Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Showing posts with label Panduan Herbalife. Show all posts
Showing posts with label Panduan Herbalife. Show all posts

Thursday, October 15, 2015

Kenapa pilih produk Herbalife?

Kenapa pilih produk Herbalife untuk turunkan berat badan?

Pagi tadi, saya menerima soalan daripada seseorang yang baru dikenali, semasa berada di Rumah Sarapan Sihat Kuantan, tempat saya menyebarkan maklumat mengenai nutrisi setiap hari.

Dia bertanya, antara banyak produk yang berada di Malaysia dan di dunia, kenapa saya memilih produk Herbalife?

Sebab utama mengapa saya pilih produk Herbalife ialah kerana produk ini sudah berada lebih dari 90 buah negara dan lebih dari 34 tahun di pasaran. Produk Herbalife juga dirumuskan oleh pakar saintis terkemuka di Amerika Syarikat dan juga dengan kepakaran dan nasihat dari pakar seluruh dunia. Jadi, saya memang tidak sangsi lagi bahawa produk Herbalife adalah yang terbaik untuk bantu saya dalam membekalkan nutrisi dan pengurusan berat badan.

Apatah lagi, saya sudah berjaya turun 18kg dengan menggunakan produk Herbalife. Dan selepas hampir 7 tahun menggunakannya, saya telah mendapat pelbagai kesan Herbalife yang positif serta membantu ramai orang mendapat testmoni Herbalife.

Kenapa anda sendiri belum menggunakan produk Herbalife?

Mungkin anda dengar mengenai produk Herbalife. Mungkin juga dah lihat kesan yang telah dialami oleh orang yg anda kenal. Tetapi anda sendiri belum pernah menggunakan produk Herbalife.

Jika anda tertanya-tanya kenapa anda sendiri perlu bermula dengan Herbalife, mungkin saya boleh memberikan sedikit bantuan dan panduan.

Daripada berjuta-juta orang pengguna produk Herbalife di seluruh dunia yang telah mendapat hasil, semuanya mempunyai sebab tersendiri mengapa mereka bermula. Mungkin sebab memperbaiki tenaga, ingin bentuk badan lebih menarik, ingin kulit yang lebih cantik, ataupun setakat ingin mencuba produk Herbalife untuk melihat perubahan kepada diri sendiri.

Walau apa pun sebabnya, mereka semua telah bermula dan mendapat kesan mereka tersendiri. Ada yang berjaya menurunkan berat badan, ada juga yang tidak. Ada yang terus mengambil nutrisi Herbalife untuk jangka masa panjang, ada juga yang berhenti selepas mendapat kesan Herbalife yang diinginkan.

Kesan yang dialami oleh setiap orang tidak sama. Seseorang yang anda kenali mungkin telah mendapat hasil yang mengujakan, tapi tidak semestinya anda juga akan mendapat kesan yang sama sepertinya. Ini kerana setiap individu berbeza. Perubahan dan tindakbalas produk Herbalife adalah bergantung kepada tahap kesihatan individu, tabiat pemakanan, aktiviti harian yang dilakukan setiap hari, serta lain-lain lagi faktor memainkan peranan.

Apa yang penting ialah anda mendapat konsultasi daripada Jurulatih Bebas Herbalife sebelum mengambil keputusan untuk menggunakan produk Herbalife. Jurulatih akan dapat membantu anda dengan memberikan cadangan produk Herbalife yang benar-benar sesuai dengan kesan yang anda inginkan.

Anda boleh menghubungi saya iaitu Coach Turun Berat Badan jika ingin mengetahui produk Herbalife yang sesuai bagi membantu anda turunkan berat badan secara sihat dan berkesan.

Hubungi nombor 017-9360797 untuk temujanji di sekitar Kuantan, ataupun saya boleh bantu anda beli Herbalife online, dan menjadi jurulatih sepenuhnya secara online.

Jangan bertangguh lagi untuk membuat keputusan bermula dengan produk Herbalife. Jika ramai orang boleh melakukannya dan mendapat testimoni Herbalife yang menarik mengapa bukan anda?




Aziera Yazid merupakan seorang Jurulatih Bebas Herbalife yang telah turun 18kg dengan produk Herbalife dan kini membantu ramai orang untuk menguruskan berat badan dan lebih cantik dan bertenaga dengan nutrisi Herbalife. Anda mungkin orang seterusnya yang akan mendapat hasil kejayaan dalam menurunkan berat badan. Ini adalah masa untuk anda melakukan perubahan. Dapatkan bimbingan jurulatih Aziera Yazid sebelum terlambat.

