Ini gambar nikah kami. (Tolong hiraukan kualiti gambar kerana ini hanya scanned picture dari dalam album dan waktu kami kahwin 8 tahun yang lalu belum ada lagi digital camera atau album digital yang canggih manggih macam sekarang ni)
Ini pula gambar kami masa dinner syarikat kami bekerja (Ya, saya dan suami bekerja dalam satu syarikat yang sama (^^ )
Adakah anda perasan, baju dinner yang dipakai itu adalah sama dengan baju yang aku pakai masa nikah? Memang gembira betul sebab baju tu masih elok.
Oh ya, jangan ingat yang aku sentiasa kurus sebelum aku kahwin tau....
Ini pulak gambar kami berdua sebelum berkahwin, masa belajar sama-sama di US dulu. (Bukan senang tau nak tunjuk gambar ni kat public)
Nampak tak betapa gemuknya aku dan betapa kurusnya suamiku dulu?
Alhamdulillah. Suamiku yang tercinta menerima aku seadanya, masa susah & senang. Masa gemuk & kurus & gemuk balik & sekarang ni sudah kembail kurus semula.
Oh ya, lupa nak bagitau yg berat aku sekarang, sama dengan berat aku masa kahwin dulu. dan InsyaAllah, suatu masa nanti berat aku akan turun dengan lebih banyak lagi.
Lupa juga nak beritahu yang aku kurus masa kahwin disebabkan pil diet (dengan aturan dan nasihat doktor) dan juga intensive aerobics & joggings. Macamana aku naik lepas kahwin, that's a whole different story, yg mana aku akan cerita di masa dan tempat yang lain ha ha.
Sebelum aku lupa nak beritahu, semua orang cakap yang kami nampak jauh lebih baik sekarang, daripada masa kami muda-muda dan sebelum kahwin dulu. ^^
Harapan aku cuma satu, semoga kami kekal bahagia ke anak cucu :D
abg lan ngan kau dah sama size laa... waahhhh bagus betul!! can't wait to meet up with u
ReplyDeleteakak.. bkn ke anak cucu lah.. hingga akhir hayat.. amin ya rabbal alamin.. doakan utk zura jugak ye.. =)
ReplyDeletewowwww....
ReplyDeleteamiiin
ReplyDelete