Coach Herbalife

Wednesday, December 29, 2010

Y-E-S (Year-End-Scale)


Tinggal beberapa hari sahaja lagi tahun baru akan menjelang. Year End Sale pun akan berakhir juga.

Sambil-sambil kita semua sibuk mengejar masa dan mengorek duit simpanan untuk dibelanjakan semasa musim potongan hebat di semua pasaraya waktu YES ni, kita pun kena bersiap sedia untuk menghadapi tahun baru.

Biasanya setiap awal tahun, semua orang masing-masing akan mula ‘set’kan azam tahun baru. Tak kisahlah nak create azam yang baru ke atau rewrite balik azam yang tak tercapai tahun lepas, tapi masing-masing ada keinginan untuk dicapai pada tahun ni.

Majoritinya, walaupun bukan semua, akan meletakkan salah satu azam iaitu untuk kurus pada tahun baru ini. Kalau tak cakap nak kurus pun, at least nak kurangkan berat badan. Ramai jugak yang setkan terus target berat pada tahun 2011. Ini lebih baik.

Azam is good,’ coz azam yang kita letakkan itu ialah ‘goal’ atau matlamat yang ingin kita capai. Untuk berjaya, adalah penting kita set dulu apa yang ingin kita capai. Ini akan lebih mendorong kita untuk mencapai kejayaan. Tetapi kita harus set goal yang boleh dicapai. Jangan set impossible goals. Nanti bila terlalu susah nak capai, kita pulak hilang keyakinan diri, ataupun membuatkan kita mudah putus asa.

Seelok-eloknya pada masa sekarang ni, selain daripada kita membakar kalori dengan berjalan di sekeliling pasaraya mencari barang-barang ‘On Sale’, kita juga harus mengukur berapa berat badan kita yang terkini. Berat badan pada akhir tahun 2010. Ini yang saya namakan Y-E-S.

Bila dah tahu berat pada akhir tahun 2010 ni, maka mudahlah kita membuat azam dan nekad berat badan/ target weight yang ingin dicapai sepanjang tahun 2011. Mungkin pada akhir tahun 2011 nanti, berapakan berat yang ingin kita perolehi.Dengan pengurangan 0.5 kg setiap minggu pun, akan menjadikan kita seorang yang slim dalam masa setahun (Kalau turun 0.5 kg seminggu,boleh turun 2kg sebulan dan 24kg setahun)

Untuk memudahkan lagi perjalanan kita, dan sebagai satu motivasi, lebih baik kalau kita pecahkan azam dan target weight kita kepada beberapa bahagian. Contohnya, pada akhir suku tahun 2011 kita dah berjaya turunkan 10kg atau berapa kg yang kita nak, bergantung kepada berat badan kita. Pada masa tu nanti kalau berat badan kita masih belum berubah, atau makin bertambah, peluang untuk berubah dan nak insaf pun, dah tak terlalu lambat.

So, don’t forget to get your Yead-End-Scale, and set your target weight for 2011!