 

Thursday, July 29, 2010

Misi Diet sebelum puasa


Since ramai kawan-kawan sepejabat ni yang dah start pulun nak diet before start puasa lagi, so aku pun ambil peluang untuk kembali kepada 2 kali shake sehari. Kami masing-masing memang susah nak kawal makan bila balik rumah. Almaklumlah kat rumah kena memasak untuk suami dan anak-anak, memang payah nak control daripada tabit merasa dan mencuba makanan. Solution yang paling bagus ialah untuk diet di pejabat.

This week memang aku dan kawan-kawan lain memang dah tak keluar makan. Aku dah start semula shake untuk breakfast, dan lunch pun dengan shake. Waktu lunch break memang kami masing-masing duduk dalam opis jelah. Masa untuk borak-borak masa lunch pun dah tak de dah. Cuma jumpa sekali sekala je bila kebetulan.

Lagipun, kalau kita diet, memang tidak digalakkan kita ikut2 sekali orang nak pergi makan ke, walaupun dengan harapan dan niat kita tak akan makan sekali. Nanti, in the end memang mudah kita terjerumus dalam perangkap 'tipu diet'. walaupun kawan-kawan tak paksa, kita sendiri yang akan merelakan diri kita untuk makan.

Kelebihan shake waktu breakfast dan shake waktu lunch adalah sama macam kita berpuasa. Nak balik rumah nanti mulalah fikir nak masak apa untuk dinner. Memang tak sabar nak makan waktu dinner tu nanti. Macam-macam dalam kepala.

Sebab inilah kelebihan
Herbalife. Memang semudah 3-2-1.
3 - Makan 3 kali sehari
2 - Shake 2 kali
1 - Makan normal meal sekali sehari
Dengan formula ni sahaja kita akan berjaya turunkan berat badan.

Masa normal meal tu kita boleh makan apa sahaja, asalkan tidak memudaratkan. Tapi kalau nak result yang cepat, kita kenalah control apa yang kita ambil waktu makan tu.Walaupun kita makan nasi dengan lauk yang biasa, jumlah kalori sehari yang kita ambil masih di dalam jumlah yang tidak melebihi pengambilan kalori seharian. Inilah konsep yang digunakan oleh
Herbalife.

Tak payah susah-susah nak tahu berapa bilangan kalori setiap jenis makanan. Tak ada pantang dan tak ada apa-apa makanan yang tak boleh makan. Memang simple kalau nak turunkan berat badan dengan
Herbalife ni.

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang cara bagaimana untuk turun berat badan dengan efektif menggunakan produk Herbalife boleh
email saya.

Thursday, June 24, 2010

Jadikan tabiat kerap makan sesuatu yang menyihatkan



Sekiranya anda seorang ibu, menghabiskan masa di rumah dengan anak-anak seharian, kebanyakannya akan lebih kerap makan sepanjang hari. Kita akan lebih terjerumus sebagai orang yang kerap makan, bukan makanan yang berat tetapi lebih kepada mengambil makanan ringan, atau dipanggil snacking.

Snacking tidak semestinya tidak bagus untuk kita- sekiranya makanan yang diambil adalah sesuai, dan sekiranya anda seorang yang kerap lapar, boleh bertukar menjadi suatu tabiat yang menyihatkan.

Biasanya seseorang akan mudah lapar setiap 3-4 jam. Perbuatan mengambil makanan berkuantiti sedikit tetapi pada masa yang kerap, boleh mengelakkan kita daripada mengambil terlalu banyak makanan pada waktu makan tengahari atau makan malam. Makanan ringan sepatutnya mengandungi karbohidrat sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, biskut / makanan jenis whole grain, serta protein sihat seperti kekacang, produk soya, atau produk tenusu rendah lemak.

Kebiasaannya masa antara makan tengahari dan makan malam merupakan waktu paling sukar. Kebanyakan orang akan cuba untuk 'tahan lapar', dan menyebabkan pengambilan makananan berlebihan sewaktu makan malam. Daripada mengambil snek, kita boleh ambil 'makan tengahari kedua', sesuatu yang lebih mengenyangkan tetapi berkhasiat seperti shake, keju dengan buah-buahan, atau makanan rendah kalori yang lain. Kemudian, waktu makan malam, kita boleh kurangkan sedikit pengambilan makanan.

