Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Monday, April 19, 2010

Telur putih sahaja?


Dalam menurunkan berat badan, pemilihan makanan yang betul adalah penting. Antara sumber protein yang baik ialah telur. Jadi, kebanyakan orang yang sedang berdiet akan memilih untuk mengambil putih telur sahaja.

Antara resepi menarik boleh anda makan dengan putih telur ialah: 4 biji telur(putih sahaja) dicampur dengan sedikit garam dan bawang putih. Pukul dan goreng seperti membuat omelet biasa. 4 biji telur putih ini hanya 68 kalori sahaja, bagus kan?

Untuk pengetahuan anda, putih telur dari sebiji telur hanya 17 kalori sahaja, tetapi kalori untuk sebiji telur penuh ialah 70 kalori. Dengan meninggalkan kuning telur, anda telah membuang kandungan lemak dan koletsrol, dan memilih protein baik sahaja.

Walau bagaimanapun, ada juga orang yg rasa agak rugi untuk mengambil putih telur sahaja tanpa kuning. Antara menu yang anda boleh buat ialah: 2 keping roti whole grain dibakar. 1 keping keju rendah/tanpa lemak dan sebiji telur = 200 kalori sahaja. Sedapnya cicah roti dengan telur kunign yang tak berapa masak ye, ada orang panggil telur goyang.

Kepada mereka yang tak boleh tinggalkan telur kuning maybe boleh pilih jenis yang tinggi kandungan Omega-3.

Kepada mereka yang ingin masukkan telur ke dalam menu makanan diet anda, anda boleh pilih untuk makan telur putih sahaja atau the whole egg. Telur putih sahaja sebenarnya tiada nilai nutrisi yang banyak, tetapi telur kuning yang mempunyai separuh daripada kandungan protein dan semua nutrien dalam telur.

Apa yang anda boleh buat ialah dengan membuat scramble egg dengan 2 biji telur + 2 putih telur sahaja. Ini mengekalkan kandungan nutrien yang anda perlukan, di samping mengurangkan kalori.

Pilihan menu di tangan anda. Apa yang pasti anda faham pembahagian nutrien antara putih telur dan kuning telur.Boleh baca di sini.

4 comments:

  1. like ur tips....baru sy tahu...lps ni leh la amalkan 2 putih telur utk buat roti telur....tq kak

    ReplyDelete
  2. Telur putih mmg sangat bagus. Ianya quite popular kepada para resistance trainers(bodybuilders) untuk source of protein sebab dia paling murah. Siap ada egg protein powder lagi tu :D

    ReplyDelete
  3. @Mia : Sekadar berkongsi info yg dapat. Letak kat sini, senang nak ingat ;)

    @Sarah: I adore your cardio workouts. I wish ada masa & tempat sesuai untuk running. My husband tak support sangat kalau nak running sorang-sorang. Kena buat workout dlm rumah ajelah.

    ReplyDelete
  4. memang agak wasting la kena keep the yolk..huhu..dh la yolk egg tu paling sedap..tp demi lemak yang degil n tepu akan ku korbankan yolk smntara waktu..hwaaaaa!!!

    ReplyDelete

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...