Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Thursday, September 30, 2010

Tips Menghadapi Potluck/OpenHouse


Sekarang ni semua orang sibuk buat 'Open House' kerana bulan Syawal akan habis beberapa hari saja lagi. Kadang-kadang kat ofis pun ada department yang buat Open House, jamuan potluck. Malam pun ada jemputan jugak, kadang-kadang sampai lebih dari satu. Weekend ni jangan cakaplah. Dengan kenduri kahwinnya lagi, kenduri kesyukuran dan lagi-lagi Open House.

Dengan makanan yang berlebihan, mestilah bilangan kalori yang kita ambil pun akan bertambah-tambah. Jadi, macamana agaknya cara untuk kita mengawal pengambilan makanan supaya bilangan kalori yang diambil tidak terlalu tinggi?

Di bawah ada beberapa tips yang aku dapat dari Internet, yang mungkin kita boleh amalkan supaya kita dapat maintain pengambilan makanan, kandungan kalori, dan berat badan.
  • Bijak merancang pemakanan anda untuk hari tersebut. Contohnya, sekiranya ada Open House di waktu malam, kurangkan pengambilan kalori pada waktu siangnya. Atau, sekiranya penuh jemputan waktu hari minggu, kawal pengambilan makanan semasa hari bekerja supaya anda dapat enjoy makanan pada hari minggunya.
  • Pastikan anda tidak pergi memenuhi jemputan dengan perasaan terlalu lapar. Ambil sedikit makanan ringan, atau snek ringan sebelum pergi makan. Contohnya kalau potluck di pejabat pukul 10pagi, make sure sebelum pergi kerja ambil sarapan sihat seperti shake Herbalife sekadar untuk menghilangkan rasa lapar dan memberi tenaga pada badan. Ini dapat mengelakkan kejadian 'overeat'.
  • Pastikan anda melihat semua makanan yang dihidangkan supaya dapat memilih jenis makanan terbaik atau yang betul-betul menjadi pilihan.
  • Beri peluang kepada diri anda untuk menikmati makanan kegemaran, atau dessert, tapi dengan portion yang kecil.
  • Nikmati sayur dan buah-buahan yang dihidangkan tetapi berhati-hati dengan mayonnaise, keju dan salad dressings.
  • Minuman seperti air manis, soda, air bergas, kopi, atau air panas bersusu mengandungi kalori. Setkan limit anda dan pilih minuman tanpa kalori.
  • Bersosial dengan orang sekeliling anda dapat mengalih perhatian daripada fokus kepada makanan. (Inilah sebabnya kalau kita buat Open House sendiri, kita akan kurang makan. Sebab sibuk melayan tetamu =).
  • Jangan menyesal. Tahniah! Sekiranya anda berjaya kekal dengan perancangan makanan anda. Akan tetapi sekiranya ada terlebih, jangan cemas dan risau. Ingatlah bahawa hari yang baru akan menjelma untuk anda kembali semula melaksanakan goal anda!

1 comment:

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...