Coach Herbalife

Friday, October 2, 2009

Testimoni Raya

Dah lama sebenarnya aku nak postkan gambar kawanku yang seorang ni. Dia pun memang suka sangat bila cerita pasal weight loss dia. Kalau perasan, dia memang rajin bagi komen dan banyak membantu aku dalam hal-hal berkaitan blog especially untuk blog ni le. Almaklumle, dia kan sifu dalam bidang ni.

Kalau nak kenal, nama nya Imran Abdul Jabar. Dia ni pengasas website sifoo.com tu. Dia pun ada blog sendiri, cuma tak pasti samada masih aktif ataupun tidak.

Aku sebenarnya betul-betul salute dengan dia, sebab dia memang dah lama berminat untuk menurunkan berat badan berat badan secara sihat. Bukan senang nak cari orang lelaki yang berminat dengan kesihatan. Katanya, dulu dia sanggup berulang alik ke Carrefour semata-mata nak beli salad untuk turunkan berat. Dah puaslah dia mencuba macam-macam menu untuk kawal berat badan dia sehinggalah aku kenalkan dia dengan Herbalife. Alhamdulillah, disebabkan kesungguhan dia untuk mencuba, sekarang ni dia dah berjaya menurunkan berat dengan banyak.

Terbaru aku diberitahu sebelum Raya tu, berat dia dah turun kepada 95kg. Sebelum ni, berat dia pernah mencecah kepada 115kg. Bayangkan boleh turun dalam 20kg tu! Dulu saiz jeans yang dia pakai 42, sekarang ni saiz 36 pun dah boleh masuk.

Ha...teruja kan dengan perubahan dia? Aku lagile excited untuk dia. Dia pun cerita yang tahun ni syok betul shopping untuk raya sebab boleh cuba banyak baju, dan saiznya ada di kedai. Kalau dulu semuanya kena custom made je.

Buat masa ni dia dah stop dgn HL sekejap tapi masih teruskan dengan kawal pemakanan dan excersize. Harapan dia ialah untuk cecah 80kg, walaupun masa aku kenal dia dulu lepas sekolah, dia memang sgt kurus iaitu dlm 70kg je beratnya. InsyaAllah, aku harap dia berjaya.

Okay, ni gambar raya dia tahun lepas bersama isteri dan anak-anak.



Dan ini gambar raya Imran, Ajie dan anak-anak pada Raya tahun ni. Ketara perbezaannnya kan?


Kalau nak tengok gambar dia yang lain-lain kena add facebook dia ye.

Keputusan adalah tidak tipikal. Hasil adalah berbeza mengikut individu
Special note to Imran: Thanks a lot sebab sudi kongsi testimoni untuk blog aku, and thanks a lot for all your help. All the best!

3 comments:

  1. wuhuu...ada citer pasal aku lah!

    thanks zira..;)

    ReplyDelete
  2. I do admire Imran for this determination and success in losing weight. He should be the role model for any men that wanted to manage their weight.

    ReplyDelete
  3. Thanks Stella for the support and coaching. :)

    I need to lose 10 more kgs (at least).

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...