Coach Herbalife

Saturday, March 20, 2010

Makanan Sihat #2: Brokoli

Brokoli merupakan sejenis sayuran berdaun hijau, dan salah satu jenis 'superfood'. Single servings brokoli mempunyai pelbagai khasiat yang mungkintidak dapat anda bayangkan.

Selain daripada berkalori rendah, brokoli mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi, lebih tinggi daripada kandungan Vitamin C dalam buah oren. Selain itu, kandungan Vitamin A juga adalah tinggi. Vitamin A dan C merupakan antioksida yang dapat melambatkan penuaan tubuh badan kita.

Brokoli juga merupakan sumber kalsium yang baik, dan mengandungi kandungan mineral lebih daripada susu. Kandungan folic acid dalam brokoli membantu membina tisu dan merupakan suplemen yang diberikan kepada wanita ketika mengandung.

Potassium dalam brokoli membantu mengawal tekanan darah. Pengambilan brokoli juga dapat membantu dalam mengawal kadar gulan dan insulin dalam badan.

Brokoli mempunyai kandungan fiber yang tinggi dan juga mempunyai ciri-ciri yang dapat mengelakkan penyakit kanser.

Brokoli paling berkhasiat dimakan secara mentah, atau dicampur dengan salad. Brokoli juga selalu dimasukkan dalam hidangan 'stir fry' Selain itu terdapat juga menu brokoli dengan butter dan lain-lain lagi.

Memasak brokoli dengan merebus dalam air dapat mengurangkan sedikit daripada jumlah kandungan nutrien. Stim merupakan kaedah yang lebih baik untuk memasak brokoli, manakala memasak brokoli dalam microwave juga lebih baik.

Jadi, pastikan brokoli sentiasa berada dalam peti sejuk anda sebagai menu untuk diet dan menjaga kesihatan ahli keluarga anda. Silalah komen dengan menceritakan bagaimana anda selalu memasak, atau menyediakan brokoli dalam hidangan anda.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...