Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Thursday, April 22, 2010

Menurunkan berat badan

Kalau anda seperti saya yang sukakan 'blog walking' iaitu membaca blog orang lain yang bagus untuk motivasi dan info, maka anda tentu akan menemui macam-macam jenis maklumat dan pengalaman orang lain, terutama dalam menurunkan berat badan, sekiranya itu yang menjadi fokus anda sekarang.

Kalau anda perasan, kebanyakan blog pengguna Herbalife, yang telah menggunakan Herbalife lebih daripada setahun, kebanyakan mereka sudah mula memasukkan aktiviti senaman atau workout dalam jadual harian mereka. Ini membuatkan anda tertanya-tanya, kalau ambil Herbalife ni kena bersenam ke baru dpt turun kan berat badan? Well, itulah yang selalu orang email dan tanya kepada saya ketika baru nak memulakan diet dengan Herbalife.

Jadi, oleh kerana saya pun salah seorang pengguna Herbalife yang telah menggunakan produk ini leih daripada setahun, nak masuk setahun setengah pun, maka biar saya terangkan dulu kenapa kita perlu masukkan senaman dalam jadual kehidupan kita.

Saya, macam orang lain juga dulu, memang tak suka bersenam. Kalau buat pun sekejap je lepas tu demotivated dan stop. Walaupun dulu saya selalu baca dan diberitahu, untuk turunkan berat kena bersenam dan diet. Itu sahaja formula yang ada. Tapi saya tidak pernah sedar kenapa 2 faktor itu saling berkait. Oleh itu kadang-kadang saya cuba jaga makan dalam seminggu dua. Lepas tu kadang-kadang saya join aktiviti aerobik, atau pergi jalan-jalan kat taman untuk keluar penuh. Tapi tu semua tak konsisten. Akhirnya saya jadi putus asa dan terus bahagia dengan berat badan saya macam tu.

Tapi selepas saya menggunakan produk Herbalife ni, saya mula dapat turun dengan banyak. Saya ikut betul-betul menu yang diberikan oleh coach saya, Stella dan tanpa senaman saya berjaya turunkan berat badan sebanyak lebih daripada 15kg. Kata-kata semangat dan panduan daripada coach memang penting supaya motivasi kita sentiasa tinggi dalam mendisiplinkan diri. Oh ya, saya dan coach hanya berhubung secara online sahaja. Tapi itu sudah memadai buat saya. Sebab saya tahu dia akan sentiasa ada pada masa saya perlukan dia.

Okay, ini cerita saya tahun lepas bila berjaya turun daripada 92kg hingga 74kg! Menarik kan? Tapi kenapa sekarang saya sudah mula bersenam, dan bagaimana saya semakin menyukainya? Tunggu post akan datang ye ;)

p/s: Saya masih menggunakan Herbalife sebagai satu cara mengawal berat badan saya. Dapatkan maklumat berkaitan mengawal berat badan dengan menghantar email kepada saya.

No comments:

Post a Comment

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...