Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Monday, December 29, 2014

3 Kunci Kejayaan Turunkan Berat Badan

Susahnya nak turunkan berat badan...


Adakah anda tertanya-tanya kenapa berat anda susah nak turun berbanding orang lain?

Mungkin apabila anda rasa anda menjaga pemakanan dengan betul, melakukan senaman secara konsisten, minum air yang cukup tetapi berat anda masih turun secara perlahan. Apabila naik atas penimbang hanya dapat turunkan 1kg sahaja, atau tidak sampai 1kg pun pun dalam masa sebulan.

Ini antara masalah yang selalu dihadapi oleh mereka yang telah mengambil Program Menurunkan Berat Badan dengan Herbalife dan melantik saya sebagai Coach mereka. Pada peringkat permulaan mereka biasanya dapat turun dengan lebih banyak. Tetapi, seterusnya selepas beberapa ketika mereka dapat merasakan bahawa angka pada penimbang sangat perlahan untuk turun. Walaupun mereka mengalami perubahan dari segi bentuk badan dan ukurlilit badan semakin mengecil, mereka tetap tidak berpuas hati kerana berat lambat turun.

Ini sebenarnya adalah perkara biasa. Semakin berat badan kita menghampiri berat ideal semakin susah berat kita untuk untuk turun, berbanding dengan ketika kita baru mula-mula nak turunkan berat badan.

Antara faktornya ialah mereka  yang tinggi berat badan mempunyai kehidupan yang kurang aktif dan tabiat pemakanan yang lebih buruk daripada mereka yang lebih kurus. Jadi dengan hanya meninggalkan beberapa tabiat seperti minum air bergas yang mempunyai kalori yang tinggi, pengambilan kalori dapat dikurangkan dan berat turun lebih senang. 

Kebiasaanya bagi klien saya, pada peringkat awal mengikuti program turunkan berat, mereka dapat turun dengan angka yang banyak kerana dipengaruhi oleh faktor perubahan pemilihan makanan ini. Dengan mengurangkan pengambilan kalori melalui pemakanan rendah kalori seperti shake Herbalife, seseorang yang mempunyai berat badan lebih tinggi akan dapat turun berat badan dengan lebih cepat.

Mereka yang overweight juga cepat turun kerana mereka membakar lebih banyak kalori ketika melakukan kerja. Ini adalah disebabkan mereka membawa lebih banyak beban pada badan mereka akibat lemak yang berlebihan. Ini adalah hukum fizik berdasarkan faktor tenaga dan beban. Jadi walaupun tanpa senaman berat, hanya dengan menjadi sedikit aktif bergerak, mereka yang tinggi berat badan dapat membakar lebih kalori berbanding mereka yang lebih ringan.

3 kunci kejayaan untuk berjaya turunkan berat badan adalah komited, konsisten dan kesabaran yang tinggi. Anda perlu mempunyai ketiga-tiga perkara ini untuk berjaya dalam usaha turunkan berat badan. 

Pilih satu cara yang sihat, selamat dan praktikal untuk bantu anda turunkan berat dan menjadi lebih sihat dalam jangka masa panjang. Kemudian, sediakan perancangan dan komited untuk terus melaksankan perancangan itu secara konsisten. Dengan kesabaran yang tinggi dan keyakinan yang anda akan berjaya, tiada siapa yang dapat menghalang anda daripada mendapat berat badan yang anda inginkan.

Ingin tips untuk membantu anda turun berat dengan cara yang sihat dan selamat? Dapatkan 5 Tips Turun Berat Badan Secara Sihat



Lihat Testimoni Herbalife beberapa klien saya yang dapat turunkan berat badan. Anda boleh dapatkan analisa kesihatan secara percuma untuk ketahui bagaimana saya boleh membantu anda menurunkan berat badan dengan produk Herbalife

Anda sendiri pernah cuba turunkan berat badan tetapi tidak berjaya? Jangan lupa ceritakan pengalaman anda dalam ruangan komen di bawah.

photo 
     

No comments:

Post a Comment

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...