Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Thursday, June 24, 2010

Jadikan tabiat kerap makan sesuatu yang menyihatkan



Sekiranya anda seorang ibu, menghabiskan masa di rumah dengan anak-anak seharian, kebanyakannya akan lebih kerap makan sepanjang hari. Kita akan lebih terjerumus sebagai orang yang kerap makan, bukan makanan yang berat tetapi lebih kepada mengambil makanan ringan, atau dipanggil snacking.

Snacking tidak semestinya tidak bagus untuk kita- sekiranya makanan yang diambil adalah sesuai, dan sekiranya anda seorang yang kerap lapar, boleh bertukar menjadi suatu tabiat yang menyihatkan.

Biasanya seseorang akan mudah lapar setiap 3-4 jam. Perbuatan mengambil makanan berkuantiti sedikit tetapi pada masa yang kerap, boleh mengelakkan kita daripada mengambil terlalu banyak makanan pada waktu makan tengahari atau makan malam. Makanan ringan sepatutnya mengandungi karbohidrat sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, biskut / makanan jenis whole grain, serta protein sihat seperti kekacang, produk soya, atau produk tenusu rendah lemak.

Kebiasaannya masa antara makan tengahari dan makan malam merupakan waktu paling sukar. Kebanyakan orang akan cuba untuk 'tahan lapar', dan menyebabkan pengambilan makananan berlebihan sewaktu makan malam. Daripada mengambil snek, kita boleh ambil 'makan tengahari kedua', sesuatu yang lebih mengenyangkan tetapi berkhasiat seperti shake, keju dengan buah-buahan, atau makanan rendah kalori yang lain. Kemudian, waktu makan malam, kita boleh kurangkan sedikit pengambilan makanan.

Sekiranya anda kerap lapar selepas waktu makan malam pula, cubalah berus gigi anda selepas makan. Itu merupakan isyarat yang bagus kepada badan anda untuk berhenti makan untuk hari itu.

Sumber daripada Susan Bowerman, MS, RD, CSSD, salah seorang konsultant Herbalife.

Thursday, June 10, 2010

Losing it With Jillian


I wonder, bilalah agaknya rancangan ni akan sampai kat Malaysia. Of course, mesti channel Hallmark 702 kot.

Bila baca preview di CalorieCount.com, agak menarik jugak cerita ni. Lagipun bila baca status Ms Jillian Micheals dalam facebook, banyak projek dia dalam rancangan ni.

'Losing It With Jillian' merupakan sebuah rancangan di mana Jillian akan melawat sesebuah keluarga dan tinggal bersama mereka selama seminggu untuk mengubah gaya hidup dan pemakanan mereka, completely. Antara siri yang dah ditayangkan di US ialah di mana Jillian duduk dengan keluarga yang mempunyai ibu dengan Diabetes Level 2 dan ayah yang dah meninggal 6 tahun lalu.

Walaupun latihan yang diberikan memang sangat ketat, berpadanan betullah denga label Jillian sebagai “America’s Toughest Trainer,” result yang ditunjukkan dalam siri terawal memang menarik.

Untuk setiap keluarga Jillian telah menekankan pada mereka yang setiap orang berhak dan boleh hidup dalam cara hidup sihat. Selain daripada senaman dalam gym, dia juga memperkenalkan pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan untuk semua ahli keluarga bergembira sambil mengeluarkan peluh. Jillian juga mengajar bagaimana cara untuk memilih barang makanan di supermarket ketika membeli groceries, supaya keluarga dapat menikmati hidangan yang menyihatkan dan sedap.

Walaupun rancangan ini belum sampai di Malaysia, dan kita belum berpeluang menontonnya, terdapat beberapa cara yang dicadangkan oleh website tersebut yang kita boleh mulakan dari sekarang, bagi mengamalkan cara hidup sihat dalam keluarga kita. Antaranya:-
  • Mengadap makanan secara bersama-sama dengan ahli keluarga yang lain. Ini dapat meningkatkan pengambilan makanan sihat, dan mengelakkan corak pemakanan tidak teratur terutama di kalangan remaja.
  • Mengambil lebih masa untuk aktiviti keluarga - aktiviti seperti bersiar bersama-sama dapat membakar kalori di samping mengeratkan perhubungan kekeluargaan.
  • Menyiapkan ruang makan di rumah supaya lebih sihat- dengan dekorasi seperti buah-buahan, dan mengisi peti sejuk dengan makanan jenis sihat sahaja.
  • Merancang 'hadiah kecil' untuk keluarga - seperti membeli hidangan bukan dalam kategori sihat tetapi dalam amaun yg sikit dan disorokkan. Hanya dikeluarkan sebagai suprise untuk dinikmati bersama-sama.
  • Membuat perancangan dan perlaksanaan bersama-sama secaa sedikit demi sedikit supaya perubahan dapat dilaksanakan dengan lebih realistik.
Jadi, sama-samalah kita tunggu rancangan ini di Malaysia ye, terutama untuk peminat rancangan The Biggest Loser. Sambil-sambil tu cuba bayangkan macamana agaknya kalau Jillian datang ke rumah kita. Apa agaknya perkara yang boleh kita ubah untuk ahli keluarga kita sendiri? hmmm......

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...