Saturday, December 4, 2010

34 tahun sudah...

Alhamdulillah, pada 1hb Disember yang lalu genaplah usiaku menjangkau 34 tahun. Pada umur ini,tiada apa yang lebih membanggakan selain daripada menyambutnya dengan keluarga tersayang, . Alhamdulillah, syukur.

Kepada kawan-kawan yang menyampaikan ucapan selamat di Facebook, terima kasih tak terhingga. Walau pun tidak mengharap, tetapi timbul sedikit rasa seronok bila ramai yang memberikan ucapan dan mendoakan yang terbaik untuk diri kita. Sekurang-kurangnya ini membuktikan ramai yang masih mengingati dan menghargai persahabatan yang terjalin selama ini.

Selain daripada ucapan, ada juga terima beberapa cenderahati daripada kawan-kawan rapat. Suka sangat! Ada juga yang menghadiahkan kek. Maknanya dalam beberapa hari ini memang menjamah kek yang menyelerakan, tetapi manis dan berkalori tinggi itu huhuhu.

Kebetulan pulak hari jadi aku ni dekat-dekat dengan my little baby boy, Afiq yang mencapai usia 4 tahun pada 26 November lepas. So, suami tercinta merangkap ayah kepada Afiq, dah belikan kami sebiji cheese cake dari Secret Recipes sebagai tanda sambutan kami empat beranak. Hmm...walaupun lebih daripada separuh dah diberikan kepada kawan-kawan di pejabat, masih ada lagi dalam peti ais tu yang belum habis. Asyik-asyik rasa nak menjamah je. Bahaya betul!

Tak apalah kan, sekali sekala orang kata. Yang penting kita tahu hadnya, dan sedar bila kita perlu berhenti. Lagipun, bila rasa macam berat dah naik sikit, kita sendiri sedar dan tahu untuk berusaha kembali menurunkan berat. Asalkan kita tahu cara berkesan.

No comments:

Post a Comment

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...