Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Tuesday, March 18, 2014

Produk Herbalife:TC Formula

Produk Herbalife untuk turun cepat - TC Formula

Nak turun cepat dengan produk Herbalife? Mungkin anda boleh cuba produk TC Formula



Walaupun produk TC Formula ini sudah dilancarkan di Malaysia lebih daripada satu tahun, saya tidak berpeluang menggunakannya pada tahun lepas,  kerana sedang mengandungkan anak ke-tiga pada masa pelancarannya di Bukit Jalil pada tahun 2013 yang lalu. Produk ini kurang sesuai untuk ibu mengandung kerana fungsinya khas untuk turunkan berat badan. Ibu mengandung mana boleh turunkan berat, kan?

Walaupun tidak menggunakannya sebelum ini, saya selalu belajar maklumat lanjut mengenai produk ini supaya saya dapat beri panduan yang tepat kepada pelanggan saya. Saya juga selalu mendapatkan feedback daripada pengguna-pengguna produk Herbalife TC Formula ini mengenai kesannya, apa yang mereka rasa ketika menggunakannya dan reaksi serta kesan tindakbalas yang dialami.

Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai produk Herbalife TC Formula dan lain-lain produk Herbalife

Saya mula mengambil TC Formula ini hanya selepas anak  saya berumur 8 bulan. Ini kerana saya masih menyusukan anak saya dengan susu badan secara sepenuhnya kerana kesan Herbalife untuk saya sebagai seorang ibu sangat banyak. Anda boleh baca di sini. Shaping dan turun berat badan adalah perkara kedua bagi saya. Saya sengaja melambatkan pengambilan TC Formula kerana saya kandungan caffein dalam TC Formula lebih tinggi daripada teamix herbalife. Saya cuma risau jika dia rasa kurang selesa bila saya mengambil produk herbalife ini. Alhamdulillah, sekarang saya memang mengambil produk ini setiap hari, setiap kali selepas makan, bersama dengan produk Omega Fish-Oil Herbalife, dan anak saya tidak menunjukkan rasa kurang selesa.

Yang seronoknya, berat saya turun lebih cepat, badan rasa lebih ringan dan juga senang nak mengawal nafsu untuk makan. Bagi saya yang menyusukan anak, memang rasa cepat lapar selalunya ada. Yang penting, saya selalu minum shake Herbalife sebagai snek antara waktu makan, dan saya pastikan saya minum air yang banyak ketika mengambil produk TC Formula ini. Anda boleh rujuk dengan Coach Herbalife untuk ketahui kuantiti air yang anda perlukan ketika menggunakan produk Herbalife.

Ketahui bagaimana saya turun 18kg dengan menggunakan produk Herbalife.

Secara kesimpulannya, setiap individu akan mengalami kesan yang berbeza selepas mengambil TC Formula ini. Sebenarnya, bukan semua orang yang boleh menggunakannya. Penggunaannya bergantung kepada tahap kesihatan masing-masing. Oleh itu, adalah penting bagi seseorang yang ingin menggunakan TC Formula ini supaya mendapatkan nasihat daripada Coach Herbalife masing-masing untuk mengetahui sama ada anda sesuai menggunakan produk Herbalife untuk turun cepat ini.

Kenapa produk Herbalife TC Formula ini mungkin sesuai atau mungkin tidak sesuai untuk anda?
Ini kerana produk ini agak 'panas' kerana dibuat daripada 3 jenis teh iaitu black tea, green tea dan oolong tea. TC Formula juga dibuat daripada halia, yang dikenalpasti sebagai bahan yang membantu mengawal selera makan dan mempercepatkan penurunan berat badan. Produk TC Formula memberikan efek 3 kali teh Herbalife iaitu teamix yang dibuat daripada teh hijau untuk diet. Oleh kerana itu, bagi seseorang yang baru ingin mencuba produk Herbalife, biasanya saya akan cadangkan supaya dia minum teamix herbalife dahulu untuk membantu mempercepatkan penurunan. Sekiranya dia sesuai dengan teamix ini dan ingin turunkan berat dengan lebih cepat, ataupun sukar mengawal selera makan, saya terus akan cadangkan produk Herbalife TC Formula ini.

Adakah anda boleh ambil produk TC Formula sahaja untuk turunkan berat badan, tanpa perlu minum shake?
Jawapannya, TIDAK. TC Formula bukanlah pil diet untuk turunkan berat. Herbalife juga bukan syarikat yang menjual pil diet semata-mata. Tetapi, Herbalife menggalakkan supaya kita menjalani kehidupan dan lifestyle yang sihat, iaitu dengan menjaga pemakanan dan juga melakukan aktiviti senaman yang sesuai. Untuk turun berat secara sihat, 80% adalah berpunca daripada pemilihan makanan kita, dan 20% lagi adalah melalui senaman. Jika anda ingin pilih untuk ambil TC Formula sahaja tanpa mengambil makanan penuh nutrisi seperti shake Herbalife, memilih makanan rendah kalori, dan juga melakukan senaman, sudah tentulah berat anda tetap tidak akan turun.

Kesimpulannya, dalam usaha menurunkan berat badan, pastikan anda memilih cara yang sihat, dan memberikan kesan jangka panjang yang positif. Jangan fokus kepada berat pada penimbang semata-mata.


Jika anda ingin turunkan berat badan dengan produk Herbalife, anda boleh masukkan Turun Cepat Formula ini nanti, dengan nasihat Coach Herbalife anda.

Hubungi saya sekarang untuk melantik saya sebagai Coach Herbalife. Email ke aziera[azierayazid.com] atau hubungi nombor saya 017-9360797(Maxis) atau 019-2208901 (Celcom)





No comments:

Post a Comment

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...