Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Saturday, July 22, 2017

Cara Minum Herbalife: Bolehkah Minum Shake Sebelum Tidur?

Ada Yang Nak Tahu Cara Minum Herbalife Sebelum Tidur?

Jika anda baru nak mula minum shake Herbalife, mungkin tertanya-tanya cara minum Herbalife yang betul.

Mula-mula sekali, pastikan anda dapat pelan pemakanan dan cara-cara minum daripada Coach Herbalife anda sebelum memulakan program kurus dengan Herbalife.

Jika anda tidak mempunyai Coach, anda boleh mendaftar dalam Program 21 hari Turun Berat Badan Online untuk dapatkan coaching sepenuhnya dari Coach Aziera Yazid.

Jika anda sudah mempunyai Coach tetapi tidak mendapat maklumat yang mencukupi, mungkin anda perlu minta secara terperinci dengan Coach anda. Selain itu, teruskan sahaja mengikuti topik-topik dalam blog ini kerana saya akan selalu update info-info berguna untuk anda.


Kali ini saya nak jelaskan mengenai salah satu panduan cara minum Herbalife yang sering saya dapat iaitu, bolehkah minum shake sebelum tidur?

Bagi yang ingin menurunkan berat badan, tentulah risau jika minum shake sebelum tidur berat badan naik. Sudah tentu lah kita tidak boleh ambil makanan berat sebelum tidur kerana akan menambahkan berat badan? Tetapi jika tiba-tiba rasa lapar di tengah malam, atau baru sahaja habis kelas senaman waktu malam, dan tak tahu nak makan apa, adakah shake Herbalife boleh membantu?

Jawapannya ialah, YA.

Shake Herbalife boleh diminum bila-bila masa sahaja, termasuklah sebaik sahaja sebelum tidur.

Untuk pengetahuan anda, bagi membekalkan nutrisi kepada badan dan bantu turunkan berat, kita perlu gantikan sarapan kita dengan sarapan sihat shake Herbalife Formula 1. Untuk lebih berkesan, kita campurkan protein tambahan Herbalife Formula 3 ke dalam shake tersebut.

Tetapi bagi memastikan kita turun dengan lebih banyak, dan turun cepat. Makan malam kita juga digantikan dengan shake Herbalife ini. Tidak kiralah pukul berapa yang kita nak minum shake tu, memang boleh,  tak ada masalah.

Yang pasti, kita sudah membahagikan waktu kita sebelumnya beberapa kali, seperti panduan yang telah diberikan oleh Coach Herbalife kita.


Apa jadi bila kita ambil makanan biasa di waktu  malam?


Pertama sekali jika pengambilan kalori kita untuk hari tu dah mencukupi, bila kita makan lagi, lebihan kalori ini akan jadi lemak yang menambahkan berat badan. Tapi, kalau kalori kita belum cukup dan kita masih makan waktu malam, kajian mendapati badan mudah simpan kalori ini sebagai lemak dan bukan dibakar untuk tenaga.

Badan kita memproses makanan secara berlainan bagi waktu yang berbeza. Ini kerana pemprosesan makanan bergantung kepada suhu badan, tindakbalas kimia, paras hormon, aktiviti fizikal dan penyerapan dan penghadaman makanan. Bila kita makan lewat makan, gula dalam darah lebih banyak meningkat, dan menyebabkan masalah kesihatan yang kronik.

Hubungi Coach Aziera untuk panduan pemakanan dan nutrisi bagi menurunkan berat badan dengan berkesan.

Kenapa shake Herbalife boleh diminum sebelum tidur?

Kerana shake ini sangat cepat dihadamkan ke dalam usus kita. Nutrisi dalam shake pula terus diserap ke dalam sel sebaik saja beberapa saat kita minum shake.

Kajian mendapati, minum shake protein yang rendah kalori seperti shake Herbalife sebelum tidur dapat membantu peningkatan otot, kawal selera makan waktu pagi apabila bangun tidur esoknya, naikkan metabolisme, dan juga pulihkan badan selepas melakukan senaman, serta banyak kebaikan yang lain.

Dalam satu kajian, 44 orang muda yang sihat yang minum shake protein sebaik sahaja sebelum tidur, menambahkan kekuatan dan jisim otot mereka dalam latihan intensif selama 3 bulan, berbanding mereka yang tidak minum shake sebelum tidur

Waktu tidurlah merupakan masa badan kita tidak bekerja. Pada waktu ini, badan akan menumpukan aktiviti kepada pemulihan, pembaharuan sel, memperbaiki fungsi imunisasi  serta mebaiki dan menghasilkan tisu otot yang luka atau tercedera.

Bagi mereka yang memang menghadapi masalah berat badan, kajian mendapati minum shake sebelum tidur, dapat mengawal selera apabila bangun tidur, dan mereka tidak rasa lapar di waktu pagi. Dengan bersenam 3-4 kali seminggu dapat membantu mengawal paras insulin dalam badan.

Kesimpulannya langkah menurunkan berat badan berkesan cara minum shake terbaik ialah dengan minum 1-2 jam selepas bangun dari tidur. Selain itu, minum shake di waktu malam bagi menggantikan makanan biasa selepas jam 7 malam, hingga ke sebelum tidur, juga membantu dari segi penurunan berat badan.



Coach Aziera Yazid telah berjaya turun berat sebanyak 18kg dan mengekalkannya selepas 7 tahun. Kini telah membantu ramai orang yang ingin turunkan berat badan dalam usaha mencapai berat badan dengan cara yang sihat, selamat, dan berkesan. Hubungi Coach Aziera Yazid sekarang untuk ketahui bagaimana beliau boleh membantu anda menurunkan berat badan dan mengekalkannya.

photo 
Aziera Yazid
p:017 - 9360797 | m:019 - 2208901 | e:aziera@azierayazid.com | w:http://bit.ly/azierayazid
     

4 comments:

  1. Minta tanya ..utk turun berat ..utk malam..kena minum shake dulu...lepas tu makan ke...atau ..makan dulu ..baru kena minum shake

    ReplyDelete
  2. Adakah minuman F1 ni akan meningkatkan kadar gula dalam darah?

    ReplyDelete
  3. Hi..Saya berminat..boleh wsap Saya..01110731402

    ReplyDelete

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...