebagai cara-cara untuk kurus dengan cepat.

Jika anda memilih cara pemakaian produk secara luaran seperti krim sapuan, losyen panas ataupun sebarang pakaian yang membentuk badan, pastikan anda faham bagaima ia berfungsi kepada tubuh anda. Anda harus faham bahawa badan anda kurus secara sihat dengan pembakaran lemak dan kalori. Bukan setakat pengurangan air dalam badan, ataupun pengurangan otot akibat berlapar.

Cara-cara kuruskan badan yang sihat yang sebenar ialah melalui pemakanan dan gaya hidup kita. 80% ialah melalui pemakanan kita dan 20% lagi melalui senaman dan aktiviti yang kita lakukan, Jika kita mengambil produk untuk kuruskan badan tetapi masih tidak mengambil kira sama ada pengambilan nutrisi, vitamin dan mineral mencukupi untuk badan kita, hasilnya tidak akan berkekalan untuk kesihatan badan kita.

Oleh sebab itulah sebagai seorang yang sayangkan diri sendiri, kita perlu pilih pemakanan yang sihat dan sesuai bagi memastikan kesihatan kita dapat terpelihara untuk menjalani kehidupan akan datang.
Semua orang ingin kurus dan cantik dengan masa yang singkat. Tetapi adakah tindakan kita sekarang akan memastikan kita akan kekal sihat dan menarik pada masa akan datang?


Fikirkanlah dan ambil tindakan sekarang untuk memberikan pilihan yang terbaik sahaja untuk sel-sel badan anda. Hubungi saya sekarang untuk ketahui cara cara kurus badan yang selamat dan memberikan kesan yang berkekalan menggunakan shake pengganti makanan.


photo 
     


Tuesday, September 8, 2015

Cara Untuk Kuruskan Badan Dengan Sarapan Sihat

Cara Untuk Kuruskan Badan Dengan Mengambil Sarapan Sihat

Ramai orang menyangka tidak mengambil sarapan pagi adalah salah cara untuk kuruskan badan. Sedangkan sebenarnya sarapan pagi adalah waktu makan paling penting dalam hidup kita setiap hari. Tahukah anda bahawa dengan menukar sarapan pagi sahaja kita boleh turunkan berat badan secara sihat dan berkesan?

Cara untuk kuruskan badan yang sebenar ialah dengan mengambil sarapan yang sihat setiap hari.

Sarapan yang sihat adalah makanan yang boleh:-
  • Memberi anda tenaga sehingga masa makan berikut atau makanan ringan.
  • Memberi tenaga kepada badan dan minda.
  • Mengelakkan perubahan kandungan gula dalam darah dan mengurangkan keinginan untuk makan.
  • Membantu anda membuat pilihan makanan yang lebih baik sepanjang hari.

 Bagaimana cara untuk kuruskan badan bila bertukar kepada sarapan sihat?



Sumber : myherbalife.com
Ditulis oleh Susan Bowerman, MS, RD, CSSD, FAND. Susan Bowerman ialah Pengarah Latihan Nutrisi di Herbalife dan Pakar Pemakanan Berdaftar

Shake Herbalife merupakan satu contoh pengganti makanan berbentuk protein shake yang dapat membantu anda menurunkan berat badan. Shake ini bukan sahaja mempunyai nutrisi seimbang, malah sangat rendah kalori, rendah GI dan juga mengenyangkan hingga waktu makan tengahari. Selain daripada itu, kandungan gula yang rendah memberikan rasa segar dan bertenaga sepanjang hari. Ini dapat membantu kita jadi lebih cergas dan aktif, dan membantu turunkan berat badan dengan lebih baik.

Jika kita tidak mengambil sarapan pagi, badan akan jadi letih kerana kekurangan gula dan tiada sumber tenaga untuk digunakan. Ini juga mendorong kita makan secara berlebihan pada waktu-waktu makan berikutnya. 

Sekiranya kita mengambil sarapan pagi yang tinggi karbohidrat pula, kita akan rasa cepat letih dan lebih cepat lapar daripada biasa. Elakkan juga mengambil sarapan yang berminyak dan tinggi lemak.

Dengan mengambil sarapan sihat seperti di atas, minum air yang mencukupi, kawal pemakanan sepanjang hari dan melakukan aktiviti-aktiviti yang cergas dan aktif, anda akan dapat menurunkan berat badan dengan berkesan. Hubungi saya untuk mengetahui bagaimana cara untuk kuruskan badan dengan menukar sarapan pagi kepada shake Herbalife.

Aziera Yazid merupakan seorang Jurulatih Herbalife yang telah turun 18kg dengan produk Herbalife dan kini membantu ramai orang untuk menguruskan berat badan dan lebih cantik dan bertenaga dengan menukar sarapan pagi kepada nutrisi Herbalife. Anda mungkin salah seorang daripada mereka yang bertuah berjaya menurunkan berat badan dengan bantuan Jurulatih Aziera Yazid. Dapatkan analisa kesihatan anda sekarang untuk bermula!


photo 
     

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...