Wednesday, June 17, 2009

Bukan posting about Herbalife...tapi about blogging ethics

Semalam aku terjumpa sebuah blog mengenai Herbalife. Bila dibaca, agak mengejutkan kerana salah satu post kat situ diambil daripada blog aku ni.

Sebenarnya aku tak marah pun, cuma sedikit terkilan jelah. Sebab semua posting aku ialah hasil luahan perasaan sendiri, campur dengan searching from internet dan references daripada orang/ sumber-sumber lain. So bila ada orang copy bulat-bulat, memang sedikit mengejutkan , sebab bila baca, terus terfikir, eh.... macam kenal je tulisan ni? Kalau jadi kat orang lain pun, mesti tak best,kan?.

Walaupun blogger tersebut tulis diambil drpd blog lain, aku rasa amatlah wajar kalau diletakkan link daripada mana post tersebut di'copy'. Adalah lebih baik kalau sebelum kita ambil apa-apa dari blog orang lain, kita minta dulu izin tuan rumah. Kalau tuan rumah izinkan, kita copy, kalau tidak, kita boleh just buat link aje kepada blog tersebut. Sebab kadang2 memang penting untuk letak reference lain supaya apa yang kita tulis lebih meyakinkan.

Maybe ada orang fikir, aku sedikit cerewet, padahal apa yang aku tulis bukan best sangat pun. Tapi..entahlah. maybe aku dah terbiasa buat paperwork dan project paper, yang mana amat mementingkan reference list. APA style le...macam2. So, bagi aku memang penting untuk letak link balik semula kepada source asal kita.

Untuk sesiapa yang rasa ingin berkecimpung sepenuhnya dalam bidang blogging ni, aku rasa amat penting untuk tahu serba sedikit blog ethics iaitu seperti yang ditulis dalam Weblog Ethics by Rebecca Blood di http://www.rebeccablood.net/handbook/excerpts/weblog_ethics.html

Untuk summary ada dijelaskan di sini:-

Here is a great article on Weblog Ethics.

1. Publish as fact only that which you believe to be true.
2. If material exists online, link to it when you reference it.
3. Publicly correct any misinformation.
4. Write each entry as if it could not be changed; add to, but do not rewrite or delete, any entry.
5. Disclose any conflict of interest.
6. Note questionable and biased sources.

Source: http://www.problogger.net

Dengan kemudahan blogging disediakan untuk semua, aku rasa penting jugaklah kita ikut beberapa ethics di atas supaya tidak menyinggung mana-mana pihak, dan mahu blog kita kekal 'originality'nya dan bukan hasil ciplak daripada orang lain. Sama-sama lah kita ingat mengingati ye.

4 comments:

  1. Aziera, I understand how you felt. Recently I also found a blog that is copy and paste my personal story including my pictures. I sms that girl and gave her 2 choices, to remove or to put my link. I think she is selfish, cause she does not want to put the link, but rather take it down.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    I ni baru je join herbalife.. Thanks for ur info. byk input yg i dpt dan amat berguna utk i. Baru ler i tau yg air yg diperlukan dlm badan ialah plain water.. i dh salah.. I minum teamix tu sehari smpai 6 liter. plain water skit je. patut ler ari dlm badan i bertambah skit je. Thank you ye..

    ReplyDelete
  3. fiza pun kene jugak...tp my personal blog. lepas tu fiza tulis komen kt blog dia..dia diam aje.

    then fiza tulis kt blog, suruh dia remove kan..esoknye tu dia remove.

    yg plg xsedapnye, lately lak ada org email fiza bgtau dia regret tgk fiza komen kt blog dia. dia kata dia share blog tu dgn kwn dia..so dia ckp maybe kwn dia kot yg copy blog fiza.

    pastu org tu siap ckp, kalau btul kwn dia yg copy..mana dia, which entry yg dia copy..

    mula2 rasa mcm bengang, but now rse mcm menakutkan plak :(

    ReplyDelete
  4. Oh... ada orang dah alami pengalaman yang lebih teruk ye. Harap-harap tak akan berlaku pada saya pulak.

    So far this is first experience for me. And that person pun dah minta maaf dan kitorang pun dah ok.

    Saya rasa penting untuk kita ingat-mengingati antara satu sama lain.

    ReplyDelete

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...