Sekiranya anda kerap lapar selepas waktu makan malam pula, cubalah berus gigi anda selepas makan. Itu merupakan isyarat yang bagus kepada badan anda untuk berhenti makan untuk hari itu.

Sumber daripada Susan Bowerman, MS, RD, CSSD, salah seorang konsultant Herbalife.

Tuesday, May 18, 2010

Krisis kesihatan dunia : Obesiti

Dr Luigi Gratton telah menulis sebuah buku mengenai krisis kesihatan yang berlaku di seluruh dunia sekarang ini.

“For the first time in our history, we have a health crisis with obesity. Never before, in any civilization past, have we seen so many people overweight and obese. The problem is getting worse, every day, in every country. It’s no mystery why the world is suffering from this challenge. Globally, societies are consuming far more calories than they need while performing far too little physical activity. It’s a simple balancing act of how many calories we eat and how much energy we expend. But the scale is being tipped much too far on the calorie side. It may not seem like a serious problem, but the consequences of weight gain can be quite debilitating. Every day, health care practitioners are treating obesity-related conditions throughout the world, so-called chronic and lifestyle diseases. The point is that these conditions are quite preventable with good nutrition and physical activity.”


Video di bawah menunjukkan penerangan Dr Gratton menerangkan mengenai produk Herbalife



Wednesday, April 14, 2010

Kenapa saya tak makan nasi?

Sebab utama ialah kerana menurut mypyramid.gov, walaupun nasi putih merupakan sejenis serat, tetapi dia termasuk dalam kategori serat yang telah diproses (refined grain).

Refined grain ni telah melalui suatu jenis proses untuk menambah beberapa jenis vitamin bagi menambah jangka hayat, namun telah menghilangkan kandungan fiber, iron dan beberapa jenis Vitamin B. Antara jenis grain yg termasuk dlm kategori ini selain dari nasi putih ialah roti putih dan tepung putih. Maybe sebab kandungan fiber tu kurang, menjadikan kadang-kadang cepat lapar walau pun dah makan nasi sepingan, kan?

Oleh itu, kita kena bertukar kepada serat jenis whole grain yang mana masih mengekalkan kandungan fiber dan semua jenis serat kernel seperti bran, germ dan endosperm. (Please use wiki to check the definitions ye hehe). So jenis-jenis wholemeal adalah seperti oatmeal, brown rice, roti whole meal, tepung whole meal dan senang cakap, semua jenis makanan yg tertulis whole meal.

Selain daripada tu, bila kurang makan nasik, aku rasa lebih mudah berat turun. Bila rajin buat workout memang terasa dan nampak penurunan tu. Baik dari segi kekurangan inci dan kekurangan kg.

Lagi satu sebab ialah, saya dah jatuh cinta dengan ini:-

Kalau tak ada yang di atas ni, yang ini pun ok:

Tapi saya tidak melalui sebarang proses diet Atkins atau apa-apa ye. Sekadar berubah untuk pilihan makanan yang lebih sihat sahaja.

Yang paling penting, waktu pagi masih kekal setia dengan shake Herbalife.

Thursday, March 18, 2010

Makanan Sihat #1 : Yogurt

Mulai sekarang, aku akan cuba meletakkan post mengenai contoh makanan sihat untuk panduan semua, termasuk diri sendiri (At least 1 jenis makanan sihat setiap hari)

Makanan Sihat No 1 hari ini ialah yogurt



Yogurt merupakan sejenis produk tenusu yang dapat membekalkan kalsium kepada badan. Kajian mendapati kalsium dapat membantu dalam menurunkan berat badan dengan menggalakkan pembakaran sel lemak dengan lebih cepat. Pembakaran sel lemak adalah penting dalam menurunkan berat badan, dan bukan penurunan otot.

Walau bagaimanapun, pengambilan produk tenusu perlu dikawal agar tidak melebihi jumlah kalori yang dipelukan oleh badan. Pilih yogurt jenis organik dan elakkan yogurt dengan tambahan gula atau dengan sweetened fruits. Pastikan selalu pilih yogurt jenis rendah lemak dan kurang gula.

Yogurt sangat sesuai untuk dijadikan healthy snack atau ditambah dengan shake Herbalife untuk rasa yang lebih sedap!

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...