Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Thursday, June 24, 2010

Jadikan tabiat kerap makan sesuatu yang menyihatkan



Sekiranya anda seorang ibu, menghabiskan masa di rumah dengan anak-anak seharian, kebanyakannya akan lebih kerap makan sepanjang hari. Kita akan lebih terjerumus sebagai orang yang kerap makan, bukan makanan yang berat tetapi lebih kepada mengambil makanan ringan, atau dipanggil snacking.

Snacking tidak semestinya tidak bagus untuk kita- sekiranya makanan yang diambil adalah sesuai, dan sekiranya anda seorang yang kerap lapar, boleh bertukar menjadi suatu tabiat yang menyihatkan.

Biasanya seseorang akan mudah lapar setiap 3-4 jam. Perbuatan mengambil makanan berkuantiti sedikit tetapi pada masa yang kerap, boleh mengelakkan kita daripada mengambil terlalu banyak makanan pada waktu makan tengahari atau makan malam. Makanan ringan sepatutnya mengandungi karbohidrat sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, biskut / makanan jenis whole grain, serta protein sihat seperti kekacang, produk soya, atau produk tenusu rendah lemak.

Kebiasaannya masa antara makan tengahari dan makan malam merupakan waktu paling sukar. Kebanyakan orang akan cuba untuk 'tahan lapar', dan menyebabkan pengambilan makananan berlebihan sewaktu makan malam. Daripada mengambil snek, kita boleh ambil 'makan tengahari kedua', sesuatu yang lebih mengenyangkan tetapi berkhasiat seperti shake, keju dengan buah-buahan, atau makanan rendah kalori yang lain. Kemudian, waktu makan malam, kita boleh kurangkan sedikit pengambilan makanan.

Sekiranya anda kerap lapar selepas waktu makan malam pula, cubalah berus gigi anda selepas makan. Itu merupakan isyarat yang bagus kepada badan anda untuk berhenti makan untuk hari itu.

Sumber daripada Susan Bowerman, MS, RD, CSSD, salah seorang konsultant Herbalife.

1 comment:

  1. makan jgn sebarang makan, minum jgn sebarang minum. mencegah lebih baik

    air nano HidrogeN

    ReplyDelete

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...