Coach Herbalife

Wednesday, March 4, 2009

Comfort Zone?

Sudah 2 hari aku hanya ambil Shake sekali saja waktu breakfast. 2-3 hari ni memang makan banyak waktu siang sampai ke malam.

Macam semalam, tengahari dah lunch kat Vistana lepas pergi event TM kat sana. Bila makan kat hotel, faham-faham je lah..Camane nak control. Malamnya konon-konon plan nak amik shake.

Tapi baru teringat, hari Rabu, hari pasar malam. Tak tahan pulak dengan makanan-makanan yang dibeli untuk suami dan anak-anak. Walaupun tak beli untuk diri sendiri, kesudahannya aku jamah-jamah jugak makanan diorang.Dahle suami aku pulak pi beli durian 4 biji. Teringin nak makan, katanya. Hmmm...mana leh tahan bau je. Makan jugalah 2 ulas malam tadi.

Baru jumpa nutrition fact pasal durian:
Nutrition Facts
Serving Size : 1 cup
Amount Per Serving
Calories : 357
Calories from Fat: 117%
Total Fat: 13.0g(20%)
Cholesterol : 0mg
Total Carbohydrates : 65.8g (22%)
Dietary Fiber : 9.2g (37%)
Protein:3.6g
Vitamin A 2% • Vitamin C 80%
Calcium 1% • Iron 6%


So very high calories with high carbohydrates. Not a good fruitlah huhu

Sekarang ni aku rasa macam susah sangat nak tahan diri dari menjamah makanan. Kalau first 2 months memang no problem. Boleh kawal diri dengan tak ambil langsung makanan sedap-sedap depan mata. Tapi semenjak kebelakangan ni memang susah nak kawal.

Aku rasa betullah, lebih dekat dengan ideal weight, lebih susah nak turun, kecuali kalau follow betul-betul menu diet harian Herbalife tu. Aku dapat tau untuk turun 20-10kg dari ideal weight, memang agak cepat dan mudah. Tapi nak turunkan lagi 10kg lagi, memang agak susah.


Lagipun, banyak lagi faktor-faktor lain yang boleh mengganggu perubahan dalam diri kita dan selera makan kita. Mungkin menstrual cycle untuk perempuan, stress, atau pengaruh sekeliling. Yang penting ialah cara kita mengawalnya.

Lagipun mungkin aku terleka sekejap dgn pujian-pujian yang diberikan oleh orang sekeliling, sampai tak sedar usaha diet aku masih panjang lagi. Kena cepat-cepat insaf dan keluar dari 'comfort zone' ni.

Hmmm...maybe nak post dlm ruangan motivasi forum kot hehehe supaya dapat lebih memotivasikan diri sendiri.

4 comments:

  1. salam...
    pasar malam ari rabu yek...
    mesti kat cenderawasih...hehehe...
    actually, umah mak ayah ainna kat indera mahkota 2.blakang skolah pendidikan khas...tapi dah 2 tahun menetap kat seri manjung, perak...

    dah tahan godaan yek....
    hehehehe...itu perkara biasa...
    ainna harap kak aziera banyak2 bawak mengucap time tengok makanan yang best2 tuh..hehehehhe
    chowwww!!!

    ReplyDelete
  2. ziera,
    Macam aku lah ni..tinggal lg 4 kilo nak sampai target weight yg aku idam-idamkan. Tp liatnya jarum penimbang tu nak bergerak walaupun satu kilo. Skrg ni kalau turun 1kg sebulan pun aku dah bersyukur sesangat. Cemana ni

    ReplyDelete
  3. aziera, been following your blog since your first post. Setuju sangat yang susah nak menahan dugaan bila you dah dekat ur ideal weight. I started with 14 kg a month ago and ada lagi 10kg to loose. Glad I'm not alone facing this problem especially when your work requires staying/courses at hotels... nak slim bukan senang, no pain no gain...

    ReplyDelete
  4. salam. baru tau isi kandungan durian lepas baca post ni. i thot byk colesterol tapi rupe2nya takde! tapi lemaknye and carbonye pon byk jugak ek!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...