Picture Source

Dapatkan hasil yang permanent


Minggu lepas, waktu mengadap TV, sempatlah aku dan suami tengok rerun Biggest Loser Season 5, yang dimenangi oleh seorang wanita, Ali. Masa final weight in sebelum diorang choose siapa yang masuk Final, ada seorang contestant wanita , Kelly, yang berjaya turun dengan banyak. Masa episode tu, dia pakai track bottom dengan T-Shirt je.
Then tiba-tiba suami aku cakap, “ Tengok dia tu pakai tracksuit pun masih nampak kurus”.
Kemudian aku pun terus terfikir, betul jugak tu kan. Kalau kita dah kurus, dan dapat bentuk badan yang menarik, tak perlulah pakai pakaian ketat-ketat atau seksi untuk menunjukkan parts badan kita. Even kalau pakai baju yang longgar-longgar pun, kalau kita dah kurus dan berjaya menurunkan berat badan, orang akan perasan juga.
Apa yang aku nak, walaupun aku cuma pakai baju kurung sahaja, orang dah boleh nampak aku dah dapat berat yang terbaik untuk diri aku ni. Tak perlu berkebaya ketat atau berseluar skinny.
Samalah juga dengan penggunaan ‘korset’ yang katanya dapat memperbaiki kontur badan dan melentikkan part-part yang berkaitan.
Sebenarnya dah banyak kali juga aku mintak izin dari suami untuk beli corset yang sangat mahal tu, tapi dia tak pernah izinkan. Baik masa aku masih gemuk, sampailah sekarang ni yang dah tak berapa gemuk. Bukanlah nak percaya pun setakat korset dapat bantu turunkan berat badan, tapi hanya untuk cuba, manalah tahu bentuk badan aku boleh jadi ‘fit’ kalau menurut daripada iklan untuk produk tersebut. Tapi dia berkeras memang tak izinkan.
Now, bila dia tiba-tiba sebut macam tu, aku pun dah dapat fikir balik. Buat apa nak tunjuk badan lentik pada orang lain kalau hakikatnya berat badan kita masih obese dan overweight? Buat apa nak tunjuk yang bentuk badan kita menarik dengan orang lain, tapi bila bukak je corset tu, depan suami, lemak-lemak pada badan kembali ke tempat yang asal.
Alhamdulillah, nasib baik suami tercinta tak izinkan aku beli corset tu. Baru kurasa hikmahnya sekarang ni. Aku rasa amat lega sebab tidak terjebak dengan hutang semata-mata untuk menggunakan corset mahal tu.
Apa yang kita perlu kita usahakan ialah sesuatu yang permanent bukannya sementara atau hiasan semata-mata. Biar orang tak nampak pinggang kita semakin mengecil, perut kita dah kurang lemak, tapi kita sendiri dapat rasa perubahan pada tahap kesihatan kita. Kerana apa yang orang nampak tak penting Apa yang penting ialah diri kita sendiri dan bagaimana kita menjaga kesihatan kita.
Tak perlulah kita berbelanja dan mengeluarkan duit yang banyak dengan harapan kita akan mendapat bentuk badan yang menarik, walaupun hakikatnya hasilnya adalah sementara. Apa yang kita perlu buat ialah bertukar kepada cara hidup yang sihat. Hasilnya, sesuatu yang kekal dan membahagiakan kita. Cubalah!

Monday, December 27, 2010

New shake in the house


Strawberry + Tropical fruit = bubble gum flavor

Haha..that's what I think.

Actually, after 2 tahun guna Herbalife, this is the first time aku cuba perisa Strawberry. Maybe influenced by my sister yang cakap Strawberry tak sedap langsung, terus tak berani nak beli. But recently my friend cakap, kalau mix strawberry dgn Tropical Fruit akan dapat rasa yang sedap, so inilah masanya untuk cuba.

Now dah 2 hari aku cuba perisa ni, for breakfast semalam dan hari ni. For lunch still maintain dgn perisa chocolate kegemaranku. Semalam payah sikit nak telan, dan duk pikir-pikir apa sebenarnya rasa tu. Pagi tadi dah ok dan dah boleh terima. Rasanya memang mcm bubble gum yang bulat-bulat tu. Sambil minum shake sambil duk terbayangkan tgh chewing bubble gum tu haha.

Tropical fruit memang manis sikit, especially kalau campur dgn bahan-bahan lain. Selama ni aku memang suka campur dgn chocolate, memang sedap.

Tapi yg bestnya strawberry campur tropical ni, shkae jadi smooth je. Sebab dua-dua jenis ni mudah larut. Tak macam chocolate yang paling suka berketul-ketul.

Lepas ni nak cuba ambil strawberry sahaj, tak tahulah sama ada boleh terima atau tidak .

Jadi, untuk sesiapa yang nak cuba ubah selera, bolehlah try perisa ni. Hopefully anda akan suka.

Wednesday, December 15, 2010

2 tahun yang hebat dengan Herbalife



Bila orang tanya, dah berapa lama dengan Herbalife ni? Aku pun duk kira-kira...alamak tak perasan pulak dah masuk 2 tahun.

Hmmm..hebat ke 2 tahun tu? Of course lah hebat. Sebab selepas 2 tahun ni aku masih rasa gembira kerana berjaya turun berat yang banyak, dan masih mampu untuk maintain berat yang hilang tu.

Hinggakan sekarang ni kalau jumpa orang yang baru kenal x sampai 2tahun, susah betul nak describe macamana aku dulu sebelum ni. Kalau nak samakan dgn orang pun, mcm tak patut pulak rasanya.

