Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Friday, December 25, 2009

Snek Sihat untuk menurunkan berat badan

Bagaimana memilih snek terbaik snek dalam pelan menurunkan berat badan?



Snek yang sihat sedikit sebanyak boleh membantu kita dalam menguruskan berat badan.

Setelah mengambil Herbalife shake untuk sarapan, kadang-kadang kita akan berasa lapar menunggu waktu makan tengahari. Dulu sewaktu memulakan program menurunkan berat badan dengan Herbalife, ketika semangat sungguh tinggi, shake waktu breakfast sudah cukup menngenyangkan sehingga lunch. Tapi sekarang ni masuk pukul 10-11 pagi je dah terasa lapar.

Selalunya aku akan ambil teamix waktu ni dan minum air dengan banyak. Tetapi sekiranya perlu, sebenarnya kita boleh ambil snek yang sihat untuk mengatasi rasa lapar ini. Daripada apa yang aku baca, rasa lapar ini adalah kerana paras metabolisme sudah tinggi dan perlu kita ambil snek untuk mengekalkan paras metabolisme ini.

Selain itu snek juga boleh membantu dalam mengawal makan kita supaya tidak mengambil makanan secara waktu berlebihan pada waktu makan yang seterusnya nanti. Yang paling penting snek yang perlu diambil mestilah seimbang, dan dalam kuantiti yang betul.

Selain daripada buah-buahan atau sayuran mentah untuk snek, kita juga boleh ambil shake sewaktu snek. Ini merupakan snek yang terbaik dalam mengawal berat badan dan metabolisme badan kita.

Ambil snek dalam kuantiti 100 jumlah kalori supaya berada dalam jumlah bilangan kalori harian yang dikawal. Makanan seperti lobak, angur dan plain popcorn berada dlm kategori 100 kalori.

Berikut merupakan kumpulan makanan yang boleh diambil sebagai snek :-

1. Buah-buahan dan sayur-sayuran - Ini merupakan snek tanpa lemak, dan bilangan kalori yang paling sedikit. Buah-buahan dan sayur-sayuran juga membekalkan vitamin, mineral, fiber dan lain-lain nutrien.

2. Bijiran penuh (Whole grains) - Snek jenis Whole-grain sangat tinggi fiber dan karbohidrat kompleks, yang dapat memberikan tenaga yang berpanjangan. Antara yang boleh diambil ialah biskut bijiran penuh rendah lemak.

3. Kekacang dan bijirin - Kekacang dan bijirin membekalkan protein, jadi dapat memberikan kita rasa kenyang yg lebih panjang. Walaupun ada antara kekacang yang tinggi lemak, tetapi lemak yg dibekalkan biasanya jenis lemak baik iaitu monounsaturated fat. Kekacang dan bijirin agak tinggi kalori jadi tidak boleh diambil dalam kuantiti yang banyak

Tips: Kekacang yang paling baik ialah almond mentah seperti yang dijual di Carrefour atau Giant, untuk rasa yang lebih sedap. Boleh dimakan tidak melebihi daripada 7 butir sehari.

4. Produk tenusu rendah lemak - Keju, yogurt dan lain-lain produk tenusu adalah bagus sebagai sumber kalsium dan protein, dan juga mempunyai pelbagai vitamin dan mineral. Tetapi produk tenusu adalah tinggi kandungan lemak, jadi pilih jenis rendah lemak. Ada yogurt yang mempunyai tinggi kandungan gula, jadi cari jenis rendah kalori atau versi 'light'.

Contoh:-

Sumber: MayoClinic

3 comments:

  1. Good info la kak..thank's...sue pun buntu gak kdg2..sneak per nak amik kalau lapo..hhee

    ReplyDelete
  2. Thank you for the the respond. Panduan untuk kita sama-sama, kan?

    ReplyDelete

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...