Monday, March 23, 2009

2nd pilates class

Mula-mula nak cerita pasal menu aku semalam yang bila aku fikirkan memang betul2 terharu rasanya. Selepas aku balik dari cuti, tak sangka pulak aku boleh maintain menu yg sebaik ini hehe.

Pagi, breakfast Shake Chocolate as usual. Tengahari pi lunch, makan mihun sup. Malam ambik lagi shake Chocolate. Itu saje yg aku makan semalam. In between minum teamix dan minum sangat banyak air. Bawak bekal 3L air ke ofis, siap beli lagi mineral water 1.5L dan aku habiskan separuh botol tu. Sekarang ni kena buat bajet untuk beli penapis air le pulak kat rumah. Senang angkut je botol air 5L tu ke ofis.

Petang semalam aku pergi lagi untuk 2nd class Pilates aku. Memang best dan penuh dengan motivasi. Aku rasa bagus jugak aku join kelas ni. Boleh kenal org2 baru dan berckp mengenai kesihatan. In a way, memang betul2 push untuk aku teruskan dengan diet aku sekarang ni.

Antara info yang aku dapat drpd kelas Pilates aku semalam, selain daripada keluar peluh yang melampau, dan belajar teknik-teknik betul untuk position Pilates dan breathing, trainer Pilates tu banyak juga sebut mengenai diet. Aku rasa info ni memang berguna especially untuk memilih makanan masa normal meal kita.

Menurut Madam Siti tu, dia ni Mexican tp dah converted and very fasih berbahasa Melayu, untuk diet kena elakkan 3 benda. First sekali santan. Any makanan bersantan memang kena say 'No,no,no ', :( Next, ialah processed food. Processed food ni ialah makanan yang diproses macam mi, mihun, roti, apa2 jenis makanan yg terpaksa melalui mesin sebelum dimakanlah. So sebenarnya nasi memang yang paling bagus sebagai sumber karbohidrat, berbanding mee atau pasta dll. Cuma, yg penting, janganle ambil banyak sangat.

Lagi satu, dia jugak stresskan untuk pilih makanan yg sesuai dengan jenis darah masing-masing. Macam darah aku jenis O, so kena elak makan telur, minum susu, ikan - kecuali ikan-ikan mahal macam tenggiri, tuna, salmon (huhu). Air kacang soya pun tak sesuai utk org jenis darah O.

Actually aku ada look up dalam internet berkaitan 'Blood Type Diet' ni. Ada banyak arguments pasal teori dari Dr D'Adamo ni, boleh tengok sini. Tapi aku suka apa yg Dr tu tulis:-
"You are what you eat"

Aku rasa ni betul. Tak kisahlah sama ada teori dia betul atau tidak. Yang pentingnya kita kena jaga dan keep track apa yang kita makan setiap hari untuk kesihatan badan kita.

Oh ya! Madam Siti tu galakkan untuk makan almond mentah sebanyak 7 biji sehari. Tak boleh lebih daripada 10 biji nanti jadi extra calories pulak. Sebab katanya almond atau badam boleh membantu untuk hilangkan lemak tidak baik dalam badan.

Lagi satu dia kata, elakkan makan kobis dan kobis bunga. Bila aku tanya kenapa, dia jawab sebab sayur ni akan mengganggu function thyroid dalam badan kita dan menyebabkan metabolisme kita susah nak naik. Nanti aku akan cari pasal ni dalam internet. Hari ni tak sempat lagi.

6 comments:

  1. akak...thanx a lot for this entry... very informative !

    p/s: ada baca kat blog cloudymonday pasal akak ada ckp kat komen box dia pasal download grey's anatomy tu.. hehe... nak pinjam bulehhh???

    ReplyDelete
  2. Anisz...

    Sharing is caring....hehe

    Nak pinjam tak boleh, sewa boleh hehehe. Main2 je..

    Bolej pinjam...mehle amik kat rumah.

    ReplyDelete
  3. alamak! kobis dan kobis bunga takleh...those 2 lah yg i bedal byk masa first week start dieting..kononnyer nak makan veggie jer..no wonder stevie wonderrr.....
    hmm..camnie i have to avoid those..thanks ziera for this valuable piece of information!!
    hopefully it's not too late for me..

    and by the way..about the perut thingy..kinda true too..

    ReplyDelete
  4. salam kak...

    saya tengah search pasal senaman pilates..tetiba jumpa link ke blog akak. sy nak tanya..kelas pilates yg akak join ni kat mana ye? brapa price dia?

    ReplyDelete
  5. Salam Haz,

    Kelas pilates ni di Kuantan, Bandar Indera Mahkota.

    ~Aziera~

    ReplyDelete
  6. salam kak kelas pilates ni ade lg ke ye

    ReplyDelete

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...