Orang lain : "Akak ni dah lama ke dengan Herbalife ni? Kenapa akak amik Herbalife"

Aku: "Oh...akak dulukan, badan sama macam Kakak ni, atau si dia ni".

Orang itu: "Yeke? Tak percaya lah".

Hinggakan baru-baru ni pun aku ditegur supaya letak lebih banyak gambar "sebelum" sebab semua orang dah tak boleh bayangkan masa aku gemuk dulu. Boleh tak gitu?

Takpelah, baru-baru ni pun masa backup PC before format, ada jugak jumpa beberapa gambar masa mula-mula ada handphone dgn camera 3-4 tahun dulu. So bolehlah nanti aku letak kat sini.

Selepas 2 tahun yang hebat ni adakah aku akan terus dengan Herbalife? Of course. Sebabnya? Untuk maintain berat badan. Selain daripada tu nak galakkan masyarakat sekeliling untuk diet cara sihat.

Seperti yang kita tahum rakyat Malaysia skrg memang dah peka dengan berat badan dan kesihatan. Pencarian google untuk tahun 2010 ni pun, keyword tertinggi ialah "Bagaimana nak kurus" atau "Bagaimana nak gemuk". Jadinya bila ada je peluang orang boleh turun berat badan, semua nak ikut.

Tak kisahlah dengan skip meals ke, tak makan nasi ke tapi boleh makan fast food sume, tampal sana sini untuk kurus, atau lain-lain..mesti akan ada pengikutnya. Semuanya nak kurus, semuanya nak diet. Cuma masalahnya nak tahu mana satu diet yang sihat atau tidak, itu yang susah.

Lagi satu, somebody told me, nak turunkan berat badan memang senang. Anda boleh cari dan jumpa 1000 jenis cara untuk turun badan dengan cepat, tapi cara anda mengekalkannya tu yang paling susah dan penting. Dan bagaimana pulak tahap kesihatan badan anda selepas turun berat yang banyak tu?

Dalam masa 2 tahun ni aku rasa hebat kerana aku tahu aku menikmati sarapan pagi yang menyihatkan setiap pagi. Aku tahu cara untuk turunkan berat badan sekiranya berat aku naik lebih sikit selepas aktiviti-aktiviti yang melibatkan makanan dan rehat berlebihan.

Cari kepada sesiapa yang belum jumpa cara yang sesuai, atau masih mencari cara untuk turun.naik berat badan dengan sihat, bolehlah email saya untuk nasihat. I love sharing!





Saturday, December 4, 2010

34 tahun sudah...

Alhamdulillah, pada 1hb Disember yang lalu genaplah usiaku menjangkau 34 tahun. Pada umur ini,tiada apa yang lebih membanggakan selain daripada menyambutnya dengan keluarga tersayang, . Alhamdulillah, syukur.

Kepada kawan-kawan yang menyampaikan ucapan selamat di Facebook, terima kasih tak terhingga. Walau pun tidak mengharap, tetapi timbul sedikit rasa seronok bila ramai yang memberikan ucapan dan mendoakan yang terbaik untuk diri kita. Sekurang-kurangnya ini membuktikan ramai yang masih mengingati dan menghargai persahabatan yang terjalin selama ini.

Selain daripada ucapan, ada juga terima beberapa cenderahati daripada kawan-kawan rapat. Suka sangat! Ada juga yang menghadiahkan kek. Maknanya dalam beberapa hari ini memang menjamah kek yang menyelerakan, tetapi manis dan berkalori tinggi itu huhuhu.

Kebetulan pulak hari jadi aku ni dekat-dekat dengan my little baby boy, Afiq yang mencapai usia 4 tahun pada 26 November lepas. So, suami tercinta merangkap ayah kepada Afiq, dah belikan kami sebiji cheese cake dari Secret Recipes sebagai tanda sambutan kami empat beranak. Hmm...walaupun lebih daripada separuh dah diberikan kepada kawan-kawan di pejabat, masih ada lagi dalam peti ais tu yang belum habis. Asyik-asyik rasa nak menjamah je. Bahaya betul!

Tak apalah kan, sekali sekala orang kata. Yang penting kita tahu hadnya, dan sedar bila kita perlu berhenti. Lagipun, bila rasa macam berat dah naik sikit, kita sendiri sedar dan tahu untuk berusaha kembali menurunkan berat. Asalkan kita tahu cara berkesan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...