Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Sunday, January 17, 2010

Chewing gum untuk menurunkan berat badan


Dalam 'The Biggest Loser' selalu ditunjukkan supaya peserta menggunakan chewing gum jenis Wrigley's Sugar Free untuk mengawal berat badan. Tertarik dengan kaedah ini, aku cuba cari sama ada betul atau tidak, atau sekadar promo untuk iklan Wrigley di rancangan itu.

Tapi memang tak disangka bahawa chewing gum, atau mengunyah gula-gula getah, memang mampu membantu menurunkan berat badan. Bagaimana? Dengan membantu dalam mengurangkan rasa hendak mengunyah. Jadi jika anda baru saje lepas makan nasi tiba-tiba rasa pulak nak mengunyah makanan lain, bolehlah ambil chewing gum dan kunyah. Jenama Wrigley boleh, Dentyne pun boleh, atau sebarang jenama pun boleh.

Kalau dapat cari yang sugar free lebih bagus kerana kandungan kalori lebih kurang 5 sahaja setiap keping. Kalau tak dapat yang sugar free, yang biasa pun hanya 10 kalori. Lagipun perbuatan mengunyah chewing gum tu pun berkemungkinan membantu menghilangkan sedikit kalori.

"chewing sugar-free gum at 100 chews per minute will raise the metabolic rate by approximately 20%, and someone chewing gum all-day can burn off an equivalent of 11 pounds of a year."


Selain daripada tu, ada beberapa lagi kebaikan chewing gum ini. Antaranya:-
  • Menurunkan jumlah kalori harian - dengan mengurangkan perasaan ingin makan makanan yang manis. Daripada mengambil snack yang tinggi kalori lebih baik ambil sekeping chewing gum.
  • Menurunkan selera makan - menghilangkan rasa hendak makan selepas setiap waktu makan dengan mengunyah chewing gum
  • Membaiki mood - memeberikan rasa selesa, tenang.
  • Menghilangkan anxiety dan stress - selain drpd meningkatkan fokus, gum juga membantu menghilangkan stress. Aksi mengunyah membantu menghilangkan nervous energy.

Ada kajian yang cuba mengkaji kaitan chewing gum dan penurunan berat badam tetapi sebenarnya chweing gum tidak menghilangkan selera badan. Cuma chewing gum adalah lebih baik drpd sebungkus 'Twisties' atau snek ringan yang lain kalau anda ingin turunkan berat badan.



So ada tak keburukan mengunyah chewing gum ni? Menurut kajian, kalau kita kunyah tak berhenti kemungkinan perut dan mulut akan jadi penat dan tidak cukup rehat. Perlu juga risau tentang stomach burns, ulser dan kemungkinan beberapa jenis kanser yang perlu kajian lebih terperinci. Buat masa ini chewing gum merupakan suatu penemuan menarik dalam menurunkan berat badan. Cubalah untuk diri anda, mana tau berkesan?



Sources

3 comments:

  1. Bagus la kak..sue pun baru tau..ingat bagus untuk senaman muka ja..kih..kih..

    ReplyDelete
  2. Thanks Mia and Sue for dropping by! Sama-sama kita belajar ilmu baru ;)

    ReplyDelete

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...