Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Thursday, September 30, 2010

Tips Menghadapi Potluck/OpenHouse


Sekarang ni semua orang sibuk buat 'Open House' kerana bulan Syawal akan habis beberapa hari saja lagi. Kadang-kadang kat ofis pun ada department yang buat Open House, jamuan potluck. Malam pun ada jemputan jugak, kadang-kadang sampai lebih dari satu. Weekend ni jangan cakaplah. Dengan kenduri kahwinnya lagi, kenduri kesyukuran dan lagi-lagi Open House.

Dengan makanan yang berlebihan, mestilah bilangan kalori yang kita ambil pun akan bertambah-tambah. Jadi, macamana agaknya cara untuk kita mengawal pengambilan makanan supaya bilangan kalori yang diambil tidak terlalu tinggi?

Di bawah ada beberapa tips yang aku dapat dari Internet, yang mungkin kita boleh amalkan supaya kita dapat maintain pengambilan makanan, kandungan kalori, dan berat badan.
  • Bijak merancang pemakanan anda untuk hari tersebut. Contohnya, sekiranya ada Open House di waktu malam, kurangkan pengambilan kalori pada waktu siangnya. Atau, sekiranya penuh jemputan waktu hari minggu, kawal pengambilan makanan semasa hari bekerja supaya anda dapat enjoy makanan pada hari minggunya.
  • Pastikan anda tidak pergi memenuhi jemputan dengan perasaan terlalu lapar. Ambil sedikit makanan ringan, atau snek ringan sebelum pergi makan. Contohnya kalau potluck di pejabat pukul 10pagi, make sure sebelum pergi kerja ambil sarapan sihat seperti shake Herbalife sekadar untuk menghilangkan rasa lapar dan memberi tenaga pada badan. Ini dapat mengelakkan kejadian 'overeat'.
  • Pastikan anda melihat semua makanan yang dihidangkan supaya dapat memilih jenis makanan terbaik atau yang betul-betul menjadi pilihan.
  • Beri peluang kepada diri anda untuk menikmati makanan kegemaran, atau dessert, tapi dengan portion yang kecil.
  • Nikmati sayur dan buah-buahan yang dihidangkan tetapi berhati-hati dengan mayonnaise, keju dan salad dressings.
  • Minuman seperti air manis, soda, air bergas, kopi, atau air panas bersusu mengandungi kalori. Setkan limit anda dan pilih minuman tanpa kalori.
  • Bersosial dengan orang sekeliling anda dapat mengalih perhatian daripada fokus kepada makanan. (Inilah sebabnya kalau kita buat Open House sendiri, kita akan kurang makan. Sebab sibuk melayan tetamu =).
  • Jangan menyesal. Tahniah! Sekiranya anda berjaya kekal dengan perancangan makanan anda. Akan tetapi sekiranya ada terlebih, jangan cemas dan risau. Ingatlah bahawa hari yang baru akan menjelma untuk anda kembali semula melaksanakan goal anda!

Sunday, September 19, 2010

Kembali ke pangkal jalan

Salam Syawal untuk semua.

Rasanya kebanyakan kita dah kembali ke rumah masing-masing untuk meneruskan kehidupan dengan kerja dan kembali menjalani hari-hari biasa selepas bercuti panjang sempena Hari Raya Aidilfitri yang lepas.

Macamana pulak agaknya dengan diri kita? Adakah jumlah berat yang hilang masa sebulan berpuasa dah datang balik selepas 2 minggu Raya? Hmmm...bahaya betulkan hari cuti ni?

Dengan ini saya menyeru diri sendiri dan kawan-kawan semula untuk balik ke pangkal jalan dengan mengawal balik pemakanan kita, supaya berat tidak terus naik. Pada yang selalu workout sebelum Ramadhan boleh start aktiviti workout semula.

Maybe hari ni merupakan hari yang paling baik untuk start buat food journal iaitu tulis balik apa yang kita makan setiap hari dalam buku nota. Sekurang-kurangnya dapat membantu kita untuk keep track berapa banyak kuih raya yang manis-manis tu kita dah kunyah hari ni!

Kepada yang masih gunakan Herbalife untuk turunkan berat badan, boleh mulakan kembali rutin pengambilan Shake 2 kali sehari. Pada yang baru rasa-rasa nak turunkan balik berat badan yang payah nak diturunkan tu, boleh cuba shake Herbalife untuk hasil yang efektif. Sekurang-kurangnya, kalau kita nak makan lebih sikit masa open house pada hari minggu nanti, tak adalah rasa bersalah sangat kan?

Sambil-sambil tu boleh ambil peluang untuk puasa 6 di bulan Syawal ni :D

Selamat bersahur!

Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H

Sempena di bulan Syawal yang mulia ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pengunjung blog ini yang berugama Islam.

Saya ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala kesilapan sekiranya ada sepanjang masa saya menulis di blog ini, sama ada secara sedar atau pun tidak. Harap halalkan juga apa yang terkurang dan terlebih sekiranya kita pernah berurusan berkaitan Herbalife, atau pun atas urusan-urusan lain.

Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat dan ceria sepanjang cuti perayaan ini. InsyaAllah, diharapkan juga kita selamat pulang ke destinasi maisng-masing semula untuk kembali bekerja dalam beberapa hari lagi.

Saya kini berada di Pengkalan Hulu, Perak untuk beraya di kampung saya. Saya bercuti sehingga 19 September ini. Agak lewat menulis ucapan Hari Raya ini atas sebab masa dan coverage yang kurang mengizinkan.InsyaAllah saya akan update semula dalam masa yag terdekat.Saya juga akan cuba menjawab email yang diterima seberapa cepat yang boleh.

Akhir sekali,Selamat Hari Raya! Maaf Zahir & Batin.

Wednesday, September 1, 2010

Krim Pembentukan Badan

Herbalife’s Body Contouring Crème has won “The Best Body Shaper Award” from Turkey’s ‘Women’s Health’ Magazine and was selected as “editors’ choice”.
quoted from HerbalifeHQ Facebook Page

Hmmm...rasanya nanti boleh cuba cream ni. Ada tak sesiapa yg pernah cuba? Boleh komen?

Untuk maklumat lanjut mengenai produk ni boleh klik di sini.

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...