Monday, February 16, 2015

11 Tip Untuk Diet Di Musim Cuti

Ikuti 11 Tip Untuk Diet Agar Kekal Berat Badan Di Musim Cuti Panjang




Risau terlebih makan semasa di waktu cuti panjang? Takut berat badan naik akibat diet yang tidak teratur?

Baca 11 tip untuk diet berikut bagi membantu anda kekalkan berat anda sewaktu musim cuti panjang:-


Tip #1 Jangan hanya fokus kepada makanan

Hari cuti bukanlah berkisar kepada makanan semata-mata. Isikan hari cuti anda dengan aktiviti menarik dan santai tanpa terlalu fokus kepada makanan sahaja. Masa rehat anda tidak semestinya dihabiskan di meja makan atau menghadap makanan.


Tip#2 Beri ganjaran untuk diri anda


Terlebih makan waktu cuti adalah perkara normal. Anggaplah ia satu ganjaran utnuk diri anda yang sudah bertungkus lumus mengawal makanan anda pada hari biasa. Tapi awas, jangan jadikannya satu tabiat. Sehari seminggu 'cheat day' ialah normal tetapi jangan asyik terlebih makan kerana jika tidak, adalah sukar untuk anda kembali kepada tabiat pemakanan yang sihat dan seimbang seperti sebelumnya.

Ingin tips untuk membantu anda turun berat dengan cara yang sihat dan selamat? Dapatkan 5 Tips Turun Berat Badan Secara Sihat



Tip#3. Kekal aktif

Jika anda seorang yang aktif dan melakukan senaman, jangan jadikan waktu cuti sebagai cuti daripada bersenam. Teruskan dengan aktiviti yang biasa anda lakukan untuk membakar lemak dan kalori. Tetapi jikan anda seorang yang selalu sibuk dan tiada masa melakukan senaman di hari biasa, hari cuti ialah waktu yang paling sesuai untuk memulakannya. Tidak perlu lakukan senaman yang berat dan menyusahkan. Cukup sekadar berjalan dengan ahli keluarga selama 30 minit, atau aktiviti sukan menyeronokkan yang lain. Mana tahu, bila anda dah biasakan bergerak di waktu cuti dan rasa ia menyeronokkan dengan kesan yang baik untuk diri anda, ini akan mendorong anda supaya terus kekal aktif walaupun pada hari biasa yang lain.

Tip#4 Berhati-hati dengan lebihan makanan (leftover)

Kebiasaannya dalam sebuah keluarga, pada hari cuti akan memasak lebih banyak daripada kebiasaan. Ini akan menyebabkan banyak lebihan pada keesokan harinya. Berhati-hati agar anda tidak kerap makan lebihan makanan ini dengan alasan takut membazir. Ini akan menambah kalori dan boleh menambah berat jika kerap dilakukan. Jadi ikuti tip untuk diet ini jika ingin elakkan berat anda bertambah akibat makan makanan lebihan semalam.


Tip#5 Kurangkan makan di luar dan tak perlu habiskan apa yang di dalam pinggan

Kurangkan aktiviti makan luar waktu cuti kerana anda mungkin cenderung mengambil makanan yang tinggi kalori berbanding dengan masakan di rumah. Anda juga tidak perlu habiskan semua makanan di dalam pinggan. Berhenti sebelum terlalu kenyang, atau pilih portion makanan yang lebih sesuai untuk anda.


Tip#6. Jangan skip waktu makan

Pastikan anda makan pada waktu yang sepatutnya. Ambil sarapan yang sihat dan seimbang serta rendah gula bagi memberikan anda tenaga. Tip untuk diet ialah elakkan makanan tinggi gula atau tinggi karbohidrat kerana ini akan menyebabkan anda lebih bernafsu untuk ambil makanan manis sepanjang hari. Makanan tinggi gula juga akan menyebabkan anda rasa cepat lebih dan malas bergerak. Dapatkan sarapan pagi yang sihat dan seimbang seperti shake Herbalife yang boleh membantu anda mengawal berat badan.

Tip # Jangan ke jamuan dengan perut kosong atau terlalu lapar

Jika anda menerima jemputan untuk ke sebarang majlis sewaktu cuti, elakkan pergi dengan perut kosong. Pastikan anda ambil sarapan seimbang di waktu pagi. dan makan pada waktu yang sepatutnya. Lapik perut dengan makanan yang menyihatkan agar anda tidak rasa terlalu lapar apabila tiba ke jamuan tersebut. Rasa terlalu lapar akan mendorong anda makan secara berlebihan, atau memilih makanan yang kurang baik untuk hasil berat badan anda .

Tip #8 Minum air secukupnya

Mungkin anda banyak mengisi masa cuti dengan berjalan atau berada di luar rumah. Jangan jadikan ini alasan untuk anda kurang minum air. Kekal hidrasi dengan minum secukupnya. Jangan sampai anda rasa terlalu dahaga. Kurang minum air akan mendorong anda makan secara berlebihan kerana kita akan selalu tersalah sangka rasa dahaga dengan rasa lapar.

Tip #9 Kawal portion makanan
Jika anda banyak menghabiskan masa cuti balik kampung, atau melawat ahli keluarga. Mungkin juga anda akan menghadiri banyak rumah jika cuti panjang ini berkaitan dengan sesuatu perayaan. Awasi portion atau sukatan makanan yang anda ambil. Jangan makan berlebihan daripada yang sepatutnya anda makan. Jangan membazir. Anda tidak perlu rasa semua makanan yang dihidangkan di atas meja.


Tip #10 Atasi stress

Ya, hari cuti juga boleh menyebabkan stress jika anda kurang tidur. Mungkin kerana tetamu ramai si rumah, atau anda banyak berjalan hingga tidak sempat untuk tidur atau berehat.Berhati-hatilah supaya tidak ambil langkah mengurangkan stress terhadap makanan. Cari ruang untuk anda berehat dan rasa lebih tenang.


Tip# 11 Elak makanan kurang sihat di dalam rumah

Kadangkala hari cuti menyebabkan kita terpaksa stok makanan di dalam rumah kerana anak-anak yang sedang bercuti, ataupun ramai yang datang ke rumah. Pilih makanan sihat dan seimbang sahaja. Elakkan makanan kurang sihat seperti mee segera, air bergas, kerepek dan keropok tinggi lemak dan lain-lain lagi. Kurangkan juga makan makanan 'fast food' ketika hari cuti kerana kandungan kalori dan lemak yang tinggi.

Fahami 11 tip untuk diet yang diberikan di atas bagi mengawasi berat badan anda supaya tidak naik sewaktu cuti yang panjang. Ketahui juga 3 kunci kejayaan untuk turunkan berat badan dengan lebih berkesan semasa cuti ataupun selepas habis cuti waktu cuti.

Bagi anda yang ingin ketahui cara untuk turunkan berat badan, dapatkan analisa kesihatan bagi mengetahui bagaimana anda boleh memulakan langkah menurunkan berat badan anda sekarang.


photo 
    

No comments:

Post a Comment

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...