Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Monday, December 29, 2014

Bolehkah Kurus Tanpa Senaman?

Kurus Tanpa Senaman Realiti Atau Fantasi?



Ada yang tanya saya, bolehkah kurus tanpa senaman? Jawapan saya, mungkin Ya, mungkin juga Tidak.

Ini kerana pengertian kurus adalah subjektif, sejauh mana anda rasa bentuk badan anda sudah kurus atau tidak. Bagaimana anda menilai tubuh badan seseorang yang anda lihat sama ada dia kurus ataupun tidak.

Adakah kurus maksud anda seperti seorang Supermodel? Atau cukuplah kurus dengan mendapat pinggang yang ramping dan bentuk badan yang menggiurkan.

Jika anda bertanya adakah anda boleh turunkan berat tanpa senaman? Jawapannya juga bergantung kepada berat asal anda yang sedia ada.

Semasa saya dengan berat 92 kg dan ingin menurunkan berat, saya hanya menukar cara pemakanan saya iaitu dengan mengambil produk Herbalife yang rendah kalori, dan saya berjaya turun 18kg tanpa melakukan senaman.

Klik untuk download ebook untuk ketahui bagaimana dapat turunkan berat badan walaupun sibuk 

Secara terus terangnya, pada permulaan itu saya ialah seorang yang mempunyai masalah obesiti. Dengan berat badan sebegitu, senaman merupakan satu aktivti yang membebankan untuk saya. Saya rasa malas dan kurang tenaga untuk melakukan senaman. Lebih-lebih lagi saya merupakan seorang yang sibuk, sentiasa memberikan alasan tiada masa untuk bersenam.

Jadi, pada peringkat permulaan saya berjumpa dengan produk herbalife ketika mencari penyelesaian untuk kurus tanpa senaman. Dengan usaha yang konsisten mengikuti menu yang diajarkan oleh Coach Herbalife saya, saya berjaya turunkan badan.

Tetapi apabila berat saya perlu diturunkan 10kg lagi untuk capai berat ideal, barulah saya sedar bahawa kurus tanpa senaman ialah sesuatu yang sukar. Setelah saya mencari maklumat, barulah saya faham bahawa untuk mencapai kesihatan yang terbaik dan berat ideal, 80% adalah dari cara pemakanan kita dan 20% lagi mestilah diikuti dengan senaman.

Walaupun sudah dapat turunkan berat yang banyak saya masih lagi rasa saya belum cukup kurus, kerana lemak badan saya masih belum dalam paras sihat lagi. Jadi, fokus saya sekarang ialah lebih kepada pengurangan lemak badan dan membentuk badan melalui senaman agar jadi lebih menarik, bukan sekadar melihat berat badan saya turun setiap kali saya timbang berat.

Klik di sini  untuk mendapatkan analisa kesihatan secara percuma bagi mengetahui bagaimana anda boleh turunkan berat badan dengan mengubah cara pemakanan anda

Jadi jika anda ingin kurus tanpa senaman, anda perlu tahu bahawa untuk mendapatkan bentuk badan lebih menarik dan jadi lebih kurus akan memerlukan usaha yang lebih lagi. Selain daripada mengawal kalori, anda perlu juga bersenam untuk membakar body fat atau lemak dalam badan.

Lebih hampir dengan berat badan ideal, lebih banyak usaha yang diperlukan. Adalah lebih berbaloi jika anda turun berat secara perlahan tetapi berkekalan.

Kadar penurunan berat badan adalah berbeza untuk setiap individu mengikut bentuk badan masing-masing. Jangan fokus kepada tahap penurunan orang lain, tetapi tumpukan kepada perbezaan baik yang berlaku kepada diri sendiri.

Klik untuk download ebook saya. Anda mungkin akan dapat beberapa tips berguna untuk bantu anda turun berat badan dengan cara lebih mudah dan praktikal.

photo 
     



No comments:

Post a Comment

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...